WorksheetsBAB 6: MALAYSIA
Total questions: 20
Worksheet time: 43mins
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia
Siapakah yang mencadangkan usul berkenaan ?
Lord Brassey
Dato’ Onn Ja’afar
Tunku Abdul Rahman
Sir Malcom MacDonald
Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan cadangan pembentukan gagasan Malaysia di Hotel Adelphi, Singapura.
Apakah matlamat penubuhan Malaysia ?
Mengelakkan ancaman asing
Mengukuhkan kestabilan politik
Menjalin kerjasama ketenteraan
Mewujudkan masyarakat majmuk
Mengapakah wilayah-wilayah berikut menyokong pembentukan Malaysia ?
Sabah
Sarawak
Singapura
Menamatkan ancaman komunis
Mengukuhkan perpaduan bangsa
Mengimbangi jumlah penduduk
Memenuhi desakan penduduk tempatan
Rajah 1 berkaitan dengan pembentukan Malaysia.
Kolonisasi kepada Dekolonisasi
Mengapakah berlakunya perubahan tersebut ?
Usul pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Kemunculan semangat nasionalisme
Pengaruh komunis berkembang
Penjajahan bentuk baru
Antara berikut yang manakah merupakan faktor ekonomi pembentukan Malaysia ?
I Pembangunan tanah Felda
II Menggalakkan pelaburan
III Perkembangan industri pertanian
IV Pembukaan kawasan kilang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan kesan pembentukan Malaysia.
Mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum
Bagaimanakah matlamat tersebut boleh dicapai ?
Memperketat syarat kerakyatan
Menggabungkan Sarawak, Sabah dan Brunei
Menjemput Filipina menyertai Malaysia
Mengurangkan kemasukan imigran
Parti politik berikut mempunyai cadangan yang sama tentang penyertaan Singapura ke dalam pembentukan Malaysia.
Parti Buruh
Parti Rakyat Bersatu
Apakah cadangan tersebut ?
Mengekalkan pelabuhan bebas
Memudahkan kewarganegaraan
Mendapatkan pandangan rakyat
Mengukuhkan barisan ketenteraan
Mengapakah Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew menyokong penyertaan Singapura dalam gagasan Malaysia ?
Menjalin hubungan baik Singapura- PersekutuanTanah Melayu
Mahu bekerjasama dengan Persekutuan Tanah Melayu
Merasa bimbang dengan pengaruh Parti Sosialis
Mengaitkan Singapura dengan kerajaan Johor
Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A.M Azhari membantah pembentukan Malaysia.
Mengapakah mereka menentang gagasan tersebut ?
Menganggapnya satu bentuk neokolonialisme
Menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu
Merasakan ekonomi akan dieksploitasi
Menyebabkan raja kehilangan kuasa
Maklumat berikut berkaitan reaksi Indonesia terhadap cadangan pembentukan Malaysia.
Dasar Konfrontasi : Ganyang Malaysia
Apakah matlamat dasar tersebut ?
Menyekat ekonomi Malaysia
Menentang Perlembagaan Malaysia
Menggagalkan pembentukan Malaysia
Menjejaskan kestabilan politik Malaysia
Antara berikut, yang manakah merupakan tindakan untuk mengatasi kempen Ganyang Malaysia ?
I Menghantar wakil ke Indonesia untuk berunding
II Mendapatkan bantuan tentera Komanwel
III Menghantar bantahan rasmi kepada PBB
IV Memutuskan hubungan diplomatik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah peranan suruhanjaya cobbold dalam pembentukan Malaysia?
I Menerangkan pembentukan Malaysia
II Merangka perlembagaan Malaysia
III Memberi cadangan kepada British
IV Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah Akta Malaysia perlu perkenan Ratu Elizabeth II ?
Hubungan akrab denganTunku Abdul Rahman
Sabah dan Sarawak belum merdeka
Merupakan Setiausaha Agung PBB
Mewakili Yang di-Pertuan Agong
Apakah kandungan akta Malaysia ?
I Hari Malaysia wajib disambut oleh semua negeri
II Hal ehwal luar ialah tanggungjawab kerajaan persekutuan
III Agama Islam menjadi agama persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak
IV Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi Sabah dan Sarawak selama 15 tahun
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada pendapat anda, mengapa negara Indonesia dan Filipina tidak di ajak masuk semasa pembentukan negara Malaysia pada 1963?
Apakah kebaikan yang diperoleh daripada pembentukan Malaysia kepada masyarakat pada hari ini?
Apakah yang anda jangka akan berlaku sekiranya Singapura masih menjadi sebahagian dari negara Malaysia?
pada pendapat anda sesuaikah Kuala Lumpur menjadi ibu negara Malaysia?
Tun Dr Mahathir pernah membentuk Dasar Pandang ke Timur iaitu menjadikan Korea dan Jepun sebagai role model.
Mampukah negara Malaysia menjadi seperti Korea dan Jepun? Beri komen anda
Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 melibatkan ................
Persekutuan Tanah Melayu
Sabah
Sarawak
Singapura
Brunei
