wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Ting.2 Bab 3

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Asimilasi adalah proses pengagihan hasil akhir pencernaan bagi kegunaan sel badan. Apakah kepentingan agihan hasil terakhir tersebut?

a)

Pembentukan sel-sel baharu

b)

Respirasi

c)

Pembuangan bahan toksik

d)

Pengawalan suhu badan

2.

Apakah maksud penyatinjaan?

a)

Proses penguraian makanan yang kompleks kepada molekul kecil

b)

Proses penyingkiran najis daripada salur percernaan melalui dubur

c)

Proses pengagihan molekul-molekul makanan tercerna ke dalam sel badan

3.

Apakah yang disimpan dalam rektum sebelum disingkirkan melalui dubur?

a)

Vitamin

b)

Tinja

c)

Bahan toksik

d)

Air kencing

4.

Dimanakah organ yang melakukan penyerapan makanan tercerna?

a)

Perut

b)

Usus kecil

c)

Rektum

d)

Duodenum

5.

Pilih bahan-bahan yang diserap semula di usus besar.

a)

Sel mati

b)

Serat

c)

Air

d)

Garam mineral

6.

Manakah faktor-faktor yang benar tentang ciri-ciri khas usus kecil dalam penyerapan makanan?

a)

Mempunyai dinding usus kecil yang tebal

b)

Mempunyai banyak dinding kapilari darah

c)

Mempunyai lapisan lembap

d)

Mempunyai vilus yang banyak

7.

Pilih 3 sistem yang berkerjasama untuk memastikan molekul makanan yang tercerna sampai ke sel-sel badan

a)

Asimilasi

b)

Sistem pencernaan

c)

Sistem peredaran darah

d)

Sistem respirasi

8.

Antara berikut manakah pernyataan yang benar mengenai hasil akhir pencernaan yang akan digunakan oleh badan kita?

a)

Glukosa = membentuk komponen sel

b)

Asid Amino = menghasilkan tenaga

c)

Gliserol = melindungi organ dalaman

9.

Pencernaan makanan terbahagi kepada dua bahagian iaitu pencernaan fizikal dan pencernaan kimia. Antara pernyataan berikut manakah yang persamaan bagi kedua-dua pencernaan?

a)

Pencernaan berlaku di mulut sahaja

b)

Melibatkan bantuan enzim

c)

Berlaku pemecahan makanan

10.

Di organ manakah makanan akan menjadi separa cecair yang disebut sebagai kim?

a)

Esofagus

b)

Perut

c)

Usus kecil

d)

Dubur

11.

Badan kita menghasilkan enzim untuk mempercepat tindak balas pencernaan makanan. Manakah fungsi setiap enzim yang betul?

a)

Protease mencernakan dipeptida kepada asid amino

b)

Lipase mencernakan maltosa kepada glukosa

c)

Amilase mencernakan maltosa kepada kanji

12.

Antara berikut manakah molekul yang boleh diserap masuk kedalam usus kecil setelah dicerna?

a)

Maltosa

b)

Glukosa

c)

Asid amino

d)

Asid lemak + gliserol

13.

Bahagian pertama usus kecil ialah duodenum. Apakah kepentingan duodenum dalam pencernaan makanan?

a)

Membunuh bakteria di dalam makanan

b)

Mengemulsikan lemak menjadi titisan kecil

c)

Penyerapan semula air

d)

Makanan menjadi separa cecair

14.

Apakah kepentingan enzim dalam badan?

a)

Melambatkan proses pencernaan

b)

Mengelakkan sembelit

c)

Mempercepatkan proses pencernaan

d)

Membunuh bakteria dalam makanan

15.

Apakah gerakan yang membantu pergerakan makanan tidak tercerna di sepanjang usus besar?

a)

Peristalsis

b)

Penyerapan

c)

Resapan

d)

Perpindahan