Font size
WorksheetsKuiz Kosa Kata Berdarjat Tinggi
Total questions: 100
Worksheet time: 25hrs 0mins
Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya berpendapat amalan rumah terbuka merupakan salah satu (a) untuk mengukuhkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Terdapat jurang pemisah antara pemimpin yang berorientasikan Barat dengan umat yang rata-rata meng (a) kan cara hidup Islam di kebanyakan negara Islam.
Antara faktor ke (a) an akhlak remaja adalah kepincangan dalam institusi kekeluargaan.
Jauh sebelum proklamasi (a) wanita, Islam telah terlebih dahulu mengangkat darjat wanita daripada dianggap sebagai komiditi pada era jahiliah kepada kemuliaan wanita seperti yang dinyatakan melalui Al-Quran dan hadith.
Usaha pengembangan bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah disertai oleh (a) daripada kerajaan sendiri.
(a) nya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.
Bahasa baku ialah bahasa yang teratur dan mantap pelbagai aspek seperti ejaan, bentuk kata, tatabahasa dan lain-lain serta diterima oleh masyarakat sebagai (a) penggunaan yang betul atau sahih.
Dalam mencapai status negara maju pada tahun 2020, pelbagai cabaran dan (a) yang sengit yang harus ditempuhi oleh negara dan hal-hal ini perlu dipikul oleh golongan belia dalam negara kita kerana merekalah merupakan nadi kepada bangsa Malaysia.
Sebilangan besar guru di negara ini memerlukan latihan semula tentang perkembangan terbaru dalam bidang kurikulum dan (a) .
Pendidikan merupakan (a) yang tepat kerana pendidikan mampu mematangkan pemikiran seseorang.
Saya hendaklah mempunyai motivasi (a) dan instrinsik bagi membolehkan saya bersemangat dan dapat mendorong saya ke arah yang lebih maju kerana lebih banyak motivasi diri seseorang itu, lebih terdorong juga seseorang itu untuk memajukan dirinya.
Kejayaan penulis mampu dibuktikan menerusi keupayaannya me (a) kan fikirannya dalam jalan cerita novel.
Sememangnya (a) antara kerajaan dengan rakyat mampu menghasilkan sinergi yang merubah senario masyarakat.
(a) ini, budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat secara memberangsangkan.
Akhir-akhir ini, isu lumba haram kerap menjadi (a) dalam kalangan masyarakat.
Pelajar perlu memberikan (a) yang mantap sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Apa yang jelas dan nyata ialah ilmu yang dituntut oleh manusia hanyalah sebagai (a) dan jalan untuk mengenal Allah.
Akhir kalamnya, rakyat dan kerajaan perlu ber (a) untuk merealisasikan pelancongan inap desa menjadi pilihan kalangan rakyat Malaysia.
Membaca merupakan (a) berkesan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.
Marilah kita buktikan kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu atau tidak lagi dikatakan seperti katak di bawah tempurung, malah telah bertamadun dalam menuju era globalisasi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain untuk negara maju yang lain di seluruh (a) ini.
Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala seperti satu (a) menyebut tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Rasa perikemanusiaan semakin (a) daripada sanubari masyarakat pada hari ini.
Sudah terang lagi bersuluh, kempen merupakan prakarsa (a) yang mampu mengatasi gejala dadah yang merupakan musuh nombor satu dunia.
(a) golongan remaja tidak terlibat dengan aktiviti subversif yang akan mencalarkan imej negara.
Janganlah sesekali kita ber (a) dalam perbuatan yang hanya mengundang penyesalan pada masa akan datang.
Langkah-langkah (a) perlu dilakukan untuk membasmi gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid.
(a) pendapatan kita sekadar cukup-cukup makan, kita seharusnya menyimpan sebahagian daripada pendapatan sebagai tabungan.
Sifat (a) dalam mengendalikan urusan dan situasi merupakan ciri yang perlu ada pada seorang remaja yang berwawasan kerana kecekapan akan memudahkan pelbagai perkara untuk diselesaikan dalam masa yang singkat secara efisien.
Setiap ibu bapa nalar menaruh harapan untuk melihat anak-anak mereka menjadi manusia paling berguna kepada (a) , agama dan masyarakat.
Remaja perlu dinasihati agar tidak mengamalkan budaya (a) dalam kehidupan mereka.
Remaja yang berpengetahuan mampu melakukan (a) apabila membaca bahan bacaan daripada pelbagai sumber.
(a) nya, golongan orang kurang upaya turut membantu perkembangan ekonomi negara Malaysia.
(a) secara progresif perlu diadakan ke seluruh negara bagi menerangkan keburukan merokok.
Guru yang berkesan mampu melakukan (a) melalui pelbagai medium dan kaedah pengajaran di dalam kelas.
Sikap (a) yang ada dalam diri menyebabkan masyarakat bandar tidak mengamalkan semangat kejiranan.
Sementelahan , generasi muda pada hari ini mengalami gangguan (a) sehingga menyebabkan mereka tidak memikirkan baik buruk sesuatu perkara.
Sebagai (a) , kita seharusnya berganding bahu memulihara bangunan bersejarah untuk memastikan generasi hari muka dapat mewarisinya.
Anak-anak terdorong untuk melakukan (a) dek galakan rakan-rakan sebaya.
Remaja seharusnya berusaha menjadi golongan (a) yang akan membanggakan nama ibu bapa dan negara.
Seharusnya kita membantu negara-negara (a) di Afrika yang mengalami krisis makanan.
Sebagai golongan (a) , kita seharusnya menyokong segala usaha baik kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 ini.
Langkah-langkah yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan rasmi dan surat-menyurat di semua jabatan kerajaan di (a) kan dalam bahasa ibunda.
Dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Malaysia dalam sanubari rakyat (a) golongan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang menggapai minat umum terhadap keindahan bahasa Malaysia.
Mendepani arus globalisasi kini, pelbagai perubahan serta (a) yang sudah dilaksanakan terhadap bahasa Malaysia asal sehingga terbentuk bahasa rojak.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak harus berpeluk tubuh dan mendiamkan diri, sebaliknya perlu mengambil tindakan undang-undang bagi menyedarkan pihak berkenaan bahawa bahasa Malaysia bukanlah sebuah (a) mainan komersial.
Marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal (a) agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Tuntasnya, pihak-pihak yang berwajib seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus berfikir secara kreatif dan kritis demi menaikkan imej bahasa ibunda secara (a) .
Dalam usia yang setahun jagung, ketahanan diri perlu dipertingkatkan kerana banyak cabaran dalam kehidupan yang perlu di (a) .
Dalam tempoh (a) ini, kerajaan bertungkus lumus mencari cara untuk mengukuhkan ekonomi negara.
Sudah menjadi (a) umat islam di seantero dunia untuk cakna akan hal saudara seagama dan membantu mereka sehabis daya walau kita berbeza bangsa.
Budaya saling menziarah dan menghormati ini harus diterapkan dan disuburkan semula dalam kelompok masyarakat (a) hari ini.
Sejarah telah memaparkan betapa banyak empayar silam telah hilang daripada lembar sejarah kerana kegagalan dalam menguruskan dengan baik soal-soal (a) negara.
Rakyat Malaysia yang (a) dan bersatu padu merupakan satu keunikan yang istimewa di kaca mata dunia.
Pemimpin yang baik haruslah mempunyai nilai yang (a) dalam dirinya agar tidak terlalu terikat dengan satu-satu pandangan atau pola pemikiran.
Aktiviti kemasyarakatan ini wajar dilakukan secara konsisten serta dijadualkan agar (a) mereka dalam melaksanakan amalan murni ini terus kekal subur dan sebati dalam jiwa masing-masing.
Aktiviti kemasyarakatan merupakan wadah penting yang (a) kerana mampu mewujudkan satu kelompok masyarakat yang bersatu padu dan hidup berkasih sayang.
Peranan ibu bapa dalam mencorak peribadi anak-anak dapat memastikan amal tradisi ini terus (a) dan tidak lenyap ditelan zaman.
Teruja dengan landskap bumi yang amat indah ini, saya berikrar untuk melestarikan bumi yang indah (a) ini.
Komitmen dan iltizam haruslah digembleng menjadi suatu (a) masyarakat demi membendung masalah ini dengan lebih proaktif.
Ibu bapa haruslah menjadi (a) yang terbaik buat anak-anak mereka agar menjadi ikutan dan pedoman sepanjang kehidupan mereka.
Dalam meniti zaman (a) yang penuh pancaroba ini, acap kali kita melihat di dada-dada akhbar tentang jenayah juvana yang kian menjadi barah dalam kalangan remaja masa ini.
Semua pihak tidak boleh bersikap (a) malah hendaklah bersatu menggembleng tenaga sehabis upaya untuk mengatasi gejala ponteng sekolah hingga ke akar umbi.
Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak lain tidak bukan adalah demi (a) dan kepentingan murid-murid itu sendiri dalam usaha memastikan sekolah merupakan tempat yang selamat serta kondusif untuk mereka menimba ilmu.
Antara langkah (a) bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan remaja adalah dengan ibu bapa menyediakan perpustakaan mini di rumah masing-masing agar anak-anak mempunyai akses langsung kepada buku dan tiada alasan mereka tidak mempunyai bahan bacaan berkualiti di rumah mereka.
Ibu bapa yang membenarkan anak-anak memilih sendiri bahan bacaan mereka ketika membeli buku tersebut akan memberikan (a) positif dalam diri anak-anak sekali gus menyemarakkan lagi semangat mereka untuk terus membaca.
Remaja yang mampu menongkah arus kebejatan sosial akan menjadi (a) yang mengharumkan nama negara.
Anjakan (a) yang memberi ruang seluas-luasnya kepada warga dunia untuk meneroka peluang di peringkat antarabangsa, maka cabaran keselamatan terhadap Malaysia adalah cukup besar.
Antara azimat perpaduan adalah untuk ke (a) an umat dan ketahanan nasional.
Perpaduan menjadi (a) yang membolehkan individu atau masyarakat membangunkan potensi budaya, kemahiran dan seni.
Beberapa perubahan yang berlaku secara (a) dan global adakalanya menggugat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat Malaysia.
Sesungguhnya, keunikan Malaysia daripada (a) kehidupan masyarakat majmuk merupakan anugerah yang tidak ternilai.
Perpaduan dalam kalangan rakyat juga menjadi strategi (a) untuk memupuk dan memperkaya multibudaya pelbagai kaum.
Meski semua asas untuk menjadi negara maju seperti potensi ekonomi, (a) pendidikan, kemudahan infrastruktur awam sudah jelas di hadapan mata, namun semua ini akan menjadi sia-sia sekiranya tiada persefahaman dan perpaduan utuh dalam kalangan rakyat.
Berdasarkan polisi keusahawanan yang mengenakan caj yang berpatutan untuk memasuki kawasan rekreasi dan tempat beriadah ini, sudah pasti usaha ini boleh mendidik rakyat Malaysia agar tidak selama-lamanya menjadi warga (a) yang mengharapkan disuap semata-mata.
Pihak penguat kuasa sepatutnya diberikan kuasa yang mencukupi untuk menangkap, mendenda dan menghalang golongan yang tidak bertanggungjawab daripada melakukan perbuatan (a) mereka.
Langkah penguatkuasaan juga merupakan suatu tindakan yang berbentuk (a) supaya tempat-tempat tersebut terus berada dalam keadaan baik dan selesa.
Masyarakat Malaysia khususnya remaja wajar melakukan (a) budaya berfikir yang lebih matang dengan belajar menghargai hak milik awam.
Guru, ibu bapa dan anggota masyarakat hendaklah bersama-sama ber (a) mendidik remaja supaya bijak memilih antara kaca dan permata.
Kini, dalam (a) maklumat siber yang semakin terbuka, semua rangkaian media perlu mengelakkan sikap adu domba dan menggunting dalam lipatan.
Kekuatan minda dan hati yang diikat oleh iman dan moral ialah faktor kekuatan dalaman yang boleh dijadikan pedoman agar individu tidak terus hanyut dalam (a) media sosial yang berbahaya ini.
Faktor kesabaran menjadi (a) yang paling sukar ditandingi oleh insan melainkan guru kerana belum tentu ibu bapa yang melahirkan mampu mendidik anak-anak berbanding para guru yang tetap bermanis muka menerima sesiapa sahaja untuk diajar dan dididik.
Insiden-insiden seperti guru dipukul oleh pelajar atau waris pelajar, rumah guru dibakar dan pelajar berlagak samseng terhadap guru merupakan suatu (a) yang menakutkan sekali gus akan menghakis kesuburan budaya ilmu.
(a) yang seterusnya dalam prakarsa memupuk sifat-sifat positif kehidupan bermasyarakat adalah dengan dengan model utama komuniti mahupun pihak berkuasa mendidik masyarakat supaya berdisiplin, patuhi undang-undang dan menyayangi alam sekitar.
Seorang pendidik yang (a) tidak akan berpuas hati dengan ilmu yang sedia ada tetapi akan terus menyelongkar khazanah ilmu sepanjang masa.
Sifat-sifat mulia yang (a) kepada kesejahteraan rakyat seperti telus, bertimbang rasa dan adil hendaklah menjadi garis panduan utama dalam kalangan anggota masyarakat hari ini.
Pendekatan agama secara berhemah, padat berisi dengan nilai kasih sayang dapat membentuk karakter anak-anak agar lebih (a) dalam amalan dan bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka.
Guru dan ibu bapa perlu menjadi ejen terpenting untuk membimbing anak-anak mengamalkan pekerti mulia ibarat cermin yang elok sentiasa memancarkan imej yang sempurna, justeru demikianlah (a) kepada ibu bapa dan guru kerana akhlak anak-anak adalah cerminan peribadi ibu bapa dan guru itu sendiri.
Semua (a) dalam masyarakat perlulah beriltizam untuk membina sebuah masyarakat yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni sebagai anak kunci masyarakat madani.
Impian untuk membentuk sebuah institusi masyarakat yang ampuh mungkin (a) dalam kata-kata, namun bukan mudah untuk dibumikan.
Pemerkasaan semula (a) sivik hendaklah dimulakan melalui sistem pendidikan.
(a) vandalisme, membuang sampah merata-rata,merokok di tempat larangan mahupun terbuka dan mengotorkan tempat-tempat awam merupakan fenomena biasa yang mudah dilihat dalam kalangan masyarakat kita.
Sekiranya Falsafah Pendidikan Negara dihayati dan di (a) kan dengan penuh iltizam sudah pasti akan dapat membentuk insan yang cukup ideal terhadap dirinya sendiri seterusnya kepada masyaraka, bangsa dan negara.
Anasir-anasir negatif seperti sombong, mementingkan diri, biadap dan sikap suka bertangguh hendaklah dijauhi kerana inilah elemen-elemen yang boleh merosakkn imej komuniti sebagai ke (a) an daripada anggota masyarakat yang tidak beretika dan bankrap budaya.
Gemblengan tenaga dan buah fikiran daripada semua peringkat hendaklah digunakan secara bersepadu agar wujud kesepaduan idea dan me (a) kan hasil yang berbaloi.
Kemahiran menjadi tangan emas yang mampu meng (a) kan produk hebat agar boleh memasuki pasaran dunia.
Negara memerlukan remaja yang bersemangat waja, berani dan bercita-cita tinggi untuk mengangkat (a) bangsa agar lebih tersohor di seantero pelosok buana.
Para pemimpin, badan bukan kerajaan, ibu bapa dan komuniti hendaklah berganding bahu untuk merencanakan prakarsa bagi mendidik remaja agar kenal akan sejarah negara serta mempunyai rasa bertanggungjawab dan bercita-cita men (a) kan watan tercinta ke persada global.
Anak-anak muda pada hari inilah yang akan menyambung kesinambungan (a) kedaulatan negara agar terus hebat dan berdaulat.
Setiap graduan hendaklah memperlengkap diri dengan penampilan (a) yang versatil, kemahiran berkomunikasi yang baik dan kebolehan berfikir di luar kotak.
Suatu anjakan (a) yang baharu harus berlaku dalam masyarakat bahawa memiliki ilmu dan berijazah adalah sebagai tanggungjawab agar insan tidak terus kekal jumud dalam kepapaan kerana buta ilmu.
