Font size
WorksheetsSimpulan Bahasa A (Gambar)
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Ali digelar _______________ kerana rajin membaca buku.
ulat buku (书虫 orang yang rajin membaca buku)
cakar ayam (字体潦草 tulisan yang sangat buruk)
Ridzuan seorang ________________, dia tidak pandai bermain bola sepak.
kaki bangku (不会踢球的人 tidak pandai bermain bola)
kaki ayam (没穿鞋 tidak memakai kasut)
Arash Amirul ____________ mendengar perbualan ayahnya dan ketua kampung itu.
pasang mata (仔细留意,警惕 memerhatikan baik-baik, waspada)
pasang telinga (仔细聆听、洗耳恭听或偷听 mendengar dengan teliti ataupun mengintip dan mencuri dengar perbualan)
Azmi dimarah ________________ kerana tidak lulus dalam peperiksaan.
otak udang (笨 bodoh / tidak pandai)
otak cair (聪明 cerdik / pandai)
Pasangan _________________ itu kelihatan sungguh sepadan.
tangkai jering (吝啬的人 orang yang kedekut)
raja sehari (pengantin 新郎 / 新娘)
Tasha seorang_____________. Dia berpeluh-peluh semasa menunggu bas di tepi jalan raya.
cahaya mata (孩子 anak)
puteri lilin (怕热的人 orang yang tidak tahan panas)
Dani menerima __________________ daripada ibunya dengan senang hati.
buah tangan (手信 / 礼物 hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang)
buah hati (心爱的人 orang yang dikasihi atau dipuja)
Mak Cik Lina sangat sayang ___________________nya.
anak buah (手下/ 随从 orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara)
anak kandung (亲生子女 anak sendiri)
Kakak membuat kerja rumah dengan pantas seperti __________________.
jejak langkah (跟随他人的举动或脚步 mencontohi perbuatan/amalan orang yang terdahulu)
lipas kudung (比喻做事很快的人 orang pantas atau cepat melakukan kerja)
Mak Cik Limah meminta Melor membaca surat yang dikirimkan oleh anaknya itu kerana dia__________.
buta huruf (文盲 tidak tahu membaca dan menulis)
banyak mulut (多话的人orang yang suka bercakap)
Mak Cik Sharon sangat sayang anaknya, Daniel. Daniel merupakan _____________ ibunya.
anak emas (宝贝孩子 anak yang disayangi oleh ibu bapa)
anak buah (手下/ 随从 orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara)
Halim ___________ untuk menyara kehidupan keluarganya.
mandi kerbau (洗澡洗得不干净 mandi yang tidak bersih)
mandi peluh (工作勤力又认真 / 流汗浃背 bekerja kuat dan bersungguh-sungguh / berpeluh)
Amir seorang murid yang ______________. Dia selalu menyiapkan kerja sekolahnya.
ringan tulang (刻苦耐劳,辛勤工作 rajin)
berat tulang (懒惰 malas)
Azli seorang yang ________________. Dia suka tidur dan malas buat kerja.
ringan tulang (刻苦耐劳,辛勤工作 rajin)
berat tulang (懒惰 malas)
Rozi digelar sebagai __________________ kerana suka berleter.
bertikam lidah (喜欢吵架或辩驳 bertengkar / berdebat)
banyak mulut (多话的人orang yang suka bercakap)
Adik pergi keluar rumah dengan ____________ sahaja.
kaki ayam (没穿鞋 tidak memakai kasut)
kaki bangku (不会踢球 tidak pandai bermain bola sepak)
Sarah seorang yang ___________. Dia suka berderma walaupun miskin.
murah hati (慷慨 / 大方 suka memberi / tidak kedekut / pengasih dan penyayang)
iri hati (嫉妒 perasaan dengki atau cemburu)
Emak menyediakan _____________ untuk kami selepas makan malam.
pencuci mulut (饭后甜品 manisan yang dihidangkan selepas makan)
mulut tempayan (不能保守秘密的人 orang yang tidak dapat menyimpan rahsia)
Anson ____________, dia sentiasa memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
otak udang (笨 bodoh / tidak pandai)
otak cair (聪明 cerdik / pandai / bijak)
Cikgu Tan ___________ apabila mendapati beberapa orang murid tidak menyiapkan kerja sekolah.
kera sumbang (性情孤僻, 不喜交际 orang yang tidak suka bercampur gaul dengan orang lain)
naik darah (生气 naik angin )
Tulisan Raj yang ___________ itu amat sukar dibaca oleh Cikgu Khairul.
cakar ayam (字体潦草 tulisan yang sangat buruk)
makan suap (贪污 menerima rasuah )
Pada cuti sekolah yang lalu, ibu bapa Suzana telah membawanya _______________ di Pulau Langkawi.
makan angin (旅游、游玩 melawat ke suatu tempat untuk tujuan bersiar-siar)
alas perut (只吃一点东西以充饥 makan sekadar menghilangkan rasa lapar)
Zaim yang _________________ sering bercakap semasa Cikgu Salina mengajar di dalam kelas. Oleh itu, dia selalu dimarahi oleh cikgu.
mulut tempayan (不能保守秘密的人 orang yang tidak dapat menyimpan rahsia)
mulut murai (喋喋不休 orang yang suka bercakap)
Azmi suka mengambil alat tulis Damia tanpa kebenarannya. Dia seorang yang __________________.
ringan tangan (喜欢帮助人/ 做事很快 suka menolong orang / membuat kerja dengan pantas)
panjang tangan (小偷 orang yang suka mencuri)
Mei En seorang yang _____________. Dia pandai bernyanyi.
ada bakat (有潜能 ada kebolehan)
murah hati (慷慨 / 大方 suka memberi / tidak kedekut / pengasih dan penyayang)
Pak Hamid tidak pernah memberi duit raya kepada cucu-cucunya walaupun dia banyak duit.
tangkai jering (吝啬的人 orang yang kedekut)
murah hati (慷慨 / 大方 suka memberi / tidak kedekut / pengasih dan penyayang)
Perompak itu ______ apabila melihat pihak polis tiba di tempat kejadian.
angkat kaki 逃离/离开 (cabut lari / meninggalkan sesuatu tempat dengan segera)
kaki botol (酒鬼 suka minum minuman keras)
Orang ramai begitu ___________ melihat pelbagai barangan yang dijual semasa jualan murah itu.
rabun ayam (夜盲 penglihatan yang kurang jelas pada waktu malam)
rambang mata (眼花缭乱 sukar membuat pilihan)
Ibu merupakan _____________ kepada ayah dalam keluarga.
tulang belakang (主力 orang yang menjadi sumber kekuatan)
ringan tulang (刻苦耐劳,辛勤工作 rajin)
Kamarul membawa ____________________ semasa melawat nenek.
anak buah (手下/ 随从 orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara)
buah tangan (手信 / 礼物 hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang)
