wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV TINGKATAN 4 - BAB 5: REKA BENTUK LANDSKAP

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Dasar Landskap Negara (DLP) dilancarkan?

a)

Menyaingi seni landskap di negara-negara lain

b)

Meningkatkan sumber pendapatan pereka landskap

c)

Mempertahankan pembangunan negara supaya lebih mampan

d)

Bukti keprihatinan kerajaan untuk memartabatkan seni landskap negara

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan nurseri atau tapak semaian?

a)

Tempat kanak-kanak belajar landskap sambil bermain

b)

Tempat untuk menyemai benih tanaman sebelum ditanam di tempat kekal atau dipasarkan

c)

Kawasan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan menjalankan aktiviti berkaitan bidang pelandskapan

d)

Taman untuk mendidik masyarakat yang berminat dalam bidang landskap agar menjadi pelapis pereka landskap

3.

Antara berikut, yang manakah BUKAN kerjaya yang ditawarkan dalam bidang reka bentuk landskap?

a)

Arkitek landskap

b)

Pereka bentuk landskap

c)

Pembantu kedai landskap

d)

Kontraktor landskap

4.

Apakah tugasan yang dijalankan oleh seorang pensyarah dalam bidang reka bentuk landskap?

a)

Mengenal pasti berkaitan permasalahan setempat dan menyelesaikannya melalui perancangan reka bentuk yang inovatif

b)

Menyediakan perkhidmatan pelan landskap, melakukan kerja-kerja perlandskapan dan penyelenggaraan landskap

c)

Melakukan penyelidikan ilmiah dan pengumpulan data untuk mendapatkan idea yang inovatif sejajar dengan keperluan semasa

d)

Menyediakan tenaga kerja mahir dan separa mahir dalam bidang perlandskapan

5.

Antara berikut, universiti manakah yang TIDAK menawarkan program pengajian dalam bidang reka bentuk landskap?

a)

Universiti Teknologi Malaysia

b)

Universiti Putra Malaysia

c)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

d)

Kolej Universiti Agrosains Malaysia

6.

Apakah skop kerja yang dilakukan oleh seorang kontraktor landskap?

a)

Mengetahui prinsip asas mereka bentuk, membaca pelan dan menguruskan landskap

b)

Memartabatkan bidang seni landskap

c)

Menyediakan pengetahuan dan pendedahan secara teori dan amali dalam bidang perlandskapan

d)

Memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan landskap

7.

Siapakah antara berikut yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan artistik dan kejuruteraan struktur?

a)

Pensyarah

b)

Arkitek landskap

c)

Usahawan landskap

d)

Kontraktor landskap

8.

Apakah tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Jabatan Landskap Negara?

a)

Menyelaraskan reka bentuk landskap

b)

Menyediakan pelan susun atur dan pelan hiasan serta menentukan ciri-ciri binaan

c)

Menyediakan perkhidmatan pelan landskap dan melakukan kerja-kerja perlandskapan

d)

Melaksanakan tanggungjawab menghijaukan negara dan memastikan landskap negara berada dalam keadaan baik

9.

Apakah sektor awam dan swasta yang TIDAK memerlukan khidmat dan tenaga kerja dalam bidang reka bentuk landskap?

a)

Jabatan Landskap Negara

b)

Jabatan Alam Sekitar

c)

Jabatan Tenaga Kerja

d)

Firma Perunding Seni Bina Landskap

10.

Seorang pereka bentuk landskap perlu bijak menggunakan gabungan kepakaran tertentu. Apakah kepakaran tersebut?

a)

Sosial dan ekonomi

b)

Saintifik dan artistik

c)

Pentadbiran dan pengurusan

d)

Artistik dan sosial