wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Ramadan Fasa 2

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah pengertian Puasa

a)

Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa

b)

Menahan diri daripada melakukan maksiat

c)

Menahan diri daripada makan dan minum

d)

Menahan diri daripada bercakap buruk

2.

Apakah syarat wajib Puasa

a)

Islam, Berakal, Baligh, Niat

b)

Berakal, Baligh, Merdeka

c)

Mampu berpuasa, Islam, Baligh, Berakal

d)

Baligh, Islam, Niat

3.

Ali merupakan seorang pelajar 12 tahun dan sudah memenuhi syarat wajib puasa. Apakah perkara membatalkan puasa yang perlu diambil berat oleh Ali.

a)

Pengsan selama 2 jam

b)

Makan dan minum dengan sengaja

c)

Datang Haid pada siang hari

d)

Muntah dengan tidak sengaja

4.

Puasa merupakan satu amal ibadat yang mempunyai banyak hikmahnya dari sudut rohani dan jasmani. Sebutkan kebaikan berpuasa selain daripada sudut rohani

a)

Meningkatkan ketakwaan diri kepada Allah SWT

b)

Dapat menjaga diri daripada melakukan maksiat

c)

Sistem pernafasan menjadi lancar

d)

Tubuh badan menjadi sihat dan kuat

5.

Muzafar seorang yang rabun jauh, beliau memakai kanta lekap semasa sedang berpuasa kerana kaca matanya hilang. Apakah hukum memakai kanta mata lekap ketika berpuasa?

a)

Haram dan membatalkan puasa

b)

Harus dan tidak membatalkan puasa

c)

Haram tetapi sah puasanya kerana boleh membawa mudharat

d)

Harus dan perlu diganti puasanya kerana boleh membawa mudharat

6.

Apakah pengertian Nuzul Quran

a)

Penurunan al-Quran dari at-Tanzil kepada Rasulullah

b)

Penurunan al-Quran dari langit kepada Rasulullah

c)

Penurunan al-Quran dari Sidratul Muntaha kepada Rasulullah

d)

Penurunan al-Quran dari Malaikat Israfil kepada Rasulullah

7.

Tarikh al-Quran diturunkan kepada Rasulullah adalah pada

a)

17 Ramadan

b)

27 Ramadan

c)

16 Ramadan

d)

26 Ramadan

8.

Pilih peringkat penurunan al-Quran yang tepat

a)

Luf Mahfuz, Malaikat Jibril, Rasulullah

b)

Sidratul Muntaha, Malaikat Jibril, Rasulullah

c)

At-Tanzil, Malaikat Israfil, Rasulullah

d)

Malaikat Jibril, Luh Mahfuz, Rasulullah

9.

Bagaimanakah cara al-Quran diwahyukan kepada Rasulullah


I. Melalui bunyi bisikan

II. Dibacakan secara langsung oleh Malaikat Jibril

III. Dalam keadaan Rasulullah tidur

IV. Melalui bunyi loceng


Pilih jawapan yang betul

a)

I,II dan III

b)

I,II dan IV

c)

I,III dan IV

d)

II, III dan IV

10.

Terdapat perdebatan mengenai adakah al-Quran diturunkan secara sekaligus atau secara berperingkat, pada pandangan anda, manakah yang lebih tepat.

a)

Al-Quran diturunkan sekaligus dari langit dunia kepada Rasulullah

b)

Al-Quran diturunkan secara berperingkat dari Luh Mahfuz ke langit dunia

c)

Al-Quran ditrunkan sekaligus dari Luh Mahfuz kepada langit dunia dan secara berperingkat dari langit dunia kepada Rasulullah

d)

Al-Quran diturunkan secara berperingkat dari Luh Mahfuz ke langit dunia dan secara sekaligus dari langit dunia kepada Rasulullah

11.

Perang Badar merupakan perang pertama dalam Islam semasa zaman Rasulullah, berapakah Tarikh berlakunya perang badar

a)

16 Ramadan tahun 2 Hijrah

b)

17 Ramadan tahun 3 Hijrah

c)

17 Ramadan tahun 2 Hijrah

d)

16 Ramadan tahun 3 Hijrah

12.

Perang badar disertai seramai 313 tentera muslimin gabungan Muhajirin dan Ansar. Berapakah pecahan Muhajirin dan Ansar daripada 313 tentera tersebut

a)

90 Muhajirin, 223 Ansar

b)

80 Muhajirin, 233 Ansar

c)

72 Muhajirin, 241 Ansar

d)

82 Muhajirin, 231 Ansar

13.

Pada peringkat awal peperangan badar, pihak muslimin mengeluarkan 3 orang sahabat untuk bertempur dengan 3 orang wakil Musyrikin Mekah. Siapakah 3 orang sahabat itu?

a)

Ali, Ubaidah dan Hamzah

b)

Hamzah, Uthman dan Umar

c)

Umar, Hamzah, dan Ali

d)

Abu Bakar, Uthman, Hamzah

14.

Selepas berakhirnya perang Badar, terdapat tawanan daripada kaum Musyrikin Ketika itu, apakah yang dilakukan oleh Rasulullah kepada tawanan tersebut?

a)

Hukuman pancung

b)

Dibiarkan mati di padang pasir

c)

Dilatih menjadi tentera bagi pihak Islam

d)

Dibebaskan

15.

Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya, apakah bukan ibrah berlakunya perang badar

a)

Setiap perjuangan menegakkan Islam pasti akan diuji

b)

Keutamaan mempertahankan Islam melebihi kepentingan peribadi

c)

Ketaatan kepada pemimpin selagi tidak bercanggah dengan Islam

d)

Tipu muslihat dibenarkan di dalam Islam semasa perang

16.

Pembukaan Kota Mekah berlaku pada tanggal tahun ke

a)

8 Hijrah

b)

7 Hijrah

c)

6 Hijrah

d)

9 Hijrah

17.

Rasulullah menghancurkan berhala di sekitar Ka’abah menggunakan

a)

Kapak

b)

Pedang

c)

Busur Panah

d)

Batu

18.

Semasa peristiwa penghancuran berhala semasa pembukaan Kota Mekah, terdapat ............ di dalam Kaabah

a)

Patung Berhala

b)

Malaikat Jibril

c)

Orang Musyrikin mekah yang bersembunyi

d)

Lukisan-lukisan di dinding

19.

Berhala al-Latta merupakan satu berhala yang paling Masyhur Ketika zaman Jahiliyyah. Siapakah sahabat yang diperintahkan Rasulullah untuk menghancurkan berhala tersebut

a)

Khalid al-Walid

b)

Saidina Uthman

c)

Saidina Amru al-As

d)

Saidina Saad Ibn Zaid al-Asyhali

20.

Apakah Iktibar berlakunya peristiwa Pembukaan Kota Mekah

a)

Allah SWT Akan Tetap Memenangkan Kebenaran Dan Golongan Yang Beriman

b)

Keutamaan dalam memelihara Islam berbanding perkara lain

c)

Rasulullah adalah pemimpin tertinggi

d)

Kita mesti menghancurkan berhala agama lain