NEW
Font size
WorksheetsKata Terbitan
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Semua murid dikehendaki __________________ di dewan sekolah.
A mengumpul
B berkumpul
C kumpulan
D dikumpul
Farah ialah anak __________________ dalam keluarganya.
A kedua
B berdua
C berduaan
D berdua-duaan
Budak itu __________________ ke dalam rumahnya.
A pelari
B berlari
C dilarikan
D melarikan
Daging itu _________________ oleh anjing.
A memakan
B termakan
C pemakan
D dimakan
Bas yang dinaiki oleh Amir telah ____________ dalam
kemalangan.
A penglibatan
B melibatkan
C terlibat
D dilibat
Surat itu ________________ oleh Amirah.
A penulis
B tuliskan
C menulis
D ditulis
Fatimah amat ________________ oleh ibu saudaranya.
A dikasihi
B mengasihi
C berkasih
D pengasih
Imran __________________ pasukan bola sepak sekolahnya ke pertandingan peringkat zon.
A tertua
B diketuai
C mengetuai
D kepengetuaan
Apabila adik _______________ daripada tidur, dia terus menangis.
A menjaga
B berjaga
C terjaga
D dijaga
Pesawah itu _______________ di bawah pokok kerana
penat bekerja.
A ditidur
B tertidur
C menidur
D ketiduran
Banglo lama itu merupakan antara banglo ___________________ di kawasan tersebut.
A terbesar
B dibesarkan
C membesar
D kebesaran
Bapanya __________________ salah seorang pekerja untuk memantau tapak projek yang baharu.
A diarah
B terarah
C mengarah
D mengarahkan
Aizzat _________________ buku hingga larut malam.
A membaca
B pembaca
C terbaca
D dibaca
Kuih karipap itu ____________________ oleh ibu saya.
A dibuat
B terbuat
C pembuat
D membuat
Dia masih _________________ sejak kematian ibunya.
A bersedih
B penyedih
C menyedih
D kesedihan
Nor Fatini sedang _________________ rawatan di hospital.
A menerimakan
B penerimaan
C menerima
D diterima
Rumah papan itu pernah saya __________________ ketika kecil dahulu.
A kedudukan
B penduduk
C diduduk
D duduki
Sayur yang _______________ itu layu kerana tidak direnjis dengan air.
A didedah
B terdedah
C mendedah
D pendedahan
Posmen sedang _______________ surat ke dalam peti surat
itu.
A dimasuk
B dimasuki
C kemasukan
D memasukkan
Semua borang _________________ hendaklah sampai kepada pihak penganjur seminggu sebelum pertandingan.
A disertai
B disertakan
C penyertaan
D menyertai
