wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Islam Tingkatan 2 - Memuliakan Ibu Bapa

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga terbahagikan kepada tiga aspek. Tandakan (/) bagi jawapan yang berkaitan.

a)

Hati

b)

Percakapan

c)

Tingkah laku

d)

Perasaan

2.

"Prihatin dan mengambil berat dengan selalu bertanya khabar serta menghulurkan bantuan yang diperlukan"


Contoh cara beradab di atas merujuk kepada cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga daripada aspek?

(a)  

3.

Berikut merupakan kepentingan beradab kepada ibu bapa dan keluarga kecuali _____________.

a)

Membina keluarga yang bahagia kerana saling membantu.

b)

Melaksanakan perintah Allah SWT dan rasul yang menghendaki setiap orang islam beradab dengan ibu bapa dan keluarga.

c)

Menjadi contoh teladan kerana setiap orang yang beradab dengan ibu bapa akan di ikuti oleh orang lain.

d)

Merawat dan menjaga ibu bapa yang sakit dan tua.

4.

"Terpengaruh dengan perlakuan kawan yang negatif"


Pernyataan di atas merujuk kepada?

a)

Punca penderhakaan kepada ibu bapa

b)

Cara beradab kepada ibu bapa

c)

Kepentingan beradab kepada ibu bapa

d)

Kewajipan beradab kepada ibu bapa

5.

Apakah cara beradab kepada ibu bapa daripada aspek percakapan?

a)

Menggunakan suara yang lembut bagi menyenangkan hati dan menjaga perasaan mereka.

b)

Berkasih-sayang terhadap ibu bapa.

c)

Selalu menziarahi ibu bapa.

d)

Memberikan nafkah kepada ibu bapa.

6.

Tandakan (/) bagi jawapan yang merujuk kepada adab kepada ibu bapa.

a)

Taat perintah

b)

Menolong kerja di rumah

c)

Mendoakan ibu bapa

d)

Bercakap kasar

7.

Maksud beradab kepada ibu bapa iaitu bersopan santun terhadap ibu bapa dalam perbuatan, ___________ dan tingkah laku.

a)

pertuturan

b)

menziarahi

c)

hormat menghormati

d)

kewibawaan

8.

Melaksanakan perintah Allah SWT dan rasul yang menghendaki setiap orang islam ___________ dengan ibu bapa dan keluarga.

a)

beradab

b)

membentuk

c)

teladan

d)

saling

9.

Kurang __________ agama dalam kehidupan. Anak tidak dapat menilai antara baik dengan buruk dari sudut agama. Contohnya anak tidak berasa bersalah berbantahan dengan ibu bapa.

a)

penghayatan

b)

hormati

c)

pengaruh

d)

peranan

10.

Tandakan (/) jawapan yang merujuk kepada pesanan Luqman al-Hakim dalam surah Luqman ayat 13 - 18.

a)

Jangan menyekutukan Allah SWT

b)

Menunaikan solat

c)

Berbuat baik kepada ibu bapa

d)

Mengeluh menghadapi musibah

11.

Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh عَبْدُ اللهِ بْنُ عَمْرو ra :

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَاقٌّ

( النَّسَائِي )


Bermaksud : tidak masuk (a)   anak derhaka.

12.

Disisih dan dipinggirkan ibu bapa dan keluarga. Anak yang tidak _____________ ibu bapa dan anggota keluarga akan dibenci.

a)

menghormati

b)

mengenali

c)

mengenang

d)

bercakap

13.

"Anggota keluarga berpecah dan susah untuk mendapatkan pertolongan"


Pernyataan di atas merujuk kepada akibat tidak beradab kepada ibu bapa dan keluarga daripada aspek?

a)

masyarakat

b)

individu

c)

negara

d)

percakapan

14.

Berikut merupakan contoh akibat tidak beradab kepada ibu bapa dan keluarga daripada aspek negara kecuali _________.

a)

Tidak maju kerana institusi kekeluargaan runtuh.

b)

Tidak aman dan makmur kerana rakyat tidak bersatu padu.

c)

Berlaku pelbagai gejala sosial yang menyebabkan kerajaan terpaka membelanjakan banyak wang, tenaga dan masa untuk pemulihan akhlak.

d)

Disisih dan dipinggirkan ibu bapa dan keluarga.

15.

Susah untuk mendapat kawan yang __________ kerana orang yang baik tidak akan berkawan dengan kita akibat tidak beradab kepada ibu bapa dan keluarga.

a)

baik

b)

hormat

c)

sebaya

d)

prihatin

16.

Manakah antara berikut merupakan akibat tidak beradab kepada ibu bapa dan keluarga dari aspek individu?

a)

Berdosa besar dan jika tidak bertaubat boleh membawa ke neraka.

b)

Anggota keluarga berpecah belah.

c)

Tidak maju kerana institusi kekeluargaan runtuh.

d)

Tidak aman dan makmur kerana rakyat tidak bersatu hati.

17.

Antara punca penderhakaan kepada ibu bapa iaitu kurang menghayati pengajaran agama di sekolah. Tidak __________ apa-apa yang dipelajari malah hanya belajar sekadar untuk lulus dalam peperiksaan sahaja.

a)

mengamalkan

b)

selesaikan

c)

perlakuan

d)

membaca

18.

Antara kepentingan beradab kepada ibu bapa dan keluarga ialah membina kewibawaan diri. Keluarga yang bahagia dan saling berkasih-sayang dapat ________ individu yang berjaya di dunia dan akhirat.

a)

membentuk

b)

menjamin

c)

menjanjikan

d)

mencipta

19.

Hadis daripada عَبْدُ الله بن عَمْرو , Rasulullah SAW bersabda :

رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الْوَالِدِ، وسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ

( التِّرْمِذِي )

Maksudnya : Redha tuhan (Allah SWT) terletak pada redha (a)   dan kemurkaan tuhan (Allah SWT) terletak kepada kemarahan ibu bapa.

20.

Manakah antara berikut cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga daripada aspek tingkah laku?

a)

Menjaga dan merawat ibu bapa yang sakit dan tua.

b)

Mendengar percakapan ibu bapa dengan penuh perhatian.

c)

Sentiasa menjaga hati dan perasaan serta tidak membenci mereka.

d)

Selalu ceria dan menunjukkan muka manis dihadapan mereka.