Font size
WorksheetsKudup Perang
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pilih tema yang paling sesuai bagi sajak Kudup Perang.
Kepentingan kuasa dan kedudukan
Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi.
Kepentingan sifat kesetiaan dan kepatuhan kepada pemimpin d
Sifat kepahlawanan yang berani dan tegas dalam menjaga keselamatan dan keamanan sesebuah negara
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersiat - nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat.
Mengapakah Hang Jebat tidak dianggap sebagai pengkhianat?
Beliau seorang yang keramat
Beliau seorang yang berani
Beliau ingin menegakkan keadilan
Beliau tidak pernah menaruh dendam kesumat
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya pendekar yang paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
Baris-baris sajak di atas menggambarkan perwatakan Tuah, kecuali ...
pahlalwan yang paling gagah
sangat setia kepada Raja
Bertugas mempertahankan negara
membunuh rakan sendiri
Berikut adalah pengajaran yang bersesuaian dengan sajak Kudup Perang kecuali
Kita hendaklah berani untuk berjuang untuk menegakkan keadilan.
Kita hendaklah mengkaji sejarah untuk mengelakkan kesalahan yang sama berulang kembali.
Kita hendaklah berusaha menyelesaikan perselisihan dengan cara yang aman.
Kita hendaklah bijak menggunakan kuasa dan pangkat yang dimiliki untuk meluaskan kuasa.
Jasa dan pengorban pahlawan akan disanjung dan diingati oleh ahli masyarakat.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menghargai jasa seseorang pahlawan?
Sila pilih semua jawapan yang sesuai (Lebih daripada satu jawapan)
mengurniakan anugerah / pingat kebesaran / gelaran bagi mengenang jasanya
Membuat filem / menerbitkan buku / dokumentari agar jasa dan pengorbanannya diketahui oleh semua lapisan masyarakat
memberi duit / pakaian / kemewahan agar mereka dapat menikmati kehidupan yang mewah
menamakan jalan / lorong / kampung / bangunan dengan nama pahlawan agar jasanya akan dikenang oleh generasi akan datang
Kosa kata kesumat, keramat, perawan, yang terdapat di dalam sajak merupakan gaya bahasa
Sanskrit
istana
Jawa
Arab
Pemimpin yang berwibawa sentiasa disayangi oleh rakyat jelata.
Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang dapat menonjolkan kewibawaannya sebagai pemimpin masyarakat yang disegani?(Anda perlu memilih semua jawapan yang betul)
bersikap matang dan rasional ketika melakukan sesuatu tindakan
sentiasa bergaul mesra dan mengikuti aktiviti kemasyarakatan di kawasan setempat
menjalankan tugas secara integriti dan dedikasi demi kepentingan rakyat
bersikap tegas dan mempunyai pendirian yang kukuh
Sementara dia bergelar panglima
laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman-sering
mengudupkan putik dendam
Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada baris-baris sajak tersebut?
Kita hendaklah bersimpati kepada mangsa perang
Kita janganlah bersikap zalim sesama manusia
Kita hendaklah sedar bahawa perang membawa pelbagai musibah
Kita janganlah sekali-kali menzalimi orang lain
jari-jemari takdir, daerah angkara, selumbar sengsara
frasa tersebut merupakan gaya bahasa ..
inversi
hiperbola
anafora
personifikasi
Persoalan yang tidak terdapat dalam sajak ini ialah
Peperangan mewujudkan perasaan dendam
Kesukaran untuk memilih pahlawan sebenar
Penindasan hak kemanusiaan dalam peperangan
Perbalahan antara Hang Tuah dan Hang Jebat
