Font size
WorksheetsLatihan Peribahasa PT3 Set 2 - Cikgu Ross
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Datuk saya ... untuk menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh kerabat diraja Perak.
bertegang urat
berputih tulang
bermandi peluh
berjimat cermat
Berita penangkapan pegawai kerajaan yang ... itu disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama.
makan suap
makan angin
makan tuan
makan hati
Ramlah mendapat ... apabila dipilih sebagai pemenang peraduan itu.
mata duitan
buah tangan
gaji buta
durian runtuh
Datuk Zakaria telah dilantik menjadi ... negara ke Sweeden.
guru besar
hakim besar
menteri besar
duta besar
Pandangan golongan ... perlu diambil kira terlebih dahulu bagi mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari.
cerdik pandai
gagah perkasa
kurus kering
tinggi lampai
Mak Cik Kiah menggunakan bekas plastik untuk menakung ...
air hujan
air mata
air terjun
air laut
Saya bersetuju dengan sikap Encik Halim yang suka ... dalam mengendalikan kerja-kerjanya.
panjang tangan
lepas tangan
ringan tangan
dalam tangan
Kami terpaksa ... kerana terdapat kejadian tanah runtuh yang menghalang perjalanan kami.
berpatah balik
berpusing ligat
berubah hati
bertegang urat
Kerja-kerja ... kapal tangki yang rosak itu sedang giat dijalankan.
membaik pulih
mencari gali
mengawal selia
menaik taraf
Setelah lima kali gagal dalam temu duga, Ong Wee Kiat ... hendak mencuba lagi.
sakit hati
baik hati
tawar hati
iri hati
Sudah hampir sepuluh tahun beliau ... dengan syarikat di luar negara itu.
bercampur aduk
berumah tangga
berurus niaga
beramah mesra
Nordin naik angin apabila Cikgu Zul ... saja setelah mengesyaki dirinya terlibat dalam pergaduhan itu.
tarik diri
tangkap mata
tangkap muat
tangkap buta
Zainal ... kerana menolong Mak Siti mengangkat bakul yang berat itu.
ringan mulut
ringan tangan
ringan lidah
ringan kepala
Patung itu ialah ... daripada lawatannya ke Jepun.
buah mulut
buah fikiran
buah tangan
buah hati
Budak yang ... itu cepat memahami apa-apa yang diajarkan.
panjang akal
ringan tulang
tajam akal
otak udang
Kamal meminta ... daripada pemandu teksi yang melanggar keretanya.
bekas tangan
ganti rugi
duit kopi
sagu hati
"Saya sudah ... untuk tidak menghadiri majlis itu," kata Milah.
bulat kata
ada hati
bulat fikiran
kata putus
Rahim ialah ... majikannya kerana dia tekun bekerja dan menunjukkan prestasi yang cemerlang.
anak buah
anak angkat
anak tiri
anak emas
Lili pandai ... guru kelasnya. Dia memberi gurunya bunga sempena Hari Guru.
iri hati
ambil hati
patah hati
lembut hati
Sikap Masri yang ... itu tidak disukai oleh kawan-kawannya.
rendah diri
berat tulang
ringan tangan
pendek akal
