wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ : BAHASA SENI VISUAL (1)

Total questions: 25

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah definisi harmoni ?

a)

Tindak balas tampak dalam alam dan karya seni yang menyepadukan unsur-unsur seni

b)

Jarak antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan karya seni visual

c)

Sesuatu objek yang mempunyai struktur jisim dan isi padu

d)

Tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan

2.

Antara berikut, yang manakah tidak menunjukkan prinsip harmoni ?

a)
b)
c)
d)
3.

Pasangan warna harmoni yang paling tepat ialah ______________.

a)

merah dan ungu

b)

merah dan jingga

c)

merah dan kuning

d)

merah dan hijau muda

4.

Antara objek alam berikut, yang manakah tidak mempunyai ciri-ciri harmoni ?

a)

Akar-akar pokok

b)

Sisik pada badan tenggiling

c)

Bunga mawar merah pada daun hijau

d)

Buah durian pada pokok durian

5.

Antara berikut, yang manakah tidak menunjukkan fungsi harmoni ?

a)

memberi ketenangan

b)

mewujudkan keindahan

c)

menimbulkan penegasan

d)

mewujudkan keseimbangan

6.

Bagaimanakah harmoni dihasilkan dalam sesuatu karya seni ?

a)

Melalui susunan atau ulangan unsur seni yang seimbang

b)

Melalui bentuk yang pelbagai saiz

c)

Melalui jalinan yang variasi

d)

Melalui warna-warna kontra

7.

Namakan pasukan pakaian seragam yang berharmoni dengan tumbuh-tumbuhan.

a)

Bomba dan Penyelamat Malaysia

b)

Persatuan Bulan Sabit Merah

c)

Angkatan Tentera Malaysia

d)

Polis Diraja Malaysia

8.

Sebuah poster dikatakan harmoni apabila ada keseimbangan dan keseragaman antara _________________.

a)

muka taip berkontra

b)

warna dengan ilustrasi

c)

muka taip dengan ilustrasi

d)

muka taip dengan reka letak

9.

Warna yang tidak boleh dihasilkan dengan cara campuran warna ialah ______________.

a)

ton warna

b)

warna primer

c)

warna tertier

d)

warna bertindak

10.

______________ terletak bersebelahan dalam roda warna.

a)

Warna neutral

b)

Warna sewarna

c)

Warna harmoni

d)

Perspektif warna

11.

______________ memberi kesan terang dan garang.

a)

Warna sejuk

b)

Warna panas

c)

Kroma warna

d)

Warna penggenap

12.

Warna harmoni dan warna penggenap ialah _______________.

a)

suhu warna

b)

nilai warna

c)

gubahan warna

d)

perspektif warna

13.

Apakah fungsi warna pada lampu isyarat ?

a)

Sebagai penyataan emosi

b)

Menimbulkan suasana riang

c)

Mewujudkan nilai estetika

d)

Mengeluarkan arahan dan amaran

14.

Antara berikut, yang manakah tidak menunjukkan fungsi warna ?

a)

Simbolisme

b)

Komunikasi

c)

Ekspresi kendiri

d)

Perubahan saiz

15.

Apakah warna yang terhasil daripada campuran warna hijau dan kuning ?

a)

Biru

b)

Jingga

c)

Ungu

d)

Kuning kehijauan

16.

Apakah jenis rupa yang ditunjukkan dalam rajah ?

a)

Rupa Positif

b)

Rupa Negatif

c)

Rupa Tindanan

d)

Penambahan Rupa

17.

Rupa boleh digunakan untuk menghasilkan ciptaan berikut kecuali ______________.

a)

logo

b)

corak

c)

garisan

d)

lambang

18.

Antara penyataan berikut, yang manakah menerangkan ciri rupa ?

a)

Jarak di antara dua titik

b)

Mempunyai dua permukaan

c)

Mempunyai jisim dan isi padu

d)

Kawasan rata yang dilingkari oleh garisan luar

19.

Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan ciri rupa organik ?

a)

Bebas tanpa sudut.

b)

Seluruh rupa digelapkan.

c)

Dihasilkan dengan alat geometri.

d)

Mempunyai sempadan dan bersifat statik.

20.

Teknik lipatan dan ___________ dapat digunakan untuk menghasilkan rupa.

a)

titik

b)

ukiran

c)

jahitan

d)

guntingan

21.

Bagaimanakah corak dapat dihasilkan dengan menggunakan satu rupa sahaja ?

a)

Ulangi rupa dalam susunan yang berlainan.

b)

Warnakan dengan warna yang berlainan.

c)

Gunakan bentuk yang berlainan.

d)

Gunakan garis yang berlainan.

22.

Apakah jenis garisan yang ditunjukkan di dalam rajah ?

a)

Garisan berpancar

b)

Garisan berlingkar

c)

Garisan beralun

d)

Garisan melengkung

23.

Antara teknik yang berikut, yang manakah tidak sesuai digunakan untuk membuat garisan ?

a)

Kolaj

b)

Capan

c)

Tindanan

d)

Anyaman

24.

Apakah fungsi garisan yang tidak boleh diaplikasikan dalam karya seni ?

a)

Menghasilkan ton

b)

Menghasilkan warna

c)

Menghasilkan bentuk

d)

Menunjukkan pergerakan

25.

Apakah jenis garisan yang ditunjukkan di dalam gambar rajah ?

a)

Garisan beralun

b)

Garisan berpancar

c)

Garisan berlingkar

d)

Garisan melengkung