wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CIKGU FIZA SEJARAH TAHUN 5

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
Sejak bilakah institusi raja wujud di negara kita
a)
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu
b)
Zaman kedatangan kuasa luar
c)
Zaman Kerajaan Melayu Awal
d)
Zaman Ais
2.

Gambar dua ekor harimau pada Jata Negara bermaksud ___________.

a)

kekuatan

b)

kekuasaan

c)

keberanian

d)

ketangkasan

3.

Apakah kuasa luar yang terawal menjajah dan campur tangan di negara kita?

a)

Portugis.

b)

Belanda.

c)

Jepun.

d)

British.

4.

Siapakah Bapa Kemerdekaan yang telah banyak berjasa kepada negara kita ?

a)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

b)

Dato’ Onn bin Ja’afar.

c)

Tun Abdullah bin Ahmad Badawi.

d)

Tun Abdul Razak.

5.

Nyatakan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa penjajahan kuasa luar ke atas

negara kita ?

a)

Meminta pertolongan kuasa luar untuk menyelesaikan masalah Negara.

b)

Kita perlu berbaik-baik dengan kuasa luar tanpa prasangka.

c)

Berbangga kerana kuasa luar berminat dengan negara kita.

d)

Rakyat harus bersatu-padu mempertahankan kedaulatan negara.

6.

Siapakah pencipta bendera Malaysia?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Mohamed Hamzah

c)

Tun Dr. Mahathir

d)

Dato' Onn Ja'afar

7.

Apakah nama bendera Malaysia yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat?

a)

Jalur Perpaduan

b)

Jalur Gemilang

c)

Jalur Nusa Gemilang

d)

Jalur Malaysiaku Terbilang

8.
Apakah nama lagu kebangsaan Malaysia?
a)
Jalur Gemilang 
b)
Bulan Terang
c)
Negaraku
d)
Aku Negaraku
9.
Apakah perasaan anda apabila menyanyikan lagu kebangsaan kita?
a)
Sedih
b)
Bangga
c)
Malu
d)
Tiada rasa apa-apa
10.
Mengapakah kita perlu berbangga dengan lagu kebangsaan kita?
a)
Menjadikannya bahan jenaka antara rakan-rakan.
b)
Supaya semangat patriotik kita berkurangan.
c)
Orang luar dapat mengagumi negara kita.
d)
Merupakan lambang identiti negara.
11.

Apakah etika menyanyikan lagu kebangsaan?

a)

Bergerak-gerak

b)

Bercakap-cakap

c)

Berdiri tegak

d)

Menyanyikan dengan sambil lewa

12.

Berikut merupakan kepentingan lagu Negaraku, KECUALI...

a)

Menyatukan Rakyat Malaysia

b)

Memupuk perpaduan dan keharmonian

c)

Meningkatkan ketaatan dan kesetiaan kepada Raja

d)

Memecah belahkan kaum

13.

Dari rumpun manakah Bahasa Melayu berasal?

a)

Oceania

b)

Austronesia

c)

Malaysia

d)

Indonesia

14.

Bahasa Melayu berperanan sebagai simbol _____________ di negara kita.

a)

pendidikan

b)

pembangunan

c)

perpaduan

d)

persengketaan

15.

Siapakah yang mengetuai negara pada masa kini?

a)

Perdana Menteri

b)

Yang Di-Pertuan Agong

c)

Yamtuan Besar

d)

Ketua Menteri