wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Bilangan - CYH

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Air sirap akan lebih enak jika dicampurkan dengan _____ ketul ais.

a)

semua

b)

beberapa

c)

separuh

d)

segala

2.

_____ penduduk Taman Orkid terlibat dalam mesyuarat untuk membincangkan cadangan memperbesar masjid.

a)

Beribu

b)

Berjuta

c)

Segala

d)

Semua

3.

Pilih kata bilangan tak tentu.

a)

para

b)

beberapa

c)

sesetengah

d)

pertama

4.

Cikgu Halim mengambil masa _____ hari untuk menanda kertas ujian penulisan murid-muridnya.

a)

beberapa

b)

setiap

c)

sebilangan

d)

sebahagian

5.

"Bryan, _____ daripada surat khabar dan majalah-majalah lama ini kamu mahu jual atau dikitar semula?" tanya Surani.

a)

semua

b)

setiap

c)

seluruh

d)

sebahagian

6.

_____ hadiah yang menarik ditawarkan dalam pertandingan itu.

a)

Semua

b)

Pelbagai

c)

Setiap

d)

Sekalian

7.

Ibu menyuruh kakak menyimpan (a)   daripada ikan yang dibelinya di dalam peti sejuk supaya tidak busuk.

8.

Adik menyiapkan latihan Matematik yang tinggal ____ lagi.

a)

separuh

b)

sekerat

c)

semua

d)

seluruh

9.

_____ ekor anak kucing peliharaan Karen sangat comel dan manja.

a)

Kedua-dua

b)

Separuh

c)

Semua

d)

Segala

10.

Puan Lydia menggunakan _____ jenis anak kunci untuk membuka mangga itu, namun tidak berhasil.

a)

seluruh

b)

setiap

c)

semua

d)

sekalian