WorksheetsCA 06 PART 3
Total questions: 8
Worksheet time: 4mins
Apakah kejadian yang memerlukan majikan memberitahu pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan terdekat sekiranya kejadian tersebut telah berlaku atau mungkin berlaku?
I. Kemalangan
II. Kejadian berbahaya
III. Keracunan
IV. Penyakit Pekerjaan
I, II dan III
I,II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Siapakah pengamal perubatan berdaftar yang dibolehkan merawat atau melawat pesakit yang mengalami penyakit yang disenaraikan di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 atau peraturan yang dibuat di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994?
Doktor persendirian
Doktor panel
Doktor kerajaan
Doktor Kesihatan Pekerjaan
Setiap majikan hendaklah menyenggara rekod tahunan semua kemalangan, kejadian berbahaya, penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan yang telah berlaku berkaitan dengan kerja di bawah kawalannya. Bilakah rekod tahunan ini perlu dikemukakan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan?
Sebelum 31 Januari
Sebelum 31 Mach
Sebelum 30 Jun
Sebelum 31 Disember
Apakah tindakan yang perlu diambil oleh majikan sekiranya seorang pekerja mengalami kecederaan fizikal dan tidak dapat bekerja melebihi empat (4) hari akibat kemalangan yang berpunca daripada kerja?
Memberi cuti
Membawanya ke hospital untuk rawatan
Menghentikan operasi
Melaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Apakah tujuan utama siasatan kemalangan?
Kepatuhan kepada undang-undang
Mengenal pasti punca kemalangan
Menyediakan tindakan pembetulan
Mengelakkan kemalangan berulang
Siapakah yang perlu menjalankan siasatan kejadian kemalangan di tempat kerja?
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan,Penyelia Baris Pertama dan Penyelia Baris Kedua
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan dan Penyelia Baris Pertama
Penyelia Baris Pertama dan Penyelia Baris Kedua
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan dan Penyelia Baris Kedua
Pilih TIGA maklumat yang perlu dimasukkan dalam siasatan kemalangan di tempat kerja?
Ciri-ciri kerja
Kehadiran
Persekitaran
Faktor masa
Siapakah yang akan meneliti Borang Siasatan Kemalangan?
I. Penyelia
II. Ketua Cawangan, Pengurus Wilayah, Penguasa Kawasan
III. Penyelaras Keselamatan (kawasan fungsi)
IV. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Daerah (pekerja daerah)
v. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Ibu Pejabat (pekerja ibu pejabat)
I,II DAN III
I,II,II DAN V
I,III,IV DAN V
SEMUA DI ATAS
