wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOLAT KETIKA SAKIT

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Rukhsah Dalam Syariat Islam Dari Segi "Istilah"?

a)

Mudah dan Ringan

b)

Satu Kemudahan Yang Diberikan Oleh Allah Kepada Hambanya Dalam Melaksanakan Puasa Dibulan Ramadhan

c)

Keringanan Hukum Yang Disyariatkan Oleh Allah Kepada Seseorang Yang Mukallaf kerana Keuzuran Tertentu.

d)

Keringanan Yang Diberikan Oleh Allah Kepada Seseorang Muslim Yang Telah Baligh Sahaja

2.

Antara Berikut Yang Manakah Contoh Bagi Rukhsah?

a)

Seseorang Boleh Menqasar atau menjama'kan Solat Fardhu

b)

Solat Ketika Sakit

c)

Bertayammum Walaupun Terdapat Kemudahan Air Yang mencukupi.

d)

Berbuka Puasa Pada Bulan Ramadhan Tanpa Sebab Yang Dibenarkan Oleh Syariat.

3.

Antara Berikut Manakah Yang Benar tentang Cara-cara Solat Sakit?

a)

Solat Secara Berdiri

b)

Solat Secara Duduk

c)

Solat Secara Mengiring

d)

Solat Secara Ingat Dalam Hati

4.

Atuk tidak mampu untuk solat secara berdiri kerana terlalu uzur, maka atuk solat secara baring diatas katil

Pilih betul atau salah

a)

Salah

b)

Betul

5.
solat melalui isyarat dalam hati ialah dengan mengingati setiap _________ dan tertib solat dalam hati.
a)
syarat
b)
perbuatan
c)
isyarat
d)
rukun
6.
solat ketika sakit merupakan ___________ yang Allah berikan kepada hambaNya.
a)
keperluan
b)
keadaan
c)
rukhsah
d)
kehendak
7.
solat ketika duduk dilakukan dalam keadaan duduk.  Rukuk dilakukan dengan _________ sedikit kepala manakala sujud dilakukan seperti biasa.
a)
mengangkat
b)
memusing
c)
menundukkan
d)
menggerakkan
8.
solat ketika menelentang dilakukan dalam keadaan kaki _____________ ke arah kiblat.
a)
menghala
b)
membelakangi
c)
mengiring
9.
solat dalam keadaan mengiring dilakukan dengan baring di atas rusuk ____________  yang mana muka dan dan dada menghala ke arah kiblat.
a)
kanan
b)
kiri
10.
Antara sebab diwajibkan solat ketika sakit ialah.....
a)
solat dapat mencegah seseorang melakukan kebajikan 
b)
solat sebagai penawar hati
c)
mengharapkan pertolongan makhluk lain
d)
supaya hidup dan mati bukan dalam islam
11.
Yang manakah BUKAN rukhsah diharuskan solat ketika sakit?
a)
agama Islam itu agama mudah
b)
umat Islam dapat solat dalam apa jua keadaan
c)
membuktikan Allah sayang pada kita
d)
melahirkan negara maju
12.

Ayah lumpuh seluruh badan. Hanya matanya sahaja yang boleh bergerak. Ayah boleh melakukan solat secara _________

a)

Duduk

b)

Isyarat Mata

c)

Mengiring

d)

Menelentang

13.

Hamzah sakit dan tidak mampu bangun. Tetapi boleh memusingkan badan kanan dan kirinya. Dia boleh menunaikan solat secara _________

a)

Duduk

b)

Isyarat

c)

Mengiring

d)

Menelentang

14.

Abang sakit lutut dan tidak boleh berdiri. Dia boleh melakukan solat secara ______________

a)

Duduk

b)

Mengiring

c)

Isyarat Hati

d)

Menelentang

15.

Ali demam dan tidak berdaya hendak bangun kerana badannya lemah. Jika dia tidak mampu mengiring, bagaimanakah dia hendak menunaikan solat?

a)

Duduk

b)

Isyarat

c)

Mengiring

d)

Menelentang