Font size
WorksheetsUlangkaji Pendidikan Moral Tingkatan 2
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apabila hidup berjiran, kita mestilah saling menghormati dan saling membantu. Hal ini dapat memberikan manfaat kepada diri dan penduduk setempat demi kebaikan semua seperti _____________________.
Memupuk semangat perpaduan
Bergosip
Membantu menjaga keselamatan tempat tinggal.
Bekerjasama membanteras gejala sosial seperti penagihan dadah dan vandalisme.
Berikut merupakan ciri jiran yang positif KECUALI
Penyayang
Bertoleransi
Sombong
Berhemah Tinggi
AKtiviti (a) dapat memupuk semangat kejiranan.
Masyarakat penyayang adalah masyarakat _______________________________.
masyarakat yang hidup bermuafakat, mesra dan bertimbang rasa dengan anggotanya.
masyarakat yang hidup bermuafakat dengan anggotanya.
masyarakat yang hidup bermuafakat dan mesra dengan anggotanya.
masyarakat yang hidup bermuafakat dan bertimbang rasa dengan anggotanya.
Terdapat banyak agensi yang membantu golongan berkeperluan supaya mereka mendapat perhatian yang sewajarnya. Antara agensi tersebut ialah
MAKNA
MERCY
SALAM
Persatuan Bahasa Inggeris
Kita harus mengamalkan nilai ______________________ dalam memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Patriotisme
Berterima Kasih
Harga Diri
Baik Hati
Agensi perkhidmatan awam merupakan perantara yang paling hampir dengan rakyat. Apakah kepentingan agensi perkhidmatan awam kepada masyarakat?
Menjadi perantara kerajaan dengan rakyat.
Memberikan kemudahan kepada rakyat.
Memberikan kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat
tentang pelbagai perkhidmatan awam yang disediakan.
Meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertatasusila, bagaimanakah anda menghargai agensi perkhidmatan di negara kita?
Mematuhi etika ketika berurusan di agensi perkhidmatan awam.
Menyokong program yang dianjurkan.
Mengucapkan terima kasih selepas mendapatkan perkhidmatan.
Memberi komen yang negatif di media sosial sekiranya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima.
Agensi (a) bertanggungjawab dalam memelihara undang-undang dan
ketenteraman Malaysia.
Berikan nilai yang patut diamalkan oleh semua penjawat awam di Malaysia.
Harga DIri
Kasih Sayang
Kepercayaan Kepada Tuhan
Patriotisme
