WorksheetsBahasa Malaysia Tatabahasa ( Kata Nama Khas)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
_________ mengiau apabila melihat Masturina pulang dari sekolah
Sang Rangkak
Sang Belang
Si Comel
Si Jalak
Pada hari Sabtu yang lepas, saya bersama keluarga bercuti di ______
Zoo Taiping
Singapura
Pantai Chenang
Air Terjun Lata Bayu
_______ sudah sepuluh tahun mengajar di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat
Inspektor Ibrahim
Cikgu Canny
Doktor Ridzuan
Tuan Haikal
Pulau Pinang juga terkenal dengan gelaran sebagai ______
Pulau Pandan
Pulau Jerjak
Pulau Mutiara
Pulau Duyung
Ramai pelancong berada di _______ untuk melihat penyu bertelur
Rantau Abang
Menara Berkembar Petronas
Jambatan Pulau Pinang
Muzium Negara
Ayah membeli sebuah kereta ________ yang berwarna merah untuk dihadiahkan kepada ibu.
Proton Iriz
Adidas
Victoria Secret
Luna
_______ merupakan gunung tertinggi di Malaysia.
Gunung Tahan
Gunung Ledang
Gunung Jerai
Gunung Kinabalu
Mereka teruja sekali kerana dapat menginap di ___________ yang terletak betul-betul di hadapan laut.
Zoo Taiping
Hotel Gemilang
Dewan Cemerlang
Pasaraya Mydin
Keluarga Encik Kamal sedang menikmati makan malam di sebuah __________
Restoran Nasi Ayam Mawar Mekar
Sekolah Kebangsaan Melur Sekuntum
Klinik Pergigian Kenanga
Balai Polis Sri Cempaka
Hartawan dari _________ itu telah mendermakan sebahagian daripada hartanya kepada anak yatim
Negara Jepun
Negara Arab
Negara Korea
Negara China
Kasut sukan _______ itu dibeli di sebuah pasaraya di Kuala Lumpur.
Siti Khadijah
Stabilo
Kelisa
Nike
Filem-filem yang dihasilkan oleh ________ masih lagi diminati orang ramai sehingga kini.
Tan Sri Azman Hashim
Dato' Lee Chong Wei
Tan Sri P.Ramlee
Dato' Siti Nurhaliza
Pemenang bagi pertandingan mewarna Bendera Malaysia sempena sambutan __________ itu jatuh kepada Melur Alisya bt salehuddin.
Hari Raya Aidil Fitri
Hari Kebangsaan
Hari Ibu
Hari Bomba Sedunia
Malaysia pernah menjulang _________ yang merupakan trofi keagungan badminton pada tahun 1992.
Piala Thomas
Piala Sumbangsih
Piala Olimpik
Piala sukan sekolah
Ahli-ahli Kelab Seni Budaya sekolah Yusuf menyertai Bengkel Tari yang dianjurkan oleh __________
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Jabatan Kerja Raya (JKR)
Jabatan Parit dan Saliran (JPS)
Tenaga Nasional Berhad (TNB)
