wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BANDINGAN SEMACAM (TAHUN 3)

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Sikap Encik Razali yang adil seperti _________ itu disukai oleh pekerja bawahannya.

a)

hakim

b)

peguam

c)

cikgu

d)

doktor

2.

Beliau seorang yang alim seperti __________ kerana rajin solat berjemaah di masjid.

a)

ustaz

b)

ulama

c)

malaikat

d)

profesor

3.

Kami tidak suka berkawan dengan Haziq yang angkuh seperti __________.

a)

burung

b)

kancil

c)

merak

d)

raja

4.

Suraya terkejut apabila mengetahui kawannya yang baik seperti _________ itu rupa-rupanya pencuri.

a)

cikgu

b)

ulama

c)

ustaz

d)

malaikat

5.

Sebaik sahaja tamat peperiksaan UPSR, murid-murid tahun 6 bebas bagai ___________.

a)

burung

b)

semut

c)

ayam

d)

lautan

6.

Sejak sampai tadi, mulut Mak Cik Kiah becok seperti _________ kerana tidak berhenti bercakap.

a)

nuri

b)

murai

c)

harimau

d)

merak

7.

Cikgu Alina sangat garang macam _________.

a)

gajah

b)

lembu

c)

singa

d)

kambing

8.

Rozi berjalan sangat lambat macam _________.

a)

arnab

b)

itik

c)

ular

d)

kura-kura

9.

Kuah kari yang dibeli oleh ibu sangat masim seperti _________.

a)

gula

b)

garam

c)

ubat

d)

cuka

10.

Raja Permaisuri Agong Malaysia cantik seperti ___________.

a)

matahari

b)

bintang

c)

bulan

d)

bidadari

11.

Amir berlari sangat laju seperti _________.

a)

kilat

b)

guruh

c)

hujan

d)

petir

12.

Qaisara sangat pintar macam _________.

a)

kancil

b)

rusa

c)

gajah

d)

harimau

13.

Aira disayangi oleh semua cikgu kerana sikapnya yang rajin seperti ____________.

a)

burung

b)

kancil

c)

semut

d)

ayam

14.

Kelas Tahun 2 Arif riuh macam __________.

a)

ribut

b)

angin

c)

lebah

d)

pasar

15.

Budak perempuan yang tinggi macam _________ itu adik saya.

a)

tiang

b)

lampu

c)

lidi

d)

galah

16.

Sikap Mikail yang lucu seperti ____________ itu disukai oleh kawan-kawannya.

a)

pelawak

b)

polis

c)

badut

d)

artis

17.

Kanak-kanak itu riang berlari diruang yang luas bak _______.

a)

ladang

b)

sawah

c)

pantai

d)

lautan

18.

Hatinya pedih bak __________ kerana dikhianati oleh kawan baiknya.

a)

cuka

b)

sembilu

c)

luka

d)

gula

19.

Tulisannya yang kecil bak ________itu sukar dibaca oleh cikgu.

a)

kuman

b)

manik

c)

berlian

d)

kapas

20.

Kain yang dibeli oleh kakak lembut bak _________.

a)

madu

b)

roti

c)

kapas

d)

sutera