wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 8 PENDUDUK DI MALAYSIA

Total questions: 27

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud taburan penduduk?

a)

Jumlah kelahiran

b)

Kepadatan penduduk

c)

Sebaran penduduk di sesuatu kawasan

d)

Kegiatan ekonomi pendudk di sesebuah kawasan

2.

Apakah jenis taburan penduduk di Malaysia?

i. Penduduk padat

ii. Penduduk sederhana

iii. Penduduk kurang

v. Penduduk sederhana kurang

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

3.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah yang BENAR tentang taburan penduduk di Malaysia?

a)

Taburan penduduk di negara ini sekata.

b)

Kawasan pedalaman berpenduduk padat.

c)

Kawasan pembalakan mempunyai penduduk padat.

d)

Dasar governan mempengaruhi perubahan taburan penduduk.

4.

Apakah jenis taburan yang berkaitan dengan maklumat berikut?


  • Penduduk 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.
a)

Penduduk padat.

b)

Penduduk sederhana.

c)

Penduduk jarang.

d)

Penduduk sangat jarang.

5.

Apakah persamaan ciri kawasan-kawasan dalam maklumat di bawah ini?

  • Sibu, Sarawak.
  • Tumpat, Kelantan.
  • Kuala Kedah, Kedah.
a)

Kawasan berpenduduk padat.

b)

Terletak di persisiran pantai.

c)

Kawasan pedalaman berpenduduk jarang.

d)

Sukar dihubungi keana terletak di kawasan tanah tinggi.

6.

Antara yang berikut, kawasan manakah mempunyai penduduk padat?

i. Mersing

ii. Lembah Klang

iii. Dataran Kedah

iv. Pahang Tenggara

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

7.

Antara yang berikut, yang manakah mempunyai taburan penduduk paling padat?

a)

Johor Baharu

b)

Georgetown

c)

Lembah Klang

d)

Kota Kinabalu

8.

Formula rajah di atas merupakan formula?

a)

Kadar Kelahiran

b)

Purata Penduduk

c)

Kadar perpindahan penduduk

d)

Kepadatan penduduk

9.

Mengapakah taburan penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak jarang?

a)

Kegiatan Ekonomi berasakan kepada pertanian

b)

Bentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan berhutan tebal

c)

Mempunyai banyak kemudahan asas

d)

Dasar kerajaan

10.

Antara berikut, yang manakah TIDAK tepat mengenai Taburan Penduduk SEDERHANA

a)

Kegiatan ekonomi pertanian seperti kelapa sawit

b)

Tertumpu di kawasan bandar utama

c)

Kepadatan penduduk 50 hingga 200 orang sekilometer persegi

d)

Terletak di kawasan persisiran pantai

11.

Kepadatan penduduk melebihi 200 orang sekilometer persegi adalah merupakan taburan penduduk

a)

Padat

b)

Sederhana

c)

Jarang

12.

Antara berikut, yang manakah TIDAK berkaitan dengan Dasar kerajaan?

a)

Pembukaan bandar baharu seperti Putrajaya

b)

Pembangunan tanah rancangan seperti Felda

c)

Mewujudkan taman negara

d)

Penghijrahan penduduk ke luar negara

13.
  1. Tanjung Malim, Perak
  2. Skudai, Johor


Apakah faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk di kawasan di atas?

a)

Bentuk Muka Bumi

b)

Pendidikan

c)

Perlombongan

d)

Pertanian

14.

Antara berikut, taburan penduduk kawasan manakah yang dipengaruhi oleh Kegiatan Perlombongan?

a)

Kota Kinabalu, Sabah

b)

Dataran Kedah, Kedah

c)

Kerteh, Terengganu

d)

Johor Baharu, Johor

15.

Kawasan yang berwarna merah adalah kawasan

a)

berpenduduk padat

b)

berpenduduk sederhana

c)

berpenduduk jarang

d)

tiada penduduk

16.

Bandar-bandar berikut berpenduduk padat kecuali

a)

Kuching

b)

Kota Kinabalu

c)

Shah Alam

d)

Tumpat

17.

kawasan tanah pamah yang menjadi bandar adalah tumpuan penduduk untuk kawasan petempatan, contohnya

a)

Dataran Kedah-Perlis

b)

Petaling Jaya

c)

sekitar Tasik Bera

d)

Dataran Kelantan

18.

Faktor fizikal berikut mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia

a)

kawasan pinggir laut dan saliran

b)

Tanah pamah

c)

Tanah Tinggi

d)

di atas laut

19.

Ini adalah gambar foto Taman Negara Pahang. Faktor taburan penduduk adalah mengikut dasar kerajaan/governan di bawah

a)

Tanah Rancangan

b)

Pembukaan Bandar Baharu

c)

Pewartaan Hutan Simpan dan Taman Negara

d)

Infrastruktur

20.

Faktor ekonomi berikut mempengaruhi taburan penduduk KECUALI

a)

kawasan pelancongan

b)

kawasan pertanian

c)

kawasan perikanan

d)

kawasan perindustrian

21.

Gambar foto tersebut ialah Universiti Malaya. Kawasan yang mempunyai kemudahan pusat pengajian tinggi biasanya mempengaruhi taburan penduduk. Ini adalah di bawah faktor

a)

Faktor Ekonomi

b)

Faktor Sosial

c)

Faktor Fizikal

d)

Faktor Dasar Kerajaan

22.

Gambar menunjukkan petempatan orang asli Kuala Koh. Kawasan seperti ini termasuk dalam taburan penduduk

a)

Padat

b)

sederhana

c)

jarang

d)

tiada di atas

23.

Perpindahan pusat pentadbiran persekutuan ke Putrajaya menyebabkan kawasan tersebut berpenduduk padat termasuk dalam faktor

a)

Dasar Kerajaan/Governan

b)

Faktor Sosial

c)

Faktor Fizikal

d)

Faktor Ekonomi

24.

Taburan penduduk di Malaysia adalah ...........

a)

sekata

b)

tidak sekata

25.

Faktor yang mempengaruhi kawasan yang berpenduduk jarang kecuali

a)

kawasan berpaya

b)

kemudahan infrastruktur yang terhad

c)

pembukaan tanah pertanian di bawah Rancangan Tanah Persekutuan

d)

Darjah ketersampaian yang rendah

26.

Kawasan X adalah kawasan berpenduduk ___________

a)

padat

b)

sederhana

c)

jarang

27.

Terdapat aktiviti perlombongan petroleum dan gas asli di tiga pesisir pantai Malaysia iaitu

a)

Terengganu

b)

Pahang

c)

Sabah

d)

Sarawak