wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERIBAHASA CIKGU INTAN SEMSE

Total questions: 15

Worksheet time: 4hrs 45mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan peribahasa yang membawa "maksud orang yang kelihatan pucat dan tidak bermaya".

a)

Bagai katak di bawah tempurung

b)

Bagai ayam berak kapur

c)

Bagai pungguk rindukan bulan

d)

Harapkan pagar, pagar makan padi

2.

Apakah maksud bagi simpulan bahasa muka tembok?

a)

Tidak tahu malu

b)

Seorang yang sombong

c)

Seorang yang kedekut

d)

Seorang yang dipercayai

3.

Berikan maksud simpulan bahasa durian runtuh.

a)

Terlalu memikirkan sesuatu

b)

Keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka

c)

Kalah perang

d)

Orang yang tidak mempunyai pendirian sendiri, hanya menurut orang lain

4.

Julia begitu berhati-hati terutama terhadap pemuda yang sering kali memujinya walaupun baru dikenali. Baginya, perbuatan pemuda itu seperti ______.

a)

ada ubi ada talas, ada budi ada balas

b)

adat bersendi syarak, syarak bersendi adat

c)

ada udang di sebalik batu

d)

air beriak tanda tak dalam

5.

Apakah simpulan bahasa yang sesuai untuk diberikan kepada seorang pendiam?

a)

Berat mulut

b)

Berat hati

c)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

d)

Berat sebelah

6.

Penduduk asal di sini bekerjasama untuk membuka kampung ini. Semua kerja sama ada yang senang atau yang susah dilakukan bersama-sama bak kata pepatah___________.

a)

air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan.

b)

berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

c)

bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya.

7.

Setiap perintah yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi akan dipatuhi oleh anggota keselamatan kita, bak kata pepatah_______________.

a)

air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan.

b)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

c)

bagaimana bunyi gendang begitulah tarinya.

8.

Berikan maksud peribahasa bagai murai dicabut ekor

a)

orang yang suka bermusuhan

b)

perempuan yang suka bercakap banyak

c)

sudah putus harapan

9.

Peribahasa bagai layang-layang terputus talinya bermaksud

a)

sudah putus harapan

b)

orang yang suka bermusuhan

c)

perempuan yang suka bercakap banyak

10.

Pasangan suami isteri itu ______________ sejak mendirikan rumah tangga kerana mereka sering bersama-sama ke mana-mana sahaja.

a)

bagai duri dalam daging

b)

bagai bulan dipagar bintang

c)

bagai dakwat dengan kertas

11.

Tetamu yang menyaksikan upacara persandingan itu bersetuju bahawa pasangan pengantin itu ___________.

a)

bagai dakwat dengan kertas

b)

bagai cincin dengan permata

c)

bagai ayam disambar helang

12.

Setelah lapan tahun berumah tangga, Sofea akhirnya disahkan hamil dan dijangka akan menimang cahaya mata kembar. Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan tersebut.

a)

Berat tulang

b)

Beralih angin

c)

Berbadan dua

13.

Adik ______ apabila mendengar cerita ayah tentang pengalamannya ketika menyelamatkan mangsa kemalangan jalan raya.

a)

kecut perut

b)

kata manis

c)

kera sumbang

14.

Guru muda dari bandar itu dianggap ________ kerana tidak mahu bercampur dengan orang kampung.

a)

kecut perut

b)

kata manis

c)

kera sumbang

15.

Strawberi yang menjadi ___________ itu saya beli di Cameron Highland.

a)

pencuci mulut

b)

penghisap darah

c)

perang dingin