wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penilaian Topikal Bab 2

Total questions: 100

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

"Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri"

Pernyataan di atas adalah tafsiran nasionalisme oleh

a)

A. Dr. Burhanuddin al-Helmi

b)

B. Dr. R. Suntharalingam

c)

C. Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

d)

D. Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

2.

Nasionalisme antiraja yang pernah berlaku di Barat ialah


I. Revolusi Amerika


II. Revolusi Keagungan di England


III. Revolusi Perancis


IV. Revolusi Perindustrian

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

3.

Revolusi Keagungan di England adalah penentangan terhadap pemerintahan raja berkuasa mutlak iaitu

a)

A. Raja Louis XVI

b)

B. Raja James II

c)

C. Raja William of Orange

d)

D. John Locke

4.

Revolusi Amerika 1776 merupakan penentangan orang Amerika menentang penjajahan ________________

a)

A. Belanda

b)

B. Perancis

c)

C. British

d)

D. Sepanyol

5.

Revolusi Perancis 1789 adalah penentangan terhadap pemerintahan autokratik

a)

A. Raja James II

b)

B. Raja William of Orange

c)

C. Raja Louis XVI

d)

D. Jean Jacques Rousseau

6.

Apakah kesan Revolusi Perancis kepada negara Perancis?

a)

A. Menjadi negara republik

b)

B. Sistem Raja Berperlembagaan diamalkan

c)

C. Menjadi negara yang berpegang dengan fahaman komunis

d)

D. Negara berpecah kepada dua

7.

Apakah pegangan yang digunakan oleh Mahatma Gandhi untukk menggerakkan nasionalisme di India?

a)

A. Dahagi

b)

B. Satyagraha

c)

C. Bushido

d)

D. Tiga Prinsip Rakyat

8.

Rancangan pembahagian India merupakan pembahagian India kepada dua buah negara iaitu India dan ______________

a)

A. Sri Lanka

b)

B. Bangladesh

c)

C. Nepal

d)

D. Pakistan

9.

Siapakah Perdana Menteri India yang pertama?

a)

A. Mahatma Gandhi

b)

B. Muhammad Ali Jinnah

c)

C. Jawaharlal Nehru

d)

D. Bipin Chandra Pal

10.

Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China?

a)

A. Dr. Sun Yat Sen

b)

B. San Min Chu-i

c)

C. Maharaja Mikado Meiji

d)

D. Bal Gangadhar Tilak

11.

"Sikap yang sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara"


Pernyataan di atas merujuk kepada nasionalisme di Jepun iaitu semangat

a)

A. Kamikaze

b)

B. Bushido

c)

C. Kimigayo

d)

D. Nippon-Go

12.

Jose Rizal iaitu tokoh nasionalis Filipina menubuhkkan ____________

a)

A. Katipunan

b)

B. Kalayan

c)

C. Parti Nasionalis

d)

D. Liga Filipina

13.

Apakah nama akhbar yang digunakan oleh Katipunan untuk menyebarkan idea revolusi di Filipina?

a)

A. Al-Iman

b)

B. Kalayan

c)

C. Majlis

d)

D. Neracha

14.

Siapakah yang menjadi Perdana Menteri pertama Burma?

a)

A. Dr. Ba Maw

b)

B. Aung San

c)

C. Kyaw Nien

d)

D. U Nu

15.

"Mempelopori perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita"

Pernyataan di atas mmerujuk kepada nasionalisme di Indonesia yang dipelopori oleh

a)

A. Soekarno

b)

B. Partai Nasionalis Indonesia

c)

C. Sarekat Islam

d)

D. Raden Adjeng Kartini

16.

Kongres Pemuda Indonesia mewujudkan ikrar yang dikenali sebagai ___________________

a)

A. Tiga Prinsip Rakyat

b)

B. Satyagraha

c)

C. Cloche Felee

d)

D. Sumpah Pemuda

17.

Gambar di atas menunjukkan presiden pertama Republik Demokrattik Vietnam. Siapakah beliau?

a)

A. Soekarno

b)

B. Aung San

c)

C. Ho Chi Minh

d)

D. Jose Rizal

18.

Pemerintahan raja yang lemah membawa kepada pelancaran Revolusi Thai pada 1932 yang menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak. Siapakah nama raja tersebut?

a)

A. Raja Chulalongkorn

b)

B. Raja Vajiravudh

c)

C. Raja Mongkut

d)

D. Field Marshal Phibulsongkram

19.

Apakah maksud "Thailand"?

a)

A. Tanah Besar

b)

B. Tanah Bebas

c)

C. Tanah Berani

d)

D. Tanah Bangga

20.

"Menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran agama sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis"


Pernyataan di atas merujuk kepada akhbar

a)

A. Warta Malaya

b)

B. Jawi Peranakan

c)

C. Fajar Sarawak

d)

D. Al-Imam

21.

Melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris

Menggunakan akhbar Warta Malaya dan Utusan Melayu


Pernyataan di atas merujuk kepada lepasan

a)

A. Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC)

b)

B. Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

c)

C. Raffles Institution

d)

D. Madrasah al-Masyhur

22.

"fajar telah tersinsing, bangunlah wahai bangsaku"


Pernyataan di atas merupakan seruan di dalam akhbar

a)

A. Utusan Melayu

b)

B. Warta Malaya

c)

C. Fajar Sarawak

d)

D. Lembaga Melayu

23.

Apakah nama akhbar Cina yang memperjuangkan soal kesatuan sekerja dan keadilan sosioekonomi masyarakat kelas bawahan?

a)

A. Lat Pau

b)

B. Modern Daily News

c)

C. Chong Shin Yit Pao

d)

D. Nanyang Siang Pao

24.

Siapakah pengasas Kesatuan Melayu Singapura (KMS)?

a)

A. Mohammad Eunos Abdullah

b)

B. Mohammad Yaakob

c)

C. Zakaria Gunn

d)

D. Johari Anang

25.

Apakah nama akhbar yang digunakan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) untuk menyalurkan idea perjuangan?

a)

A. Neracha

b)

B. Al-Imam

c)

C. Majlis

d)

D. Utusan Melayu

26.

Siapakah yang menubuhkan Malayan Indian Association (MIA)?

a)

A. Dr. A. M. Soosay

b)

B. Pandit Jawaharlal Nehru

c)

C. G. V. Thaver

d)

D. John Thivy

27.

Apakah sumbangan tokoh dalam gambar di atas?


I. Presiden Malayan Rubber Estate Owner Association

II. Menganggotai Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat (SSLC)

III. Menganjurkan Tabung Derma Pelajaran Tinggi

IV. Penggerak utama majalah Bulan Melayu

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

28.

Nasionalisme di barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menggugat hak dan kebebasan rakyat.


Apakah kesan perkembangan nasionalisme tersebut?

a)

A. Berjaya mengukuhkan kuasa rakyat

b)

B. Memantapkan kedudukan parlimen

c)

C. Menjejaskan kedaulatan negara bangsa

d)

D. Kebangkitan perjuangan kedaulatan raja.

29.

*Revolusi Perancis

*Revolusi England

Mengapakah revolusi tersebut berlaku ?

a)

A. Memperjuangkan kedaulatan negara

b)

B. Mempertahankan peradaban

c)

C. Menentang penguasaan ekonomi

d)

D. Penentangan pemerintahan beraja

30.

Antara pernyataan berikut yang manakah menjelaskan maksud Semangat bushido?

a)

A. Taat setia.

b)

B. Tolak ansur.

c)

C. Tolong menolong.

d)

D. Sanggup berkorban

31.

” Hilang Gelap Terbitlah Terang “merupakan hasil karya Raden Adjeng Kartini daripada Indonesia.


Apakah kandungan buku tersebut?

a)

A. Kemunduran peribumi.

b)

B. Kemerdekaan negara

c)

C. Kepentingan kerjasama

d)

D. Kesetiaan kepada raja

32.

Apakah sumbangan Zainal Abidin Ahmad ( za’ba ) dalam perjuangan nasionalisme di negara kita ?

a)

A. Perjuangan melalui penulisan.

b)

B. Perjuangan bercorak radikal.

c)

C. Perjuangan berpendidikan agama.

d)

D. Perjuangan terawal di Tanah Melayu.

33.

Kemunculan mesin cetak telah memberi kesan kepada nasionalisme di Tanah Melayu abad ke 20.


Apakah kesan tersebut ?

a)

A. Pentadbiran sistematik

b)

B. Penentangan terhadap British.

c)

C. Peningkatan sistem pendidikan.

d)

D. Perluasan pengaruh barat.

34.

Antara berikut, yang manakah mencirikan Kaum Muda?

a)

A. Terdiri daripada golongan pemuda

b)

B. Memperjuangkan nasaib golongan muda

c)

C. Membawa idea baru dari Timur Tengah

d)

D. Mengasingkan diri dari golongan tua.

35.

Persatuan sahabat pena Malaysia (PASPAM) telah ditubuhkan pada tahun 1934.


Apakah peranan PASPAM ?

a)

A. Membincangkan masalah ekonomi.

b)

B. Menggalakkan kemajuan bangsa

c)

C. Memajukan budaya dan maruah

d)

D. Menegakkan ajaran islam

36.

Thailand telah bekerjasama dengan Jepun semasa perang dunia kedua.


Apakah kesan terhadap negara tersebut?

a)

A. Pemantapan kuasa raja.

b)

B. Persaingan kuasa barat

c)

C. Pengekalan kemerdekaan

d)

D. Penguasaan ekonomi oleh imigran.

37.

*Filipina dijadikan wilayah Sepanyol

*Bangsa Filipina diberi kebebasan bersuara


Berdasarkan maklumat di atas, bagaimanakah perjuangan Jose Rizal dilakukan?

a)

A. Liga Filipina

b)

B. Gerakan Sosial

c)

C. Kerajaan Revolusi

d)

D. Penubuhan Katipunan

38.

Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?

a)

A. Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara

b)

B. Perasaan yang membenci penjajah

c)

C. Semangat berjuang yang tinggi untuk mencapai matlamat

d)

D. Perjuangan menentang penjajah dengan pelbagai cara

39.

Jadual berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan abad ke-18.


Tahun 1688 : Revolusi Keagungan di England


Tahun 1789 : Revolusi Perancis


Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah

a)

A. Kuasa rakyat terjejas

b)

B. Ideologi komunis terlarang

c)

C. Kuasa raja mutlak diperkukuh

d)

D. Kerajaan berpelembagaan ditegakkan

40.

Nasionalisme di Jepun digerakkan oleh sikap masyarakat Jepun yang sanngup menanggung risiko,bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggunggjawab terhadap ketua dan negara.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

A. Satyagraha

b)

B. Kamikaze

c)

C. al-Urwah al-Wuthqa

d)

D. Semangat Bushido

41.

Maklumat berikut berkaitan dengan tafsiran maksud nasionalisme oleh Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid.

Sifat X
 \updownarrow  
Kesetiaan kepada raja merupakan ciri nasionalisme
Melayu ketika itu.
Apakah sifat  X  yang dikaitkan dengan tafsiran tersebut?

a)

A. Satu bangsa 

b)

B. Daulat  tuanku 

c)

C. Cintai negaraku

d)

D. Tanah Melayuan 

42.

Bill of Rights telah digubal semasa Revolusi Keagungan (1688) di England.

Apakah kuasa parlimen melalui perundangan tersebut?

a)

A. Mengutip cukai

b)

B. Melantik penasihat

c)

C. Mengawal kerajaan

d)

D. Menolak penjajahan

43.

Jean Jacques Rousseau


Tokoh berikut telah mengemukakan keunggulan suara rakyat dalam Revolusi Perancis 1789.

Apakah gelaran terhadap suara rakyat tersebut?

a)

A. Kata sepakat

b)

B. Hasrat umum

c)

C. Tuntutan rakyat

d)

D. Impian bersama

44.

Pertubuhan politik berikut telah membentuk jawatankuasa khas selepas Perang Dunia Kedua di India.


Liga Muslim

Kongres Kebangsaan India (INC )


Mengapakah jawatankuasa khas tersebut dibentuk?

a)

A. Menggerakkan perang gerila

b)

B. Melancarkan gerakan dakyah

c)

C. Merangka pembahagian India

d)

D. Melakukan penentangan militan

45.

Maklumat berikut berkaitan dengan semangat yang diperkenalkan semasa era Pemulihan Meiji di Jepun.


SEMANGAT BUSHIDO


Apakah kesan pengenalan semangat tersebut terhadap Jepun?

a)

A. Menjadi negara perindustrian

b)

B. Mencapai kemajuan pendidikan

c)

C. Menghalang gerakan anti Barat

d)

D. Mengatasi kelemahan pemerintahan

46.

Apakah ciri-ciri persamaan bagi parti-parti politik berikut?


Katipunan di Filipina

Parti Komunis di Indonesia

Viet Nam Quoc Dang Dang


I Bertindak secara revolusi


II Pertubuhan bersifat radikal


III Bekerjasama dengan penjajah


IV Pemimpinnya berhaluan sederhana

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

47.

Pada tahun 1932,Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.

Apakah kesan revolusi tersebut?

a)

A. Dasar tutup pintu dikuatkan

b)

B. Sistem raja berkuasa mutlak tamat

c)

C. Pemerintahan republik dilaksanakan

d)

D. Kuasa pembesar tempatan diperkukuhkan

48.

Mengapakah penulisan kreatif berjaya mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?

a)

A. Memperkenalkan semangat jihad

b)

B. Mendorong gerakan radikal

c)

C. Mencetus idea revolusi

d)

D. Menyindir sikap penjajah

49.

Jadual berikut berkaitan dengan usaha golongan intelektual berpendidikan Melayu di Tanah Melayu.


Pejabat Karang Mengarang

Za'ba


Apakah kepentingan penubuhan pejabat tersebut?


I Mengasah bakat pelajar

II Melatih ramai penterjemah

III Menyatukan rumpun Melayu

IV Menghasilkan buku berkualiti

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

50.

Apakah strategi Jose Rizal apabila tuntutan beliau gagal mendapat perhatian kerajaan Sepanyol?

a)

A. Melancarkan gerakan bersenjata

b)

B. Membentuk Katipunan

c)

C. Menjalankan rundingan damai

d)

D. Menubuhkan Liga Filipina

51.

Pernyataan berikut merujuk kepada hasil karya Raden Adjen Kartini.


"Habis Gelap Terbitlah Terang"


Apakah isu yang diketengahkan melalui penulisan novel di atas?

a)

A. Pengembalian kuasa raja

b)

B. Kemunduran rakyat

c)

C. Hak bersuara

d)

D. Kemerdekaan mutlak

52.

Tokoh berikut merupakan seorang nasionalis India.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan tokoh di atas dalam mencetuskan gerakan nasionalis di Asia Tenggara?


I Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah dan mogok lapar

II Melahirkan nasionalis bersikap sederhana

III Memperjuangkan pembelaan terhadap kemerdekaan sahaja

IV Menegakkan perjuangan melalui akhbar La Solidaridad

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

53.

Maklumat berikut berkaitan dengan nasionalisme di Asia.


Nasionalisme di India

Nasionalisme di China

Nasionalisme di Jepun


Apakah persamaan yang terdapat pada nasionalisme tersebut?

a)

A. Membentuk negara bangsa

b)

B. Menjadi kuasa Imperialisme

c)

C. Menamatkan penjajahan kuasa asing

d)

D. Memulihkan kuasa golongan bangsawan

54.

Hans Kohn berpendapat nasionalisme bermaksud...

a)

A. Kita hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat yang boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri

b)

B. Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua

c)

C. Satu gerakan yang meletakkan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya

d)

D. Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri

55.

Revolusi Keagungan tercetus berikutan pemerintahan ____________ membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang.


Siapakah nama pemerintah tersebut?

a)

A. Raja Louis XVI

b)

B. Raja James II

c)

C. Mary II

d)

D. Raja William of Orange

56.

Revolusi Keagungan di England berlaku disebabkan oleh...

a)

A. Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat

b)

B. Keinginan bebas daripada cengkaman raja berkuasa mutlak

c)

C. Keinginan bebas daripada penjajah

d)

D. Keinginan menegakkan hak bersuara bagi rakyat

57.

Revolusi Amerika berlaku disebabkan oleh...

a)

A. Memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan

b)

B. Menegakkan kerajaan yang berdaulat dan berparlimen

c)

C. Reaksi orang Amerika menentang penjajahan British

d)

D. Menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak

58.

Dalam Revolusi Perancis, The Social Contract telah ditulis. Buku tersebut mengemukakan keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.


Siapakah penulis buku tersebut?

a)

A. Thomas Jefferson

b)

B. George Washington

c)

C. Voltaire

d)

D. Jean Jacques Rousseau

59.

Nasionalisme awal di India bercorak gerakan yang memberikan perhatian terhadap isu sosioagama.


Apakah nama pertubuhan penting yang berfungsi menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan?

a)

A. Brahmo Samaj dan Arya Samaj

b)

B. Kongres Kebangsaan India

c)

C. Liga Muslim

d)

D. Satyagraha

60.

Pada awal abad ke 20, nasionalisme di India bersifat lebih radikal kerana muncul gerakan bersifat keras yang diketuai oleh Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal.


Mengapakah ianya dikatakan radikal?

a)

A. Mereka menggerakkan penentangan secara militan

b)

B. Mereka menggerakkan penentangan secara gerila

c)

C. Mereka bergerak secara senyap

d)

D. Mereka menubuhkan gerakan secara haram

61.

Pertubuhan politik berikut telah membentuk jawatankuasa khas selepas Perang Dunia Kedua di India.


Liga Muslim

Kongres Kebangsaan India (INC )


Mengapakah jawatankuasa khas tersebut dibentuk?

a)

A. Menggerakkan perang gerila

b)

B. Melancarkan gerakan dakyah

c)

C. Merangka pembahagian India

d)

D. Melakukan penentangan militan

62.

Apakah ciri-ciri persamaan bagi parti-parti politik berikut?


Katipunan di Filipina

Parti Komunis di Indonesia

Viet Nam Quoc Dang Dang


I Bertindak secara revolusi

II Pertubuhan bersifat radikal

III Bekerjasama dengan penjajah

IV Pemimpinnya berhaluan sederhana

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

63.

Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.


Apakah kesan revolusi tersebut?

a)

A. Dasar tutup pintu dikuatkan

b)

B. Sistem raja berkuasa mutlak tamat

c)

C. Pemerintahan republik dilaksanakan

d)

D. Kuasa pembesar tempatan diperkukuhkan

64.

Mengapakah penulisan kreatif berjaya mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?

a)

A. Memperkenalkan semangat jihad

b)

B. Mendorong gerakan radikal

c)

C. Mencetus idea revolusi

d)

D. Menyindir sikap penjajah

65.

Jadual berikut berkaitan dengan usaha golongan intelektual berpendidikan Melayu di Tanah Melayu.


Pejabat Karang Mengarang

Za'ba


Apakah kepentingan penubuhan pejabat tersebut?


I Mengasah bakat pelajar

II Melatih ramai penterjemah

III Menyatukan rumpun Melayu

IV Menghasilkan buku berkualiti

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

66.

Jadual di bawah merujuk kepada tokoh nasionalisme terkenal di Asia Tenggara.


Tanah Melayu- Ibrahim HJ.Yaakob

Indonesia - Soekarno


Bagaimanakah penjajah menghalang perjuangan tokoh nasionalisme di atas?


I Mengaiatkan undang-undang

II Menembak mati

III Menawarkan rundingan damai

IV Pengawasan ketat pemerintah

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

67.

Siapakah penulis X ?


X - Putera Gunung Tahan

- Anak Mat Lela Gila

a)

A. Ishak Hj Muhammad

b)

B. Ahmad Bakhtiar

c)

C. Zainon Sulaiman

d)

D. Harun Aminurrashid

68.

Apakah tujuan Enakmen Undang-undang Islam 1904 yang diperkenalkan oleh British?

a)

A. Melindungi hak asasi

b)

B. Menghalang penyebaran idea Islam

c)

C. Melindungi kepentingan orang Islam

d)

D. Memartabatkan ajaran Islam di Tanah Melayu

69.

Apakah tindakan Raja Chulangkorn dalam membuat pembaharuan politik di Thailand?

a)

A. Berkuasa mutlak

b)

B. Melantik pegawai Barat

c)

C. Melaksanakan sistem pendidikan Barat

d)

D. Menyediakan kemudahan infrastruktur

70.

Antara berikut, yang manakah merupakah hasil karya tokoh berikut yang terkenal?


I Putera Gunung Tahan

II Melor Kuala Lumpur

III Pelita Bahasa Melayu

IV Ilmu Mengarang Melayu

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

71.

Apakah peranan media berikut dalam gerakan nasionalisme negeri Melayu?


-Majalah

-Akhbar

-Novel


I Mengkritik dasar-dasar penjajah

II Menyatupadukan orang Melayu

III Membangkitkan minat suka membaca

IV Menuntut kemerdekaan

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

72.

Apakah persamaan tokoh-tokoh berikut?


Syed Syeikh al-Hadi

Dr.Burhanuddin al-Helmy

Syeikh Tahir Jaluddin

a)

A. Merupakah Gerakan Islah

b)

B. Menyertai parti berhaluan kiri

c)

C. Menganggotai golongan radikal

d)

D. Merupakan Kaum Tua

73.

Apakah persatuan X?


Persatuan X

Menggalakkan ahli berkenalan serta bertukar pendapat

a)

A. KMM

b)

B. PASPAM

c)

C. Persatuan Melayu Sarawak

d)

D. KMS

74.

Sasaran golongan revolusi Perancis 1789 adalah penentangan terhadap pemerintahan .............. Raja Louis XVI dan golongan bangsawan.

a)

A. Autokratik

b)

B. Republik

c)

C. Monarki

d)

D. Aristokrasi

75.

'Sumaph Pemuda' merupakan ikrar yang dilahirkan oleh Kongres Pemuda Indonesia untuk menentang penjajah

a)

A. Belanda

b)

B. British

c)

C. Perancis

d)

D. Jepun

76.

Pergerakan nasionalisme di negara kita dipelopori oleh golongan berpendidikan berikut kecuali

a)

A. Berpendidikan Agama

b)

B. Berpendidikan Inggeris

c)

C. Berpendidikan Melayu

d)

D. Berpendidikan pondok

77.

Gerakan Islah di Tanah Melayu dipelopori oleh

a)

A. Muhammad Rakawi Yusuf

b)

B. Ishak Haji Muhammad

c)

C. Haji Abbas Mohd Taha

d)

D. Ahmad Boestamam

78.

Maktab____________ telah berjaya melahirkan golongan intelektual berpendidikan Inggeris yang berperanan dalam perkembangan nasioanalisme.

a)

A. Melayu Kuala Kangsar

b)

B. Perguruan Sultan Idris

c)

C. Perguruan Tengku Ampuan Afzan

d)

D. Perguruan Sultan Abdul Halim

79.

Apakah tujuan penubuhan persatuan bagi masyarakatCina dan India sebelum perang Dunia Kedua?

a)

A. Menjaga kepentingan masyarakat Cina dan India di Tanah Melayu

b)

B. menuntut kemerdekaan daripada penjajah

c)

C. Menentang pemerintahan beraja di Tanah Melayu

d)

D. Menuntut Tanah Melayu dijadikan sebahagian daripada wilayah British

80.

Apakah matlamat gerakan nasionalisme?

a)

A. Membina jati diri untuk kukuhkan negara

b)

B. Menghasilkan persefahaman politik dan ekonomi

c)

C. Memperbaiki mutu kehidupan dan kesejahteraan

d)

D. Membina bangsa yang bersatu dan negara berdaulat

81.

Penduduk Amerika melaungkan slogan "Tiada cukai tanpa perwakilan"

Mengapakah mereka bertindak demikian?

a)

A. Benci dengan penjajahan

b)

B. Ketiadaan wakil di Parlimen

c)

C. Cukai membebankan

d)

D. Hak rakyat dipersoalkan

82.

John Locke telah menghasilkan karya Two Treatises of Government.


Apakah pandangan beliau berkaitan undang-undang?

a)

A. Undang-undang perlu digubal bagi mengawal keselamatan rakyat

b)

B. Undang-undang perlu digubal bagi memenuhi hak asasi manusia

c)

C. Undang-undang perlu digubal bagi menjamin perpaduan rakyat

d)

D. Undang-undang perlu digubal bagi memenuhi kehendak manusia

83.

Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China?

(a)  

84.

Siapakah yang telah melancarkan gerakan pemulihan Jepun pada 1868?

(a)  

85.

Siapakah pengasas Katipunan?

(a)  

86.

Apakah akhbar yang diterbitkan oleh Katipunan bagi menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina?

(a)  

87.

Siapakah nama tokoh dalam gambar tersebut?

(a)  

88.

Namakan parti yang ditubuhkan oleh beliau bersama Nai Pridi Phanomyong.

(a)  

89.

Muhammadiyah merupakan salah satu pertubuhan dalam gerakan nasionalisme di Indonesia.

Apakah ciri-ciri perjuangan pertubuhan ini?


I. Menyebarkan Islam sebenar

II. Membanteras ancaman sekularisme barat

III. Mempertahankan agama Islam

IV. Menerapkan nilai Islam dalam pentadbiran

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

90.

Pelaksanaan birokrasi Barat oleh Raja Mongkut dalam sistem pentadbiran Thailand adalah untuk membina hubungan baik dengan kuasa Barat seperti British, Amerika Syarikat dan Perancis.


Apakah kesan daripada tindakan Raja Mongkut tersebut?

a)

A. Thailand berjaya meluaskan empayarnya

b)

B. Thailand menjadi kuasa ekonomi yang kuat di Asia Tenggara

c)

C. Thailand berjaya mengekalkan kedaulatannya

d)

D. Thailand setanding dengan kuasa-kuasa Barat

91.

Maklumat berikut berkaitan tokoh nasionalisme di India pada awal abad ke – 20.

• Bal Gangadhar Tilak

• Bipin Chandra Pal


Apakah sumbangan kedua - dua tokoh tersebut ?

a)

A. Menggerakkan perjuangan militan

b)

B. Menentang lelemahan pemerintah

c)

C. Mempertahankan pemerintahan Islam

d)

D. Memberi perhatian isu sosioagama

92.

Thaiand telah berkerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Ke-2.


Apakah kesan terhadap negara tersebut?

a)

A. Persaingan kuasa barat

b)

B. Pemantapan kuasa raja.

c)

C. Pengekalan kemerdekaan

d)

D. Penguasaan ekonomi oleh imigran.

93.

Apakah sumbangan tokoh ini dalam perjuangan nasionalisme di negara kita ?

a)

A. Perjuangan berpendidikan agama

b)

B. Perjuangan bercorak radikal

c)

C. Perjuangan melalui penulisan

d)

D. Perjuangan terawal di Tanah Melayu.

94.

Maklumat berikut berkaitan akhbar yang dibentuk bagi melahirkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.


• Diterbitkan pada 23 Julai 1906

• Menyeru umat Islam kembali kepada ajaran islam sebenar.


Apakah akhbar tersebut ?

a)

A. Saudara.

b)

B. Neracha

c)

C. Al-Imam

d)

D. Pengasuh

95.

Pernyataan berikut berkaitan karya kreatif yang telah lahir di Tanah Melayu.


• Mari kita berjuang

• Angan – angan dengan gurindam

• Sedarlah


Apakah isu yang dibangkitkan dalam penulisan tersebut ?

a)

A. Memupuk semangat kebangsaan

b)

B. Menyeru penubuhan persatuan

c)

C. Menentang tuntutan orang dagang

d)

D. Menuntut kemerdekaan negara

96.

Kesatuan Melayu Singapura ( KMS ) berperanan penting dalam membela nasib orang - orang Melayu.


Apakah bukti keberkesanan perjuangan kesatuan tersebut?

a)

A. Pembentukan pasukan tentera semut

b)

B. Mendapat naungan daripada kerajaan British.

c)

C. Menghadiri Kongres Melayu di Kuala Lumpur.

d)

D. Penubuhan cawangan di negeri melayu lain.

97.

Mengapakah perjuangan Dol Said menentang British dianggap satu gerakan nasionalisme?

a)

A. Perjuangan mempertahankan hak asasi

b)

B. Perjuangan yang mendaulatkan wilayahnya

c)

C. Perjuangan menuntut kemerdekaan

d)

D. Perjuangan mempertahankan kekayaan negara

98.

Pak Sako

Putera Gunung Tahan


Apakah tema yang diketengahkan oleh tokoh tersebut?

a)

A. Penentangan terhadap idea pembaharuan Barat

b)

B. Kepentingan menikmati kebebasan

c)

C. Kepentingan pendidikan dalam kalangan kaum wanita

d)

D. Kepentingan perpaduan dalam penentangan penjajah

99.

Golongan intelektual mempunyai pengaruh yang luas dalam menyebarkan idea nasionalisme di negara kita.


Bagaimanakah mereka menyuarakan idea dan tuntutan mereka?

a)

A. Perbincangan dengan penjajah

b)

B. Mengadakan kongres

c)

C. Penulisan akhbar dan majalah

d)

D. Demonstrasi jalanan

100.

Persatuan Orang Cina Peranakan British (SCBA) telah ditubuhkan oleh masyarakat Cina yang dilahirkan di Negeri-Negeri Selat.


Apakah matlamat persatuan ini?

a)

A. Menggalakkan pelajaran tinggi dan teknikal

b)

B. Menuntut menganggotai Majlis Mesyuarat Kerja

c)

C. Meluaskan aktiviti perniagaan

d)

D. Melanjutkan pelajaran tinggi di Britain