NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu (Tahun 4) - Kata Ganda
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Suleiman Ahmad menangis __________ apabila mengetahui bahawa guru kelasnya telah bertukar ke sekolah lain.
tersedu-sedan
teringai-ingat
terbayang-bayang
tercungap-cungap
Anggota-anggota bomba dan penyelamat sedang __________ untuk menyelamatkan mangsa kemalangan yang tersepit di dalam kereta itu.
bertungkus-lumus
berbolak-balik
bersenang-lenang
bersangkut-paut
__________ Nora Ibtaj berdarah kerana tercucuk tulang ikan puyu semasa makan tadi.
lelangit
lelabu
kekisi
kekandi
Dari seberang jalan itu kelihatan mulut Haji Surip Giman __________ seperti orang membaca doa.
kumat-kamit
keluh-kesah
kopak-kapik
kering-kontang
Zainol Batuta berjalan ____________ di kaki lima pusat beli-belah itu.
mundar-mandir
haru-biru
huyung-hayang
gopoh-gapah
Kemalangan yang menimpa kawan saya itu __________ menyedihkan hati.
benar-benar
nyaris-nyaris
tiba-tiba
baik-baik
"Jangan kamu ___________ menjawab soalan," pesan Cikgu Hairon Antashah kepada murid tahun enam.
gopoh-gapah
keluh-kesah
lintang-pukang
susah-payah
Orang ramai bergotong-royong mendirikan ____________ di majlis kenduri perkahwinan anak Puan Juwita Andalas.
bebalai
jejari
kekuda
kekisi
Pihak polis sedang memerhati __________ pemuda yang mencurigakan itu.
tindak-tanduk
lalu-lalang
bolak-balik
mundar-mandir
Suasana __________ kedengaran di dalam dewan itu apabila peperiksaan UPSR tamat.
riuh-rendah
tunggang-langgang
kucar-kacir
huru-hara
