wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KKQ - Istilah Dhabtul Quran

Total questions: 9

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah yang menyimpan mashaf al-Quran selepas kewafatan Umar al-Khattab?

a)

Hafsah binti Umar

b)

'Aisyah binti Abu Bakr

c)

Fatimah binti Muhammad saw

d)

Uthman bin 'Affan

2.

Siapakah yang mengarahkan untuk membakar naskhah al-Quran selepas selesai penulisan mashaf Imam?

a)

Uthman bin 'Affan

b)

zaid bin Thabit

c)

Marwan al-Hakam

d)

'Ali bin Abi Talib

3.

" Telah berlaku penaklukan kuasa Islam pada zaman khalifah Uthman r.a ke beberapa buah negara dan kawasan disekitarnya serta ramai penduduk negara yang ditawan masuk Islam."

Apakah dua kesan yang berlaku kepada Ilmu al-Quran?

a)

naskhah asal al-Quran dibakar

b)

penulisan al-Quran diperluas

c)

berlaku perbezaan dalam bentuk pembacaan al-Quran.

d)

wujud wajah Qiraat yang dipelajari daripada sahabat yang berbeza

4.

Apakah tujuan Rasm Uthmani diwujudkan?

a)

Mashaf yang ditulis mengikut beberapa kaedah

b)

Mashaf yang dibaca dengan pelbagai kaedah

c)

Mashaf yang diseragamkan melalui beberapa kaedah

d)

Mashaf yang dikumpulkan melalui pelbagai kaedah

5.

Berikut adalah maksud Dhabtul Quran (ضبط القرءان).

Pilih tiga jawapan yang tepat.

a)

cara menulis baris bacaan

b)

cara menambah titik untuk membezakan huruf

c)

cara mencetak agar tidak berlaku kesalahan

d)

tanda (simbol) yang sedia ada

e)

tanda (simbol) yang dicipta oleh ulama

6.

Nyatakan Maksud Rasm Uthmani?

a)

ilmu yang membahas cara menulis lafaz atau kalimah al-Quran sama ada huruf ditambah atau dikurang.

b)

ilmu yang membincangkan tentang cara bacaan al-Quran sama ada lafaz atau kalimah

c)

ilmu yang membahas kisah penulisan al-Quran di zaman Uthman bin 'Affan dari aspek lafaz atau kalimah

d)

ilmu yang membincangkan tentang proses mengumpul al-Quran yang melibatkan lafaz atau kalimah al-Quran.

7.

Nyatakan maksud ( نقطة الإعراب ) dan ( نقطة الإعجام ) ?

a)

tanda titik dan tanda waqaf

b)

tanda baris dan tanda titik

c)

tanda waqaf dan tanda baris

d)

tanda tajwid dan tanda waqaf

8.

Ulama al-Quran yang mempelopori ilmu dhabtul Quran ialah:

a)

Zaid bin Thabit al-Ansari

b)

Uthman bin 'Affan

c)

Abu Aswad ad-Duali

d)

Muaz bin Jabbal

9.

(surah al-Baqarah : 5)

tanda ini hanya terletak di atas huruf alif ( ا ) ( و ) (ي ) yang menunjukkan huruf tambahan yang tidak dibaca sebagai huruf mad sama ada ketika sambung (وصل), atau berhenti (وقف).

Kenyataan ini merujuk kepada tanda .....

a)

tanda bulat kosong

b)

tanda bulat bujur tegak meninggi

c)

tanda bulat tumpat

d)

tanda hamzah wasal