Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA #1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Shamsul dan isterinya Mastura sangat secocok _________.

a)

seperti kerbau dicucuk hidung

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

seperti rusa masuk kampung

d)

seperti api dalam sekam

2.

Pengurus syarikat itu tidak berpuas hati dengan cara Chee Meng bekerja _____

a)

bagai melepaskan batok di tangga

b)

bagai bulan penuh purnama

c)

bagai dakwat dengan kertas

d)

bagai bulan jatuh ke riba

3.

Menolong Rudi ______ kerana dia hanya mengharapkan simpati ahli keluarga tanpa mahu berusaha.

a)

bagai mendukung biawak hidup

b)

bagai ayam dimakan tungau

c)

bagai bunyi periau pecah

d)

bagai aur dengan tebing

4.

Kehidupan Wen sekeluarga akhirnya _________, apabila kedua-dua orang abangnya berjaya menjawat jawatan tinggi di ibu kota.

a)

bagai kain tiga hasta

b)

bagai kumbang putus tali

c)

bagai Belanda meminta tanah

d)

seperti kaca terhempas ke batu

5.

Walaupun Ming dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka seperti ______________.

a)

ular kena palu

b)

batu jatuh ke lubuk

c)

kacang lupakan kulit

d)

air dicencang tidak akan putus

6.

Puan Lee dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka _______ setelah terlibat dalam kemalangan.

a)

seperti cicak makan kapur

b)

bagai telur di hujung tanduk

c)

bagai sirih pulang ke gagang

d)

seperti kerbau dicucuk hidung

7.

Lily yang jelita ______ diminati oelh ramai pemuda.

a)

bagai murai tercabut ekor

b)

seperti isi dengan kuku

c)

bagai bulan purnama penuh

d)

seperti katak di bawah tempurung

8.

Pendatang asing yang baru datang bekerja di Kuala Lumpur itu _______.

a)

bagai itik pulang petang

b)

air dicencang tidak akan putus

c)

bagai bulan dipagari bintang

d)

seperti rusa masuk kampung

9.

Jia Ling _____ kerana kurang membaca.

a)

seperti katak di bawah tempurung

b)

bagai bertepuk sebelah tangan

c)

bagai pinang dibelah dua

d)

bagai abu di atas tunggul

10.

Mulut Adam____ apabila tiada guru di dalam kelas.

a)

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

b)

bagai menarik rambut di dalam tepung

c)

bagai murai tercabut ekor

d)

bagai dihiris sembilu

11.

Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidka mempedulikan nasihatnya.

a)

bagai mencurah air di dalam keladi.

b)

seperti ayam patuk anaknya

c)

seperti gergaji dua mata

d)

seperti sampah hanyut

12.

Air mukanya _______ kerana dijankiti penyakit H1N1.

a)

bagai dakwat dengan kertas

b)

bagai tikus membaiki labu

c)

seperti ayam berak kapur

d)

seperti isi dengan kuku

13.

Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR.

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti belut pulang ke lumpur

c)

seperti pungguk rindukan bulan

d)

seperti kaca terhempas ke batu

14.

Sikap Mustafa yang menganiaya Robert yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____.

a)

seperti cincin dengan permata

b)

bagai kelip-kelip terbang malam

c)

bagai melepaskan anjing tersepit

d)

bagai kumbang putus tali

15.

Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu _____.

a)

seperti api dalam sekam

b)

seperti gajah masuk kampung

c)

bagai Belanda meminta tanah

d)

bagai menatang minyak yang penuh