NEW
Font size
WorksheetsKUIZ PERNIAGAAN BAB 3 TG4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1.Apakah maksud visi perniagaan
Apa yang ingin dicapai oleh organisasi
Tujuan penubuhan sesebuah organisasi
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja
2.Pernyataan yang manakah benar tentang objektif perniagaan?
Dicapai dalam jangka masa pendek sahaja
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
Tujuan asas pembentukkan sesebuah organisasi
Terdiri daripada objektif fungsian dan objektif bahagian
3.Pernyataan di bawah menunjukkan sebuah organisasi perniagaan.
Syarikat Sweet Sdn Bhd. merupakan sebuah syarikat yang menjual pelbagai jenis sos. Syarikat ini didaftarkan di bawah Pendaftaran Perniagaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Apakah objektif bagi organisasi perniagaan tersebut?
Menghasilkan produk yang berkualiti baik
Mengawal kos pengeluaran dengan berkesan
Menetapkan harga produk yang kompetitif
Memaksimumkan keuntungan perniagaan
4.Pernyataan manakah merupakan objektif organisasi sektor awam?
membantu perniagaan meningkatkan keuntungan
menjamin pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan
menstabilkan harga barang dan perkhidmatan melalui dasar percukaian
melindungi industri tempatan dan industri asing yang beroperasi di negara
5.Antara yang berikut yang manakah merupakan objektif utama organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)?
Menjaga kebajikan dan kepentingan ahli dalam organisasi
menjual barang keperluan kepada orang yang kurang berkemampuan
mengeluarkan barang atau perkhidmatan untuk membiayai perbelanjaan operasi harian
berusaha untuk mendapatkan derma, hadiah atau sumbangan demi menambahkan dana organisasi
6.Pernyataan yang manakah benar tentang organisasi bermotifkan untung (OBU)?
Terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian, koperasi dan yayasan
Didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)
Mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pengguna
Bermatlamat untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan pada kos yang minimum.
7.Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri-ciri SMART bagi sesuatu objektif perniagaan
Objektif yang dibentuk mempunyai peluang atau tidak mustahil untuk dicapai
Apakah ciri-ciri SMART tersebut
Spesifik
Munasabah
Jangka sama
Boleh diukur
8.carta gantt ialah
carta yang menunjukkan masa permulaan bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek
carta yang menunjukkan tempoh matang bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek
carta yang menunjukkan jenis aktiviti yang dirancang dengan tempoh dan masa yang telah ditetapkan
carta yang menunjukkan tarikh yang dirancang dan sebenar bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek
9.Pernyataan di bawah berkaitan dengan objektif sebuah restoran makanan laut
Restoran Makanan Laut Syafina ingin meningkatkan keuntungan sebanyak 25% dalam masa setahun
Apakah ciri-ciri SMART yang terdapat dalam objektif Restoran Makanan Laut Syafina?
Munasabah
Ringkas
Boleh diukur
Boleh dicapai
10.Pn. Sarina telah menubuhkan sebuah perniagaan menjual baju kurung di Sebuyau pada 14 Ogos 2019. Apakah misi yang sesuai bagi perniagaan Pn. Sarina?
Menjual baju kurung yang menepati cita rasa tempatan
menjadi sebuah perniagaan yang popular di Kuala Lumpur
Melahirkan pekerja yang mahir dalam membuat baju kurung
Mencapai jualan sebanyak 2000 helai baju kurung dalam setiap bulan
11.Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan penetapan objektif?
membantu perniagaan membuat perancangan
menjelaskan tujuan penubuhan organisasi perniagaan
menjadi sasaran yang membantu pencapaian tujuan organisasi
memastikan hala tuju perniagaan berada di landasan yang betul
12.Maklumat berikut berkaitan dengan objektif Muaz Holding sdn. bhd yang mengimport lebih banyak peralatan multimedia dari jepun dan korea selatan untuk dijual di syarikat ini.
Apakah ciri-ciri objektif bagi syarikat tersebut?
Boleh dicapai
Boleh diukur
specifik
munasabah
13."Syarikat akan mengeluarkan sebanyak 100 000 unit kereta penumpang dan sebanyak 50 000 unit motosikal berkuasa tinggi pada tahun hadapan."
Apakah ciri objektif yang baik yang dipenuhi oleh Encik Salam?
boleh diukur (measureable)
Munasabah (Realistic)
Boleh dicapai (attainable)
jangka masa (Time frame)
14.Sebuah syarikat perumahan menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan rumah
apakah ciri objektif yang baik yang dapat dicapai oleh syarikat berkenaan?
Spesifik (specific)
Munasabah (Realistic)
Boleh dicapai (Attainable)
Jangka masa (Time Frame)
15.Maklumat di bawah ini menunjukkan beberapa persoalan yang diajukan semasa membuat perancangan strategik.
Apakah perniagaan yangs sedang dijalankan?
Siapakah pelanggan perniagaan tersebut?
Apakah jenis perniagaan yang ingin dijalankan pada masa akan datang?
Apakah konsep perancangan strategik berkenaan?
Visi
Misi
Objektif
Strategi
16.Persoalan manakah yang perlu dijawab untuk membentuk suatu penyataan visi yang berkesan?
Untuk siapakah kita lakukan
Di manakah kita akan lakukan
Bagaimanakah kita lakukan
Bilakah kita lakukan
17.Pernyataan manakah yang benar tentang visi?
I. Menggambarkan matlamat jangka panjang yang ingin
dicapai
II. Mengambil masa melebihi lima tahun untuk
mencapainya
III. Menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
IV. Menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
18.Maklumat berikut menunjukkan pernyataan visi bagi sebuah organisasi perniagaan.
VISI
“Menjadi syarikat pengeluar sarung tangan getah yang terunggul di Malaysia.”
Pernyataan manakah yang benar tentang tujuan visi di atas?
Pelabur memerlukan visi tersebut untuk tujuan membuat pelaburan
Pekerja menjadikan visi tersebut untuk menyokong usaha mereka
Pengurus menjadikan visi tersebut sebagai panduan membuat keputusan
Pemilik memerlukan visi tersebut untuk memaksimumkan keuntungan
19.Bagaimanakah carta organisasi berfungsi dalam menyampaikan visi sebuah syarikat?
I Mendorong semua pihak untuk mencapai matlamat
II Melaksanakan matlamat perniagaan secara spesifik
III Menyampaikan maklum balas dari pekerja kepada pihak
atasan
IV Menyebarkan hala tuju perniagaan kepada pekerja
melalui pengurus
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
20.Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaannya?
Motivasi pekerja akan terjejas
Imej produk terjejas di mata pengguna
Tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan
Terpaksa mengurangkan harga jualan barang
