wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Fizik T4 : 4.1 Keseimbangan Terma

Total questions: 18

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Sebatang sudu diletakkan dalam semangkuk sup pada suhu 95 oC. Pernyataan manakah yang betul apabila keseimbangan terma dicapai?

a)

Suhu sup tidak berubah

b)

Suhu sudu tidak berubah

c)

Tiada pengaliran haba antara sup dan sudu

d)

Sup dan sudu mempunyai suhu yang sama

2.

Sup panas dituang ke dalam sebuah mangkuk. Pernyataan manakah yang betul mengenai pengaliran haba?

a)

Pengaliran haba bersih adalah dari sup panas ke mangkuk

b)

Haba mengalir hanya dari mangkuk ke sup panas

c)

Haba mengalir hanya dari sup panas ke mangkuk

d)

Pengaliran haba bersih adalah sifar

3.

Secawan kopi panas dibiarkan sejuk sehingga mencapai suhu bilik. Pernyataan manakah yang betul tentang kopi itu pada suhu bilik?

a)

Kehilangan haba oleh kopi panas adalah sama dengan kehilangan haba oleh persekitaran

b)

Kehilangan haba oleh kopi panas adalah lebih rendah daripada penerimaan haba oleh persekitaran

c)

Kehilangan haba oleh kopi panas adalah lebih besar daripada penerimaan haba oleh persekitaran

d)

Kehilangan haba oleh kopi panas adalah sama dengan penerimaan haba oleh persekitaran

4.

Rajah menunjukkan dua silinder logam X dan Y berada dalam keseimbangan terma.

Pernyataan manakah betul tentang suhu X dan Y?

a)

Suhu X = suhu Y

b)

Suhu X > suhu Y

c)

Suhu X < suhu Y

5.

Sepotong kek diletakkan di dalam sebuah peti sejuk. Suhu awal kek dan peti sejuk masing-masing adalah 27oC dan 3oC. Pernyataan manakah betul apabila keseimbangan terma tercapai?

a)

Suhu kek lebih tinggi daripada suhu peti sejuk

b)

Pengaliran haba bersih antara kek dan peti sejuk adalah sifar

c)

Pengaliran haba bersih adalah dari kek ke peti sejuk

d)

Suhu kek lebih rendah daripada suhu peti sejuk

6.

Logam X direndam dalam air mendidih selama 10 minit.

Logam X itu kemudiannya dipindahkan ke dalam minyak dengan suhu awal 30 oC. Apakah suhu akhir minyak itu?

a)

Kurang daripada 30 oC

b)

Lebih daripada 30 oC

c)

Lebih daripada 100 oC

d)

Di antara 30 oC dan 100 oC

7.

Merkuri digunakan di dalam termometer cecair-dalam-kaca kerana ia

a)

melekat pada dinding kaca

b)

mempunyai takat didih yang rendah

c)

mengembang dan mengecut sekata

d)

adalah lutsinar dan mudah dibaca

8.

Konsep manakah yang menerangkan prinsip kerja termometer?

a)

Muatan haba tentu

b)

Keseimbangan terma

c)

Sentuhan terma

d)

Pemindahan haba

9.

Satu bekas logam, air dan blok kuprum berada dalam keseimbangan terma. Pernyataan manakah benar?

a)

Suhu bekas logam adalah sama dengan suhu blok kuprum

b)

Suhu bekas logam adalah kurang daripada suhu blok kuprum

c)

Suhu bekas loagam adalah lebih besar daripada suhu blok kuprum

10.

Sebuah termometer diletakkan di bawah lidah seorang budak lelaki yang demam untuk mengukur suhu badannya. Keseimbangan terma di antara budak lelaki dan termometer tercapai apabila

a)

semua haba dari budak lelaki itu diserap oleh termometer

b)

kadar pemindahan haba di antara budak lelaki dengan termometer adalah sama

c)

suhu termometer adalah lebih tinggi berbanding suhu budak lelaki itu

d)

jumlah haba diserap oleh termometer adalah lebih besar berbanding jumlah haba dibebaskan oleh budak itu

11.

Ais digunakan untuk mengekalkan kesegaran ikan kerana

a)

ikan menyerap kuantiti haba yang banyak daripada ais

b)

ais mempunyai suhu yang lebih rendah daripada ikan

c)

ais berupaya menyerap kuantiti haba yang banyak daripada ikan ketika ais cair

12.

_______ ialah tenaga yang dipindahkan daripada objek panas kepada objek sejuk.

a)

Haba

b)

Suhu

13.

_______ darjah kepanasan sesuatu objek.

a)

Haba

b)

Suhu

14.

Tandakan dua pernyataan yang benar tentang haba.

a)

Unit S.I ialah Kelvin (K)

b)

Unit S.I ialah Joule (J)

c)

tenaga yang dipindahkan dari objek panas ke sejuk

d)

bergantung kepada tenaga kinetik molekul-molekul dalam objek

15.

Tandakan dua pernyataan yang benar tentang suhu.

a)

Unit S.I ialah Kelvin (K)

b)

Unit S.I ialah Joule (J)

c)

tenaga yang dipindahkan dari objek panas ke sejuk

d)

bergantung kepada tenaga kinetik molekul-molekul dalam objek

16.

_________tercapai apabila dua objek yang bersentuhan dengan suhu yang berbeza mencapai suhu yang sama.

a)

Keseimbangan terma

b)

Keseimbangan suhu

c)

Keseimbangan haba

d)

Keseimbangan tenaga

17.

Unit S.I bagi suhu ialah

a)

Fahrenheit (F)Fahrenheit\ \left(F\right)

b)

Joule (J)Joule\ \left(J\right)

c)


Degree Celcius (°C)Degree\ Celcius\ \left(\degree C\right)

d)

Kelvin (K)Kelvin\ \left(K\right)

18.

Apabila dua objek dalam sentuhan terma mencapai keseimbangan terma, suhu kedua-dua objek adalah sama.

a)
b)