WorksheetsKuiz SEJ Bab 2 Ting 3
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apakah keistimewaan Pulau Pinang sehingga British meluaskan kuasa pada awal abad ke-18 ?
I Pangkalan tentera laut
II Pentadbiran yang aman
III Pengeluar bijih timah dunia
IV Pusat pengumpulan barang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut menerangkan petempatan Batu Uban di Pulau Pinang. (B.Teks ms 30)
Sultan Kedah telah menganugerahkan kawasan tersebut kepada orang Melayu Sumatera.
Mengapakah Sultan Kedah bertindak sedemikian?
Menyebarkan agama Islam
Membantu menyerang Siam
Membuka pusat perdagangan
Menjalin hubungan diplomatik
Mengapakah berlaku pertikaian antara British dengan Belanda di Alam Melayu?
Mengalami perang saudara di Eropah
Menyaingi perebutan kawasan jajahan
Menganggap masing-masing lebih kuat
Mendakwa Singapura di bawah pengaruhnya
Antara berikut, yang manakah merupakan syarat Perjanjian London 1824 terhadap British? (B.Teks ms 43)
Berundur dari Sumatera
Mengiktiraf pelabuhan Singapura
Menyerahkan Melaka kepada Belanda
Membuka petempatan baharu di Johor
Upacara menaikkan bendera Union Jack diadakan di Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786. Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut?
Yakin dengan orang asing
Berani menghadapi cabaran
Kebijaksanaan mengelakkan penjajahan
Berhati-hati ketika membuat keputusan
Berikut berkaitan dengan pendudukan British di Singapura.
1819 - Pelantikan Residen British yang pertama
Tokoh yang terlibat ialah _____________________________.
Stamford Raffles
Francis Light
John Crowford
William Farquhar
Sebelum perluasan kuasa British, Singapura ditadbir oleh
Sultan Abdul Rahman
Temenggung Abdul Rahman
Tengku Hussein
Tengku Hassan
British memerlukan Pulau Pinang sebagai pusat pengumpulan barangan kerana
British memerlukan barangan dari China terutama teh
China memerlukan barangan dalam tin dari British
Terletak di laluan perdagangan di antara China dengan India
British memerlukan pusat untuk mengumpulkan hasil hutan
Bagaimanakah Tengku Abdul Rahman boleh ditabalkan menjadi Sultan Johor Riau?
Baginda merupakan anak sulung Sultan Mahmud Shah 111
Baginda menghadiri upacara pemakaman Almarhum Sultan
Baginda mendapat pengiktirafan daripada kerabat diraja
Baginda mendapat restu daripada permaisuri Almarhum Sultan
Apakah kesannya setelah Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau?
British dapat membuka petempatan di Johor
Sultan Hussein bersemayam dan memerintah Riau
Sultan Abdul Rahman menyerahkan takhta kepada Tengku Hussein
Kesultanan Johor Riau mempunyai dua orang sultan
Jelaskan kesan Perjanjian London 1824 terhadap Alam Melayu?
Raja-raja Melayu mengiktiraf Perjanjian London
Empayar Kesultanan Johor-Riau dapat dikekalkan
Penguasaan Selat Melaka oleh Belanda
Alam Melayu terbahagi kepada dua lingkungan pengaruh Barat
Negeri-negeri Selat telah diletakkan di bawah tiga fasa pentadbiran. Antara berikut, yang manakah SALAH?
Syarikat Hindia Timur Inggeris
Pejabat India
Syarikat Kerjasama London- Tanah Melayu
Pejabat Tanah Jajahan London
Apakah tindakan Stamford Raffle dalam menguasai Singpura?
Memberikan janji-janji manis
Membuat perjanjian
Memerangi Johor-Riau
Memanipulasi isu pewarisan takhta
Negeri-negeri Selat 1826 ialah
Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak
Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
Pulau Pinang, Johor dan Melaka
Pulau Pinang, Perlis dan Indonesia
Maklumat berikut menernagkan tindakan Pejabat india terhadap Negeri-negeri Selat.
Tindakan Pejabat India
- Mengabaikan kebajikan pedagang
- Memperkenalkan mata wang Rupee
- Menghapuskan taraf perlabuhan bebas Singapura
Apakah kesan dariapda tindakan tersebut ?
Sistem Residen diperkenalkan
Ibu negeri dipindahkan ke Singapura
Syarikat Hindia Timur Inggeris dibubarkan
Pentadbiran dipindahkan ke London
