NEW
Font size
WorksheetsGeografi Tingkatan 4 KSSM
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Antara yang berikut, proses manakah terlibat dalam membentuk batuan metamorfosis?
Haba tinggi dan tindak balas kimia
Regangan dan mampatan
Tekanan tinggi dan haba tinggi
Regangan dan tindak balas kimia
Antara jenis batuan berikut, yang manakah digunakan untuk pembinaan jalan raya dan bangunan?
Batu pasir
Granit
Tanah liat
Batu kapur
Antara berikut pasangan manakah benar?
Pertembungan plat tektonik - Tegangan kerak bumi terhasil
Pencapahan plat tektonik - Mampatan kerak bumi terhasil
Lipatan kerak bumi - Menghasilkan gunung bongkah
Gelinciran kerak bumi - Menghasilkan graben dan horst
Proses manakah yang menyebabkan pertembungan plat-plat tektonik?
Luluhawa
Gerakan jisim
Hakisan
Arus perolakan
Sebahagian besar Batu Caves di Kuala Lumpur terdiri daripada
batu igneus
batu pasir
batu rigolit
batu kapur
Struktur bumi terdapat beberapa lapisan. Di lapisan manakah terletaknya SIMA dan SIAL?
Mantel
Teras luar
Kerak bumi
Teras dalam
Apakah proses luluhawa yang berkesan di kawasan batu kapur?
Larutan
Hidrolisis
Pengoksidaan
Pengkarbonan
Apakah bentuk muka bumi yang terbentuk di dasar laut sekiranya pencapahan plat berlaku?
Arka pulau
Jurang lautan
Banjaran gunung lipat
Permatang tengah lautan
Bagaimankah aktiviti manusia boleh menyebabkan berlakunya proses pergerakan jisim?
Kegiatan akuakultur di kawasan paya bakau
Pembinaan pelabuhan perikanan di pinggir laut
Pembinaan petempatan di kawasan cerun bukit
Pembajakan tanah untuk penanaman padi di kawasan delta
Di kawasan gunung berapi, lapisan tanih lava yang tepu air menyebabkan hujan mengalir dengan pantas menuruni cerun. Jenis gerakan jisim yang dihuraikan di atas ialah
aliran tanih
aliran lumpur
jatuhan batuan
gelongsoran batuan
Kejadian gempa bumi yang kuat di dasar laut boleh menyebabkan berlakunya
taufan
el-nino
jerebu
tsunami
Apakah pandang darat yang terhasil daripada luluhawa jenis pengkarbonan?
Air terjun
Padang pasir
Gerbang laut
Gua batu kapur
Apakah yang akan terbentuk apabila berlakunya pencapahan plat benua dan plat benua?
Lurah gelinciran
Jurang lautan
Gunung lipat
Arka pulau
Bagaimanakah proses gerakan jisim dapat dikurangkan?
Menjalankan aktiviti pertanian di cerun
Membina benteng pemecah ombak
Menanam pokok di pinggir pantai
Membina teres di lereng bukit
Apakah faktor fizikal yang menyebabkan aliran lumpur berlaku?
Cerun landai
Pembinaan petempatan
Hujan yang lebat
Pertanian di lereng bukit
