wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Geografi Fizikal Ting 4 KSSM Set 2

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah sumbangan kawasan pinggir laut kepada sektor ekonomi di Malaysia?

a)

Habitat hidupan akuatik

b)

Aktiviti ekopelancongan

c)

Menyederhanakan suhu

d)

Penampan hakisan ombak

2.

Di lapisan bumi manakah terdapatnya arus perolakan yang menyebabkan berlakunya pergerakan seperti gempa bumi?

a)

Mantel

b)

Teras luar

c)

Kerak bumi

d)

Teras dalam

3.

Apakah faktor yang menyebabkan luluhawa mekanika memberikan kesan yang besar di kawasan gurun panas?

a)

Perubahan suhu yang ekstrim

b)

Kelembapan udara yang tinggi

c)

Taburan hujan yang rendah

d)

Batuan lembut

4.

Apakah kepentingan luluhawa kimia kepada sektor ekonomi Malaysia?

a)

Menghasilkan batu granit untuk sektor peindustrian

b)

Membentuk gua batu kapur sebagai lokasi pelancongan

c)

Menghasilkan garam mineral untuk kegiatan pertanian

d)

Mempercepatkan aktiviti kuari iaitu pemecahan bongkah batuan

5.

Luluhawa kimia sangat berkesan dan dominan berlaku di kawasan

a)

gurun panas

b)

pedalaman benua

c)

tropika lembap

d)

kutub

6.

"Pergerakan paling perlahan dan cerun landai 2 hingga 3 darjah" . Proses gerakan jisim di atas merujuk kepada

a)

aliran lumpur

b)

kesotan tanih

c)

gelangsar tanih

d)

gelongsoran tanah

7.

"Laut selari"

"Lurah gelinciran"

"Permatang tengah lautan"

Bagaimanakah bentuk muka bumi di atas terhasil

a)

pertembungan dua plat benua

b)

pencapahan dua plat benua

c)

pertembungan dua plat lautan

d)

pencapahan dua plat lautan

8.

Apakah kepentingan luluhawa organik kepada ekonomi Malaysia?

a)

Membentuk gua batu kapur sebagai lokasi pelancongan

b)

Mempercepatkan aktiviti kuari dengan pemecahan bongkah

c)

Menghasilkan garam akibat proses penghabluran garam

d)

Memecahkan gunung kepada serpihan batuan dalam satu jangka masa yang panjang

9.

"Terbentuk akibat suhu dan tekanan tinggi"

"Batuan asal igneus dan enapan"

Manakah yang berkaitan dengan pernyataan di atas.

a)

Membuat mata pengisar

b)

Membuat jalan raya

c)

Membuat tembikar

d)

Membuat kaca

10.

Kejadian gempa bumi yang kuat di dasar laut menyebabkan berlakunya

a)

taufan

b)

el-nino

c)

jerebu

d)

tsunami

11.

Kesan kejadian tanah runtuh kepada alam sekitar ialah

a)

habitat fauna musnah

b)

kemusnahan harta benda

c)

kerosakan jalan raya

d)

nyawa manusia teramcam

12.

Bentuk muka bumi yang terhasil oleh tindakan mendapan ombak ialah

a)

tanjung

b)

gerbang laut

c)

beting pasir

d)

batu tunggul