Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM SET 1 PT3

Total questions: 12

Worksheet time: 1hrs 10mins

Name
Class
Date
1.

"………… hendak ke mana pagi-pagi begini ? " tanya Puan Diana kepada anak gadisnya yang bersiap-siap hendak keluar.

a)

Anda

b)

Awak

c)

Kamu

d)

Tuanku

2.

Sekembalinya dari pejabat, Syahir berehat di ruang tamu sambal ………. kaki.

a)

melunjurkan

b)

menyusunkan

c)

memanjangkan

d)

menyimpuhkan

3.

Puan Hasnita tergesa-gesa ke hospital setelah menerima panggilan kecemasan ………… pengasuh anaknya.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

daripada

4.

Masalah ……… bekalan air kerap berlaku di kampung kami sejak akhir-akhir ini.

a)

diganggu

b)

gangguan

c)

terganggu

d)

mengganggu

5.

PILIH AYAT-AYAT YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN BERHURUF CONDONG DENGAN BETULNYA.

A) Jahitan pada baju kurung ini agak kasar dan tidak kemas buatannya.

B) Ibu menaburkan garam kasar untuk mengelakkan pokok bunganya mati.

C) Jika dikira secara kasar, perbelanjaan Aidil pada bulan ini agak sederhana.

D) Biskut raya yang dibuat oleh kakak itu berasa kasar kerana kurang marjerin.

a)

A & B

b)

C & D

c)

A, B & C

d)

B, C & D

6.

A) Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ikmal terbiar seorang diri.

B) Rumah peninggalan datuk yang terbiar itu telah ditumbuhi semak samun.

C) Rancangan Pak Samad untuk membaiki pondok itu terbiar akibat hujan lebat.

D) Sudah berbulan-bulan adik ipar saya terbiar di hospital kerana menghidap penyakit kanser.

a)

A & B

b)

C & D

c)

A,B & C

d)

B, C & D

7.

BAHAGIAN YANG BERGARIS DALAM AYAT-AYAT BERIKUT MUNGKIN MENGANDUNGI KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA ATAU MUNGKIN JUGA TIDAK. TANDAKAN SAMA ADA A, B ATAU C JIKA AYAT ITU MENGANDUNGI KESALAHAN DAN TANDAKAN D JIKA TIADA KESALAHAN

Bilik gerakan itu diindah dengan pelbagai jenis pokok bunga oleh tukang kebun kerana mesyuarat Pengetua-pengetua akan diadakan pada hari esok.

a)

diperindah dengan pelbagai jenis pokok bunga

b)

diperindahi dengan pelbagai jenis pokok bunga

c)

diperindahkan dengan pelbagai jenis pokok bunga

d)

diindah dengan pelbagai jenis pokok bunga

8.

Beberapa bahan-bahan diperlukan oleh Nenek Bee Chun untuk membuat kuih bakul.

a)

beberapa bahan perlu

b)

beberapa bahan keperluan

c)

beberapa bahan diperlukan

d)

beberapa bahan-bahan diperlukan

9.

PILIH AYAT-AYAT YANG BETUL.

A) Keadaan cuaca yang buruk menyebabkan para nelayan risau sekiranya mereka turun ke laut.

B) Ayah berhasrat untuk memperbesar lagi rumah kerana anak-anaknya akan pulang berhari raya pada tahun ini.

C) Kebanyakan murid lebih gemar belajar bersendirian daripada belajar secara berasingan.

D) Walaupun sering kali gagal dalam peperiksaan, namun Fendi tidak pernah berputus asa.

a)

A & B

b)

C & D

c)

A,B & C

d)

B,C & D

10.

A) Pulau Redang merupakan di antara pulau yang tercantik di Malaysia.

B) Berbagai-bagai jenis buah tangan dibeli oleh kakak untuk dihadiahkan kepada anggota keluarganya.

C) Daripada catatan itu terbuktilah bahawa Kampung Melikas dibuka pada kurun ke-19.

D) Isu peperangan di negara itu bukan sahaja mendapat perhatian masyarakat setempat, tetapi juga masyarakat antarabangsa.

a)

A & B

b)

C & D

c)

A, B & C

d)

B, C & D

11.

PILIH AYAT YANG MEMPUNYAI MAKSUD SAMA ATAU MAKSUD YANG PALING HAMPIR DENGAN AYAT YANG DIGARISKAN.

Encik Zaki memberitahu pihak wartawan bahawa jalan cerita yang kuran menarik menyebabkan filem seram yang ditayangkan itu tidak mendapat sambutan penonton.

a)

"Filem seram itu tidak mendapat sambutan penonton kerana ceritanya yang kurang menarik ketika ditayangkan," terang wartawan kepada Encik Zaki.

b)

"Filem seram yang ditayangkan itu tidak mendapat sambutan penonton kerana jala ceritanya yang kurang menarik," kata Encik Zaki kepada wartawan.

c)

"Panggung wayang yang kurang menarik merupakan factor tayangan filem seram itu tidak dapat menarik perhatian penonton," kata Encik Zaki kepada wartawan.

d)

"Penonton kurang memberikan sambutan terhadap filem seram itu kerana jalan cerita dan panggung wayangnya yang kurang menarik," beritahu Encik Zaki kepada wartawan.

12.

PILIH PERIBAHASA YANG PALING SESUAI.

Kebanyakan usahawan muda yang baru memulakan perniagaan sering mengharapkan keuntungan yang belum pasti. Sikap begini akan merugikan diri sendiri dan perlulah segera diubah.

Keadaan ini diumpamakan seperti peribahasa yang berikut, kecuali

a)

burung terbang dipipiskan lada.

b)

belum terduduk sudah berlunjur.

c)

ibarat mencurahkan air ke daun keladi.

d)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.