wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz pengajian Fiqh PIMK1094

Total questions: 10

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

1. Definisi ilmu fiqh dari sudut istilah ialah “Ilmu berkenaan hukum-hakam Syarak yang bersifat ‘amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci”.


Manakah diantara hukum hakam berikut tidak dibincangkan dalam ilmu fiqh

a)

A. Syarat dan rukun solat

b)

B. Syarat dan rukun nikah .

c)

C. Syarat dan rukun berjual beli

d)

D. Syarat dan rukun iman.

2.

2. Imam al-Syafiee merupakan salah seorang pengasas mazhab fiqh yang utama di dalam Islam .Beliau digelar sebagai Nasir al-hadis ناصر الحديث ( penolong hadis ) kerana :

a)

A. Menghafaz banyak hadis.

b)

B. Mengutamakan hadis dalam mengeluarkan fatwa .

c)

C. Memiliki kitab hadis sendiri iaitu Musnad al-Syafiee

d)

D. Dilahirkan dalam keluarga yang menguasai bidang hadis..

3.

3. Imam al-Syafiee merupakan pelopor dalam penulisan ilmu fiqh sebelum ia berkembang dengan lebih pesat . Kitab yang ditulis oleh beliau dalam bidang ini ialah :

a)

A. Al- Umm

b)

B. Al- Farid .

c)

C. Al- Risalah

d)

D. Al-Burhan Fi Usul Al-Fiqh

4.

4. Berikut merupakan kepentingan mempelajari ilmu Fiqh kecuali :

a)

A. Dapat menistinbatkan hukum-hakam Islam yang bersifat semasa dan setempat

b)

B. Mengetahui kekuatan dan kelemahan seseorang ulama mazhab sehingga boleh dibuat pentarjihan

c)

C. Mengetahui kaedah-kaedah hukum dan cara digunakan oleh mujtahid untuk berfatwa..

d)

D. Menghargai pandangan ulama silam sehingga tidak menghukum mereka sebagai sesat .

5.

5. Antara kaedah fiqh yang utama ialah “ Setiap perkara mengikut niatnya”.


Definisi “setiap perkara” merangkumi :


i Ibadat .

II. Muamalat

III. Munakahat.

IV. Jinayat.

a)

A I, II dan III

b)

B I, II dan IV

c)

C I, III dan IV

d)

D I, II, III dan IV

6.

6. Dalam situasi penularan wabak covid 19 , kerajaan telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan . Ia bertujuan untuk mengawal virus ini daripada tersebar.


Antara kaedah fiqh di bawah , kaedah manakah yang paling sesuai dikaitkan dengan situasi diatas .

a)

A. الامور بمقاصدها

b)

B. الضرر يزال

c)

C. المشقة تجلب التيسير.

d)

D. اليقين لا يزال بالشك.

7.

7. Kaedah ( يتحمل الضرر الخاص لاجل دفع الضرر العام ) bermaksud “ dilaksanakan kemudaratan kecil demi untuk menghindari kemudaratan yang lebih besar” . Kaedah ini merupakan kaedah pecahan dari kaedah utama ( الضرر يزال - Segala perkara yg memudaratkan perlu dihilangkan)


Manakah contoh berikut paling sesuai dikaitkan dengan kaedah pecahan di atas ,

a)

A. Harus qasar dan jamak solat bagi petugas barisan hadapan.

b)

B. Sekatan keluar rumah dalam tempoh PKP .

c)

C. Mengelak bersalaman dengan orang ramai.

d)

D. Memakai penutup hidung dan mulut.

8.

8. Walaupun terdapat hadis sahih (لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب ) yang bermaksud “ tidak dikira solat tanpa membaca surah al-Fatihah” Para fuqaha masih berbeza pendapat tentang hukum "membaca al- Fatihah dalam solat berjemaah".

Manakah pernyataan berikut tidak benar tentang pegangan para fuqaha dalam menistinbat hukum dari hadis tersebut .

a)

A. Semua imam mazhab berpendapat wajib membaca al-Fatihah dalam semua solat

b)

B. Mazhab Maliki dan Hanbali berpendapat sunat sahaja bagi makmum membaca fatihah .

c)

C. Mazhab Syafiee berpendapat wajib membaca fatihah dalam semua solat

d)

D. Mazhab Hanafi berpendapat tidak perlu dan tidak sunat membaca fatihah secara mutlak.

9.

9. Seseorang yang mempunyai pendapatan yang cukup syarat-syaratnya dari sudut nisab dan haul diwajibkan mengeluarkan zakat pendapatan dengan kadar 2.5 % sahaja .


Berdasarkan pernyataan tersebut , ungkapan manakah yang paling sesuai bagi menggambarkan “ Ruh Syariah “ dalam penetapan kadar tersebut .

a)

A. Kadar yang tidak membebankan umat.

b)

B. Had yang boleh menghilangkan rasa dengki golongan asnaf.

c)

C. Kesesuaian kadar tersebut dalam membantu orang lain

d)

D. Kadar yang menentukan perlindungan Allah terhadap harta yang dimiliki.

10.

10.Rasulullah SAW bersabda :


(لَا تَبِعْ مَا لَيْسَ عِنْدَكَ)

Terjemahan : “ jangan berjual beli benda yang tidak ada pada kamu”.


Hadis ini kelihatan bercanggah dengan amalan jual beli online sedangkan ia diharuskan berdasarkan fatwa semasa


Huraian yang paling tepat tentang hadis ini jika dikaitkan dengan situasi semasa ialah:

a)

A. Tidak dapat dijadikan hujah kerana statusnya yang daif .

b)

B. Larangan dalam hadis ini telah dimansuhkan .

c)

C. Larangan dalam hadis ini tidak bersifat mutlak untuk semua perkara .

d)

D. Larangan dalam Hadis difahami dalam konteks “ jika terdapat unsur gharar (ketidakpastian).