wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Islam Tingkatan 3 - Akidah (Beriman kepada Rasul)

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Maksud beriman kepada Rasul iaitu ___________________.

a)

Meyakini bahawa Allah SWT mengutuskan para nabi dan rasul kepada umat manusia.

b)

Meyakini pengutusan 25 orang Rasul yang disebutkan dalam Al-Quran dan secara khusus.

c)

Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah dan dikurniakan wahyu kepadanya.

d)

Diperintahkan untuk menyampaikannya kepada umat.

2.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Umar bin al-Khattab :


...أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ

(متفق عليه)


Hadis di atas merujuk kepada dalil?

a)

Kewajipan beriman kepada Rasul

b)

Kewajipan beriman kepada perkara dunia

c)

Kewajipan beriman kepada perkara akhirat

d)

Kewajipan beriman kepada makhluk

3.

Maksud Nabi iaitu seorang lelaki yang dipilih oleh Allah SWT dan dikurniakan wahyu kepadanya tetapi (a)   untuk menyampaikannya kepada orang lain.

4.

Pengertian bagi Rasul ialah seorang lelaki yang dipilih oleh Allah SWT dan dikurniakan wahyu kepadanya serta (a)   untuk menyampaikannya kepada umat.

5.

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh أَبُو ذَرْ ra :


فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ كَمِ النَّبِيُّونَ؟ قَالَ: مِائَةُ أَلْفِ نَبِىٍّ وَأَرْبَعَةٌ وَعِشْرُونَ أَلْفِ نَبِىٍّ.

قُلْتُ: كَمْ الْمُرْسَلُونَ مِنْهُمْ؟ قَالَ: ثَلاَثُمِائَةٍ وَثَلاَثَةَ عَشَرَ.

(رواية البيهقي)


Daripada maksud hadis di atas dinyatakan jumlah para Nabi iaitu (a)   orang.

6.

أَبُو ذَرْ ra telah meriwayatkan sebuah hadis :


فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ كَمِ النَّبِيُّونَ؟ قَالَ: مِائَةُ أَلْفِ نَبِىٍّ وَأَرْبَعَةٌ وَعِشْرُونَ أَلْفِ نَبِىٍّ.

قُلْتُ: كَمْ الْمُرْسَلُونَ مِنْهُمْ؟ قَالَ: ثَلاَثُمِائَةٍ وَثَلاَثَةَ عَشَرَ.

(رواية البيهقي)


Berdasarkan hadis di atas berapakah jumlah Rasul yang terdapat dalam kalangan mereka? Rasulullah SAW bersabda : (a)   orang Rasul.

7.

Berikut merupakan sifat-sifat Rasul yang wajib diketahui oleh semua umat islam kecuali ___________.

a)

Sifat Wajib

b)

Sifat Mustahil

c)

Sifat Harus

d)

Sifat Sunat

8.

"Para Rasul bersifat bijaksana semasa berdakwah dan memberikan keterangan dan hujah"


Pernyataan di atas merujuk kepada salah satu sifat wajib bagi rasul iaitu _________.

a)

فَطَانَةٌ

b)

تَبْلِيغٌ

c)

أَمَانَةٌ

d)

صِدْقٌ

9.

تَبْلِيغٌ merupakan salah satu daripada sifat wajib bagi Rasul. Apakah maksud تَبْلِيغٌ ?

a)

Rasul menyampaikan semua ajaran Allah SWT yang diwahyukan kepada mereka.

b)

Rasul jujur dan terpelihara daripada melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT.

c)

Rasul benar dalam percakapan dan perbuatan.

d)

Rasul bijaksana dalam menyampaikan dakwah.

10.

Terdapat empat sifat mustahil bagi Rasul. Antaranya iaitu _________.

a)

كَذِبٌ

b)

البَشَرِِيَّة

c)

صِدْقٌ

d)

تَبْلِيغٌ

11.

Maksud كِتْمَانٌ iaitu _________________.

a)

Menyembunyikan wahyu walaupun sedikit.

b)

Melakukan larangan Allah SWT.

c)

Berbohong sama ada dalam percakapan atau perbuatan.

d)

Benar dalam percakapan atau perbuatan.

12.

Tandakan (/) jawapan bagi sifat mustahil bagi Rasul.

a)

خِيَانَةٌ

b)

بَلَادَةٌ

c)

كِتْمَانٌ

d)

كَذِبٌ

13.

"Rasul memiliki sifat manusia biasa yang tidak menjejaskan martabat kenabian dan kerasulan mereka seperti makan, minum, tidur, berkahwin, suka, duka, sihat, letih dan sakit"


Pernyataan di atas merujuk kepada sifat ____________ bagi Rasul.

a)

فَطَانَةٌ

b)

صيفت واجب

c)

صيفت مستحيل

d)

البَشَرِِيَّة

14.

"Terpelihara daripada sesuatu yang buruk"


Pernyataan di atas merujuk kepada maksud عِصْمَةُ الرَّسُول dari segi (a)   .

15.

"Pemeliharaan Allah SWT terhadap para Rasul daripada melakukan dosa dalam apa bentuk sekali pun sama ada dosa kecil atau dosa besar"


Pernyataan di atas merujuk kepada maksud عِصْمَةُ الرَّسُول dari segi ___________.

a)

istilah

b)

bahasa

16.

Maksud mukjizat dari segi __________ iaitu yang melemahkan.

a)

bahasa

b)

istilah

17.

Maksud mukjizat dari segi istilah iaitu _________________.

a)

Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran kenabian dan kerasulan mereka.

b)

Pemeliharaan Allah SWT terhadap para rasul daripada melakukan dosa dalam apa bentuk sekali pun sama ada dosa kecil atau dosa besar.

c)

Mukjizat yang dapat dikesan melalui pancaindera tetapi tidak berkekalan.

d)

Mukjizat yang difahami dengan pemikiran dan pemerhatian berdasarkan ilmu.

18.

Terdapat dua jenis mukjizat iaitu ________ dan __________.

a)

حِسِّيَّة

b)

مَعْنَوِيَّة

c)

خالِدَة

19.
  • Dapat dikesan dengan pancaindera tetapi tidak berkekalan.
  • Berlaku ketika seorang rasul yang diberi mukjizat tersebut masih hidup.


Pernyataan di atas merujuk kepada?

a)

معجزة حِسِّيَّة

b)

معجزة مَعْنَوِيَّة

20.

Difahami dengan pemikiran dan pemerhatian berdasarkan ilmu. Kekal hingga kiamat iaitu Al-Quran.


Pernyataan diatas merujuk kepada?

a)

مَعْنَوِيَّة

b)

حِسِّيَّة

21.

"Seekor unta yang sempurna sifatnya keluar daripada batu"


Pernyataan di atas merujuk kepada contoh mukjizat?

a)

Nabi Soleh

b)

Nabi Musa

c)

Nabi Isa

d)

Nabi Muhammad

22.

Antara berikut merupakan contoh mukjizat Nabi Musa iaitu _____________.

a)

Dua belas mata air terpancar daripada batu yang dipukul dengan tongkatnya.

b)

Menyembuhkan orang buta dan sopak setelah menyapu dengan tangan baginda.

c)

Peristiwa Israk dan Mikraj.

d)

Membuat burung daripada tanah.

23.

"Membuat burung daripada tanah kemudian meniupnya lalu burung tersebut hidup dengan izin Allah SWT"


Pernyataan di atas merujuk kepada mukjizat _______________.

a)

Nabi Isa

b)

Nabi Daud

c)

Nabi Ibrahim

d)

Nabi Nuh

24.

Maksud (a)   iaitu Rasul yang mempunyai kecekalan dan ketabahan hati untuk menghadapi ujian dalam dakwah.

25.

Berikut merupakan rasul ulul azmi kecuali _________.

a)

Nabi Nuh

b)

Nabi Soleh

c)

Nabi Ibrahim

d)

Nabi Muhammad

26.

"Dijatuhkan hukuman bakar oleh namrud dan dihalau daripada tanah air sendiri. Baginda diuji oleh Allah SWT menyembelih anak baginda Nabi Ismail as"


Pernyataan di atas merujuk kepada contoh kecekalan rasul ulul azmi iaitu ______________.

a)

Nabi Ibrahim

b)

Nabi Musa

c)

Nabi Isa

d)

Nabi Daud

27.

Antara halangan nabi Musa dalam berdakwah iaitu __________.

a)

Berhadapan dengan firaun yang zalim dan berhijrah ke palestin.

b)

Kebanyakan umat baginda kufur walaupun berdakwah selama 950 tahun.

c)

Ditentang oleh orang yahudi sehingga mereka merancang untuk membunuh baginda.

d)

Berhadapan tentangan musyrikin quraisy di mekah.

28.

Berikut merupakan antara tugas Rasul kecuali _____________.

a)

menjadi saksi terhadap manusia yang tidak beriman kepada Allah SWT.

b)

menyampaikan berita gembira kepada orang beriman dan berita sengsara kepada orang kafir.

c)

menyeru manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.

d)

bersyukur kepada Allah SWT kerana mengutuskan rasul untuk membimbing manusia ke arah kebenaran.

29.

Siapakah nabi yang diselamatkan lalu diangkat ke langit oleh Allah SWT kerana orang yahudi merancang untuk membunuh baginda?

(a)  

30.

"Baginda membelah bulan dengan isyarat tangan baginda sehingga penduduk mekah dapat melihatnya dengan jelas"


Pernyataan di atas merujuk kepada contoh mukjizat nabi (a)   .