Font size
WorksheetsCTU551 TITAS
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Menurut Ibnu Khaldun dalam kitabnya al-Muqadimmah, lstilah al-umran merujuk kepada pengertian berikut iaitu:
Kawasan tempat tinggal yang tetap, berkembang subur, maju dan menjadi bandar.
Kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan tanpa mengambil kira aspek kerohanian dan moral.
Kepandaian masyarakat mengeksploitasi material di dalam persekitarannya untuk mencipta barang-barang keperluan
Kemampuan masyarakat mewujudkan dan menguruskan sebuah kerajaan yang demokratik dan ada peningkatan teknologi.
Pilih pernyataan yang BENAR tentang faktor-faktor yang mendorong kepada kemerosotan dan kejatuhan sesebuah tamadun.
I. Penindasan dan kezaliman.
II. Matapetaka dan bencana alam.
III. Pengabaian agama dan kepercayaan.
IV. Sikap terbuka dalam menerima perubahan.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Pernyataan berikut menjelaskan perbezaan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia KECUALI
Tamadun Islam lahir berasaskan kepada agama Islam.
Tamadun Islam meletakkan kebendaan sebagai asas utama tamadun.
Tamadun Islam mementingkan aspek kerohanian dan kemajuan fizikal.
Tamadun Islam adalah sesuai untuk seluruh umat manusia di dunia kerana bersifat universal.
Pernyataan berikut menjelaskan sifat Tamadun Islam bersifat terbuka dan toleransi KECUALI
Menggalakkan dan menekankan kepentingan dialog dan interaksi antara tamadun.
Membenarkan dan menggalakkan sesuatu unsur tamadun lain yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Melihat kepentingan hidup hanya untuk orang Islam sahaja bukan untuk mengekalkan keharmonian masyarakat keseluruhan
Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam tidak dilarang mengamalkan agama dan kepercayaan mereka.
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan antara tamadun?
Peperangan.
Perdagangan.
Penghijrahan.
Penterjemahan.
Teori kitaran yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun mengenai perkembangan sesebuah tamadun mengandungi tiga fasa utama iaitu:
I Tahap awal kelahiran
II Tahap kehidupan bertamadun
III Tahap pasca-tamadun
IV Tahap lemah atau kejatuhan
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Manakah antara berikut BENAR mengenai asas tamadun Islam?
Akidah, Akhlak, Hadharah dan Syariat
Akidah, Akhlak, Siyasah dan ilmu
Akidah, Syariat, Ibadat dan Akhlak
Akidah, Syariat, Akhlak dan Ilmu
Maqasid syariah mengikut susunan yang UTAMA adalah
Memelihara akal, nyawa, agama, maruah dan harta
Memelihara agama, akal, nyawa, harta dan maruah
Memelihara agama, nyawa, akal, maruah dan harta
Memelihara akal, agama, nyawa, maruah dan harta
Berikut adalah sifat-sifat Tamadun Islam KECUALI
Kesatuan dalam kepelbagaian
Keseimbangan antara rohani dan jasmani
Sempurna dan menyeluruh
Toleransi terhadap kesilapan umatnya
Manakah antara berikut merupakan bandar UTAMA bagi pusat kegiatan intelektual di Andalus?
Toledo, Malaga, Seville dan Granada
Sicily, Parlemo, Toledo dan Cordova
Malaga, Parlemo, Sicily dan Granada
Granada, Seville, Toledo dan Cordova
Apakah langkah UTAMA yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika berada di Madinah?
I Membina Masjid Quba
II Mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar
III Menggubal Piagam Madinah
IV Menyampaikan dakwah secara insentif
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Merujuk kepada peradaban awal dunia seperti Mesir, Rom dan Mesopotomia dan Greek merupakan peradaban mengalami kemerosotan disebabkan oleh kepincangan dalam beberapa aspek peradaban.
Antara berikut yang manakah BUKAN menunjukkan ciri-ciri kepicangan tersebut.
Bencana alam dan penyakit yang teruk
Rakyat yang bersungguh-sungguh mengumpul harta
Pemimpin yang mengabaikan kebajikan dan kemudahan rakyat
Pembinaan monumen -monumen besar dan mewah
Berikut menerangkan tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kehidupan manusia dalam mewujudkan kehidupan yang bertamadun.
I Peperangan
II Konflik antara agama dan kaum
III Kemelesetan ekonomi dan negara
IV Kegawatan sosial
I, II, dan III
I, II, dan IV
I, III, dan IV
I, II, III, dan IV
Tamadun Islam menjadikan pandangan semesta Islam mengenai konsep kehidupan manusia sebagai asas perkembangannya.
Pilih kenyataan yang SALAH tentang konsep kehidupan manusia.
Manusia adalah makhluk yang paling mulia dalam aspek rohani dan jasmani
Manusia telah mengakui keesaan Allah SWT ketika di alam roh.
Setiap amalan manusia di dunia akan dapat balasan di akhirat kelak
Kehidupan di alam barzakh akan mempengaruhi alam dunia seperti penjelmaan semula dan berkomunikasi.
Tamadun Islam adalah tamadun yang berteraskan aqidah Tauhid. Berikut adalah penyataan yang benar tentang aqidah tauhid dalam Tamadun Islam KECUALI
Mengesakan Allah SWT sebagai ILAH pada keyakinan, ucapan dan amal
Garis pemisah membezakan Tamadun Islam dengan Tamadun lain
Ikatan yang menghubungkan semua nabi dan rasul
Melahirkan sifat taqlid dan jumud kepada umut Islam.
Syariah adalah intipati asas dalam tamadun Islam. Berikut adalah pernyataan yang benar tentang Syariah dalam tamadun Islam KECUALI
Panduan dalam kehidupan individu dengan Allah, keluarga, negara dan masyarakat
Berkuatkuasa sepenuhnya sebelum penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah
Asas perkembangan sistem sosial, ekonomi dan politik Islam
Terdapat unsur yang berbentuk fleksibel berdasarkan kesesuaian masa, tempat, budaya, dan bangsa sesebuah masyarakat Islam
Perang Mu’tah berlaku pada tahun 629M, ketika akhir kehidupan nabi Muhammad SAW. Manakah antara berikut BENAR mengenai perang tersebut.
I 3000 tentera Muslim melawan 200 000 tentera Romawi
II Pertempuran berlaku di Karak-Jordan
III Khalid al-Walid undur tentera Islam
IV Zaid bin Thabit, Ja’afar ibn Abi Talib dan Abdullah terkorban
I, II, dan III
I, II, dan IV
I, III, dan IV
I, II, III, dan IV
Siapakah pengarah Bayt al-Hikmah ketika pemerintahan khalifah al-Makmun?
Jurjis bin Jibril
Harun al-Rasyid
Hunay b. Ishaq
Abdullah bin Saba’
Siapakah pegawai berbangsa parsi yang dilantik dalam pentadbiran dan pemerintahan kerajaan Abasiyyah?
Khalid b. al-Barmaki
Salman al-Farisi
Shah Ismail
Hisyam abd al Malik
Kota Baghdad mempunyai 4 pintu masuk UTAMA iaitu:
Kufah, Basrah, Syam dan Damsyik
Kufah, Basrah, Khurasan dan Syam
Kufah, Basrah, Syam dan Makkah
Kufah, Basrah, Syam danYaman
