Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGARUH IKLIM TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

Total questions: 15

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

▪️Suhu musim panas kurang 10°C.

▪️Suhu musim sejuk boleh turun sehingga -32°C.

▪️Julat suhu tahunan adalah besar iaitu 42°C.

a)

Iklim Tundra

b)

Iklim Laurentia

c)

Iklim China

d)

Iklim Gurun Panas

2.

Pilih dua kegiatan manusia di kawasan Tundra.

a)

Perikanan

b)

Pertanian

c)

Pemburuan

d)

Penternakan

3.

Oymyakon di utara Rusia merupakan tempat paling sejuk yang didiami oleh manusia.

a)

Betul

b)

Salah

4.

Pekerjaan orang Eskimo berubah mengikut musim. Mereka menangkap ikan ketika musim panas iaitu ketika sebahagian ais mencair. Manakala pada musim sejuk mereka akan......

a)

menganyam selimut dalam igloo.

b)

memburu binatang seperti walrus dan karibu.

c)

menanam secara hidroponik

d)

berhijrah ke kawasan terlindung daripada ribut salji.

5.

Kawasan yang berada di zon iklim sederhana sejuk dan sederhana panas akan mengalami kejadian 4 musim. Pilih dua jenis iklim yang mengalami 4 musim.

a)

Iklim Monsun Tropika

b)

Iklim Laurentia

c)

Iklim Steppe

d)

Iklim Tundra

6.

▪️China ( utara)

▪️Korea Utara

▪️Jepun ( utara)


Ketiga-tiga negara ini merujuk kepada iklim jenis.........

a)

Siberia

b)

Mediterranean

c)

Steppe

d)

Laurentia

7.

Pilih dua kegiatan penduduk yang tinggal di Gurun Arab.

a)

Perikanan

b)

Perlombongan

c)

Pertanian terhad

d)

Penternakan

8.

Jumlah hujan tahunan di kawasan beriklim Laurentia adalah antara 500mm hingga 1000mm. Jumlah hujan yang agak banyak ini menggalakkan kegiatan (a)  

9.

Jenis iklim China akan mengalami musim panas selama 5 bulan dan musim sejuk selama 7 bulan. Berapakah suhu musim sejuk kawasan ini?

a)

kira-kira 28°C

b)

kira-kira 5°C

c)

kira-kira -5°C

d)

kira-kira -10°C

10.

Mengapakah iklim jenis China sesuai untuk penanaman padi? Pilih dua jawapan yang betul.

a)

Suhu musim panas yang tinggi 28°C.

b)

Jumlah hujan tahunan melebihi 1000mm.

c)

Suhu sederhana panas 16°C hingga 18°C.

d)

Jumlah hujan yang tinggi ketika awal dan hujung tahun.

11.

Biasanya pada akhir musim panas, China (Selatan), Hong Kong dan Taiwan akan mengalami siklon tropika. Apakah maksud siklon tropika?

a)

Ribut ganas yang terbentuk di perairan tropika.

b)

Ribut petir yang turun pada waktu petang.

c)

Puting beliung yang dasyat

d)

Ribut taufan yang sebabkan tsunami.

12.

▪️Cuaca pada waktu siang adalah panas sehingga 40°C.

▪️Cuaca pada waktu malam pula boleh turun sehingga 5°C.

Hal ini terjadi di Gurun Arab kerana........

a)

Gurun Arab kekurangan litupan awan.

b)

Gurun Arab berada di garis lintang 10°S.

c)

Gurun Arab berdekatan laut mati.

d)

bentuk muka bumi Gurun Arab adalah padang rumput Steppe

13.

Jepun kaya dengan hasil laut kerana pinggir pantai Jepun terletak di persimpangan....

a)

arus iklim Laurentia yang kaya dengan rumpai laut.

b)

arus panas Kurashio dan arus sejuk Oyashio yang menggalakkan pertumbuhan plankton.

c)

arus sejuk Oyashio menggalakkan pertumbuhan terumbu karang yang menarik banyak ikan.

14.

Jumlah hujan kurang 250mm menyebabkan rumput dan semak samun tumbuh renek dan jarang. Hal ini terjadi di.....

a)

Siberia

b)

Lubnan

c)

Gurun Arab

d)

Mongolia

15.

Kawasan yang subur dan mempunyai air di padang pasir dikenali sebagai (a)