wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Banyak Makna

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

I Cahaya hari ini hangat sekali.

II Tidak lama lagi, abang akan memperoleh seorang cahaya mata.

III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.

IV Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.

a)

A I dan II

b)

B II dan III

c)

C I dan IV

d)

D III dan IV

2.

I Kawasan yang rendah itu selalu dilanda banjir.

II Barang yang murah tidak semestinya bermutu rendah.

III Harga kereta nasional lebih rendah daripada harga kereta import.

IV Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah dalam mata pelajaran Sains.

a)

A II dan III

b)

B III dan IV

c)

C I,II dan III

d)

D I,III dan IV

3.

I Dia diminta bentang permaidani di ruang tamu.

II Bentang yang ditarik oleh kerbau itu sudah reput.

III Kertas kerja ini akan kami bentang pada petang ini.

IV Penyakitnya bentang kerana mengingkari arahan doktor.

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D II dan IV

4.

I Kami sampai sejambak bunga kepada guru.

II Paras banjir di Taman Tuna sudah sampai aras bahaya.

III Kereta api dari Johor akan sampai pada pukul 8:00 malam.

IV Sampai hari ini, dia masih belum memulangkan buku cerita itu.

a)

A I dan III

b)

B III dan IV

c)

C I, II dan IV

d)

D II,III dan IV

5.

I Pegawai yang makan suap itu telah ditangkap.

II Perjalanan kami tadi makan masa selama setengah jam.

III Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan.

IV Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan.

a)

A I,II dan III

b)

B I, II dan IV

c)

C I,III dan IV

d)

D II,III dan IV

6.

I Beg itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

II Usahlah dirisaukan dengan masalah yang ringan itu.

III Beberapa orang mendapat cedera ringan dalam kemalangan itu.

IV Soalan-soalan dalam ujian itu ringan dan mudah diselesaikan.

a)

A I dan III

b)

B II dan III

c)

C I, II dan III

d)

D II,III dan IV

7.

I Liong baru sahaja baik daripada selesema.

II Hubungan Aida dengan Nurul memang baik.

III Almari buruk itu masih boleh baik dan dapat dijual.

IV Kesihatannya masih baik walaupun usianya telah lanjut.

a)

A I dan IV

b)

B II dan III

c)

C I, II dan IV

d)

D II,III dan IV

8.

I Bunga tayar kereta itu melintang.

II Ailin suka memakai baju yang bunga.

III Syarifah menghadiahkan sejambak bunga kepada gurunya.

IV Emak memperoleh banyak bunga daripada wang simpanannya.

a)

A I dan III

b)

B III dan IV

c)

C I,II, dan III

d)

D I, III dan IV

9.

I Meja itu sudah siap bina.

II Yoong ambil bina terhadap nasihat gurunya.

III Lena mengikuti kursus seni bina di universiti.

IV Bangunan baharu itu akan kami bina tidak lama lagi.

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

10.

I Usianya baru lima tahun.

II Adik masuk ke bilik baru tidur.

III Ayah Kamariah baru balik dari pejabat.

IV Kelvin baru membeli sebuah basikal yang berwarna biru.

a)

A I dan II

b)

B II dan III

c)

C I, II dan III

d)

D I, III dan IV

11.

I Akal yang diberikan oleh murid kelas itu kurang memuaskan.

II Mereka sedang berbincang tentang akal untuk masa depan.

III Mereka mencari akal untuk melepaskan diri daripada penjahat itu.

IV Kita harus menggunakan akal yang waras apabila membuat keputusan.

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C III dan IV

d)

D II, III dan IV

12.

I Kaki pelajar yang berhimpun telah bersurai.

II Kaki Khairul terlalu besar untuk kasut itu.

III Banyak kaki yang diperoleh daripada perniagaannnya itu.

IV Lembu Pak Samad ditambat di kaki hutan.

a)

A I dan II

b)

B II dan IV

c)

C I, II dan III

d)

D II, III dan IV

13.

I Tingginya sama paras dengan saya.

II Curahkan bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan.

III Paras wajahnya yang jelita membuatkan banyak jejaka yang terpaut hati.

IV Hujan lebat selama dua hari menyebabkan paras air sungai itu meningkat.

a)

A I dan IV

b)

B II dan IV

c)

C I, II dan III

d)

D I, III dan IV

14.

I Dia laku dirinya seperti orang kaya.

II Seseorang yang buruk laku akan dibenci orang.

III Nasi lemak Mak Munah sangat laku dan habis dijual setiap hari.

IV Melihat laku anak yang mabuk itu, Pak Dolah telah hilang sabar.

a)

A I dan II

b)

B II, III dan IV

c)

C I, II dan IV

d)

D II, III dan IV

15.

I Pakaian pengemis itu terlalu buruk.

II Ibu membuang bunga mawar yang sudah buruk.

III Niat buruk Rosman telah diketahui oleh teman-temannya.

IV Keadaan menjadi bertambah buruk semenjak kami berpindah ke sini.

a)

A I dan II

b)

B II dan III

c)

C I, II dan IV

d)

D I, III dan IV

16.

I Kadar celik huruf di negara kita telah meningkat.

II Kita mestilah sentiasa celik kalau tidak mahu ketinggalan.

III Encik Maniam celik gambar perkahwinannya pada setiap hari.

IV Walaupun Kim Chong buta, dia boleh membuat perkara-perkara yang dapat dilakukan orang-orang yang celik.

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C I, II dan IV

d)

D II, III dan IV

17.

I Malek Nor ingin merebut kembali gelaran Raja Bina Badan Asia.

II Walaupun Johari cacat, dia berjaya merebut hati gadis cantik itu.

III Kanak-kanak yang datang ke majlis perkahwinan itu merebut bunga telur.

IV Dengan cepat dia merebut senjata itu daripada penjahat.

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C I, II dan IV

d)

D II, III dan IV

18.

I Pekerja itu asli dari Bangladesh.

II Gas asli dilombong di pesisir pantai Terengganu.

III Penyanyi itu sedang menyanyikan sebuah lagu asli.

IV Masyarakat orang Asli kini semakin maju dalam kehidupan.

a)

A I dan II

b)

B II dan III

c)

C I, II dan IV

d)

D II, III dan IV

19.

I Wang simpanannya sesak di bank.

II LRT itu sesak dengan penumpang.

III Jalan raya sesak ketika musim perayaan.

IV Datuk diserang sesak nafas selepas berjoging di taman.

a)

A I dan II

b)

B II dan III

c)

C I, II dan III

d)

D II, III dan IV

20.

I Bukalah pintu hatimu untuk bertaubat.

II Beberapa pintu rumah kedai musnah dalam kebakaran itu.

III Zunika sedang duduk termenung di tepi pintu.

IV Pintu komputer tidak dapat dibuka kerana tiada kata laluan.

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C I, II dan III

d)

D II, III dan IV