Font size
Worksheets2.7 IMPULS DAN DAYA IMPULS
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Manakah di antara kuantiti berikut yang mempunyai unit yang sama dengan impuls?
Daya
Momentum
Tenaga
Kuasa
Sebuah troli berjisim 0.4 kg bergerak pada landasan licin yang ufuk dengan halaju 4 ms-1 dan kemudian berlanggar dengan dinding batu menyebabkan terpantul balik dengan halaju 3 ms-1. Magnitud perubahan momentum troli itu adalah
4.0 kg ms-1
0.4 kg ms-1
1.6 kg ms-1
2.8 kg ms-1
Rajah menunjukkan sebiji bola berjisim 0.40 kg menghentam satu dinding konkrit dengan halaju 15 m s-1. Bola itu terpantul balik dengan halaju 10 m s-1. Berapakah impuls yang bertindak ke atas bola itu.
- 10 kg ms-1
- 2 kg ms-1
2 kg ms-1
10 kg ms-1
Seorang ahli akrobatik berjisim 40 kg melompat dari satu tempat pada satu ketinggian. Sebelum kakinya mendarat pada tanah ,halajunya adalah 5 m s-1. Berapakah impuls yang dikenakan ke atas kakinya ketika beliau mendarat ?
- 200 Ns
- 1 Ns
1 Ns
200 N s
Rajah menunjukkan graf daya-masa yang bertindak pada sebuah kereta. Impuls yang telah bertindak pada kereta itu adalah,
100 Ns
200 Ns
500 Ns
1000 Ns
Pernyataaan yang manakah berikut adalah benar mengenai impuls dan daya impuls kecuali?
Impuls mempunyai unit yang sama dengan momentum
Impuls bertambah apabila masa hentaman bertambah
Daya impuls ialah perubahan momentum
Daya impuls bertambah apabila masa hentaman berkurang
Dua bebola plastisin dijatuhkan serntak ke atas dua permukaan yang berlainan kekerasan. Kuantiti fizikal yang manakah adalah tetap yang berkaitan dengan kedua-dua permukaan itu?
Impuls
Daya impuls
Masa hentaman dan impuls
Masa hentaman dan daya impuls
Gambar rajah yang manakah berikut menghasilkan masa hentaman yang paling panjang?
Rajah menunjukkan seorang pemain tenis bersedia untuk memukul bola tenis. Daya impuls dihasilkan apabila
raket dihayun pada halaju yang tinggi
raket dihayun ke belakang
raket menghentam bola tenis
raket digenggam dengan kuat
Rajah menunjukkan sebuah kamera tertanggal dan jatuh daripada sebuah dron ketika seorang lelaki mengawalnya. Jisim kamera ialah 0.02 kg dan bergerak dengan halaju 15 m s-1 sebelum terkena tanah. Kamera tersebut berhenti selepas terkena tanah selepas 0.05 s. Magnitud daya impuls yang bertindak ke atas kamera ialah (a) N.
Seorang budak lelaki menendang sebiji bola yang pegun berjisim 0.15 kg. Apabila bola bergerak ke hadapan dengan halaju 60 ms-1 dan masa sentuhan antara kaki budak lelaki itu dengan bola ialah 5 ms. Daya impuls bola itu ialah (a) N.
Gambar rajah menunjukkan seorang atlet sedang melakukan lompat tinggi. Apakah fungsi tilam itu?
Mengurangkan masa pelanggaran atlet itu dengan tilam dan menambahkan daya impuls
Mengurangkan masa pelanggaran atlet itu dengan tilam dan mengurangkan daya impuls
Menambahkan masa pelanggaran atlet itu dengan tilam dan menambahkan daya impuls
Menambahkankan masa pelanggaran atlet itu dengan tilam dan mengurangkan daya impuls
Seorang penjaga gol bola sepak menangkap bola yang bergerak dengan pantas dengan mengerakkan tangannya ke belakang manakala seorang penjaga gol yang lain menangkap bola yang pantas tanpa menggerakkan tangannya ke belakang. Antara berikut yang boleh menerangkan magnitud daya impuls yang bertindak kepada tangan penjaga gol?
A
B
C
D
Rajah menunjukkan seorang ahli payung terjun sedang mendarat dengan kakinya dibengkokkan. Tujuan ahli payung terjun membengkokkan kakinya adalah untuk (a) masa hentaman.
Antara ciri-ciri keselamatan kenderaan berikut, yang manakah tidak bertujuan untuk melindungi pemandu semasa pelanggaran?
Kapasiti enjin
Beg udara automatik
Stering lembut
Cermin anti-pecah berselerak
