wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KSSMPK SAINS TINGKATAN 1 : UNIT 4 MESIN

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Apakah definisi mesin ringkas?


Mesin ringkas ialah alat atau perkakas yang membantu melakukan sesuatu kerja dengan cepat dan mudah.

a)

Betul

b)

Salah

2.

Mesin ringkas terbahagi kepada tujuh jenis iaitu

tuas, roda dan gandar, satah condong, baji, skru, gear dan takal.

a)

Betul

b)

Salah

3.

Apakah kegunaan mesin ringkas dalam kehidupan? (Jawapan boleh lebih daripada satu)

a)

memudahkan kerja

b)

menjimatkan masa

4.

Tuas ialah alat yang diperbuat daripada papan atau bar dan diletakkan di atas fulkrum.


Apakah fungsi Tuas?

a)

Menggerakkan atau memutarkan sesuatu objek.

b)

Mengangkat atau mengumpil sesuatu objek.

5.

Gear ialah bahagian roda bergigi yang dipasang dalam mesin.


Apakah fungsi Gear?

a)

Menggerakkan bahagian-bahagian lain dengan kadar kelajuan yang berbeza-beza.

b)

Menggerakkan atau memutarkan sesuatu objek.

6.

Roda dan gandar ialah mesin ringkas yang mempunyai roda yang dipasang pada gandar.


Apakah fungsi Roda dan gandar?

a)

Menggerakkan atau memutarkan sesuatu objek.

b)

Memudahkan pergerakan atau menggerakkan objek berat ke tempat yang lebih tinggi.

7.

Satah condong ialah permukaan rata yang satu bahagian hujungnya diletakkan pada ketinggian berbeza.


Apakah fungsi Satah condong?

a)

Memudahkan pergerakan atau menggerakkan objek berat ke tempat yang lebih tinggi.

b)

Menggerakkan atau memutarkan sesuatu objek.

8.

Baji ialah objek yang runcing pada satu hujungnya.


Apakah fungsi Baji?

a)

Mengangkat objek yang berat dengan lebih mudah.

b)

Merenggangkan atau membelah sesuatu objek.

9.

Takal ialah sejenis alat yang berbentuk roda dan mempunyai salur di hujungnya.


Apakah fungsi Takal?

a)

Mengangkat objek yang berat dengan lebih mudah.

b)

Mencantum dan mengetatkan dua objek.

10.

Skru ialah paku yang beralur batangnya, yang dimasukkan ke dalam sesuatu dengan memutarkannya.


Apakah fungsi Skru?

a)

Merenggangkan atau membelah sesuatu objek.

b)

Mencantum dan mengetatkan dua objek.

11.

Berikan nama mesin ringkas yang ada pada alatan di atas.

a)

Tuas

b)

Gear

12.

Berikan nama mesin ringkas yang ada pada alatan di atas.

a)

Skru

b)

Satah condong

13.

Berikan nama mesin ringkas yang ada pada alatan di atas.

a)

Takal

b)

Roda dan gandar