wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ekonomi 2 STPM

Total questions: 20

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah bukan pemboleh ubah makroekonomi?

a)

Kadar upah

b)

Kadar inflasi

c)

Kadar pengangguran

d)

Kadar pertumbuhan ekonomi

2.

Berapakah kadar pengangguran pada tahun 2013?

a)

2.70%

b)

2.63%

3.

Apabila Keluaran Negara Kasar lebih kecil daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar, maka

a)

Eksport lebih kecil dari import

b)

Subsidi lebih kecil daripada cukai tak langsung

c)

Pendapatan faktor bersih dari luar negeri bernilai positif

d)

Pembayaran faktor ke luar Negara melebihi pendapatan faktor dari luar negeri

4.

Jadual di atas menunjukkan data pendapatan negara sebuah ekonomi. Berapakah Keluaran Dalam Negeri Kasar?

a)

RM13 100 juta

b)

RM12 050 juta

c)

RM12 000 juta

d)

RM11 900 juta

5.

Fungsi tabungan ekonomi ini ialah

a)

S = 500 + 0.6Y

b)

S = -500 + 0.4Y

c)

S = -500 + 0.6Y

d)

S = 500 + 0.4Y

6.

Pendapatan negara akan bertambah dengan lebih banyak kesan daripada pertambahan perbelanjaan kerajaan jika

a)

nilai kecenderungan menabung sut semakin kecil

b)

nilai kecenderungan menabung sut semakin besar

c)

nilai kecenderungan mengguna purata semakin kecil

d)

nilai kecenderungan mengguna purata semakin besar

7.

Perbelanjaan penggunaan, C = 100 + 0.8Yd = Y – T

Pelaburan, I = 250

Perbelanjaan kerajaan, G = 300

Cukai, T = 100

Jika kerajaan menurunkan cukai sebanyak 50 juta, berapakah tingkat keseimbangan pendapatan Negara yang baharu?

a)

2 850 juta

b)

3050 juta

c)

3100 juta

d)

3150 juta

8.

Jika nilai 0Yf ialah RM1000 juta dan kecenderungan mengguna sut ialah 0.8, berapakah nilai pelaburan yang perlu ditambah untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh?

a)

RM 80 juta

b)

RM 160 juta

c)

RM 320 juta

d)

RM 600 juta

9.

Dalam ekonomi terbuka, perbelanjaan agregat terdiri daripada

a)

Penggunaan, pelaburan, cukai dan import bersih

b)

Penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan, dan eksport bersih

c)

Penggunaan, pelaburan, cukai dan eksport bersih

d)

Penggunaan, tabungan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan import bersih

10.

Keluk penawaran agregat beralih ke kanan disebabkan pengurangan

a)

produktiviti buruh

b)

bekalan wang

c)

tingkat harga umum

d)

harga input

11.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah fungsi wang?

a)

wang sebagai alat pengukur nilai

b)

wang sebagai alat penyimpan nilai

c)

wang sebagai alat bayaran tertunda

d)

wang sebagai alat perantaraan pertukaran

12.

Andaikan bahawa simpanan asal ke dalam sebuah bank ialah RM10 000, dan nisbah rizab ialah 5%. Berapakah jumlah pinjaman yang dapat dicipta setelah dua peringkat proses penciptaan kredit berlaku?

a)

RM500

b)

RM975

c)

RM9500

d)

RM18 525

13.

Peningkatan permintaan wang untuk tujuan urusniaga dan awasan disebabkan oleh

a)

kadar bunga menurun

b)

kadar bunga meningkat

c)

pendapatan negara menurun

d)

pendapatan negara meningkat

14.

Apabila wujud lebihan permintaan wang di pasaran, maka

a)

masyarakat akan menjual bon, harga bon jatuh dan kadar bunga meningkat

b)

masyarakat akan membeli bon, harga bon naik dan kadar bunga menurun

c)

masyarakat akan menjual bon, harga bon naik dan kadar bunga menurun

d)

masyarakat akan membeli bon, harga bon jatuh dan kadar bunga meningkat

15.

Yang manakah tindakan yang dilaksanakan oleh bank pusat untuk menambahkan bekalan wang?

a)

Menaikkan kadar bank

b)

Melaksanakan pendanaan

c)

Membeli surat jaminan kerajaan

d)

Meningkatkan kadar bunga semalaman

16.

Yang manakah bukan faedah yang dinikmati oleh sesebuah negara kesan daripada perdagangan antarabangsa?

a)

Meluaskan pasaran barang

b)

Mempelbagaikan pilihan pengguna

c)

Mencapai tingkat guna tenaga penuh

d)

Memperoleh barang yang tidak dihasilkan dalam negara

17.

Perlindungan tarif di sesebuah negara ialah untuk melindungi

a)

pengguna domestik

b)

pengeluar domestik

c)

pengeksport

d)

pengimport

18.

Jika kadar pertukaran bagi mata wang Dolar Amerika (USD) dengan Pound Sterling (£) ialah USD1.00 = £0.90, manakala kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar Amerika (USD) ialah USD 1.00 = RM 2.50, berapakah kadar pertukaran di antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Pound Sterling (£) ?

a)

RM1.00 = £ 0.36

b)

RM1.00 = £ 0.90

c)

RM1.00 = £ 1.11

d)

RM1.00 = £ 2.78

19.

Perubahan kadar pertukaran asing daripada 100 Yen = RM3.60 kepada 100 Yen = RM3.55 telah menyebabkan

a)

Pelajar Malaysia ke Jepun meningkat

b)

Pelaburan Malaysia ke Jepun berkurang

c)

Permintaan terhadap mata wang Yen berkurang

d)

Kemasukan pelancong Jepun ke Malaysia meningkat

20.

Masalah defisit imbangan akaun semasa boleh di atasi melalui langkah yang berikut, kecuali

a)

menurunkan tarif

b)

melaksanakan devaluasi

c)

memberi subsidi eksport

d)

mengurangkan bekalan wang