wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Simpulan Bahasa B (Gambar)

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Ming Han ialah _________. Dia mempunyai seorang kakak dan abang.

a)

anak bongsu (最年幼的孩子 anak yang paling muda dalam keluarga)

b)

anak sulung (排行最大的孩子 anak pertama)

2.

Manisah terpaksa ____________ di sekolah kerana ayahnya tidak mampu ​memberikan wang saku kepadanya.

a)

ikat perut (饿肚子 menahan lapar kerana berjimat)

b)

alas perut (只吃一点东西以充饥 makan sekadar menghilangkan rasa lapar)

3.

Orang yang suka minum arak ialah orang yang ...

a)

kaki bangku (不会踢球 tidak pandai bermain bola sepak)

b)

kaki botol (酒鬼 suka minum minuman keras)

4.

Pak Cik Lim _____________ di atas katil kerana terlalu letih.

a)

tidur mati (熟睡/酣睡 tidur yang sangat lena / nyenyak)

b)

tidur-tidur ayam (睡不熟/易醒/浅眠 Tidur yang tidak lena ataupun tidak nyenyak)

5.

Halim digelar _________________ kerana dia selalu mengganggu orang lain.

a)

kacang hantu (捣蛋的人 orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain)

b)

kutu embun (夜游者 orang yang suka merayau-rayau hingga larut malam)

6.

Keluarga Encik Afiqri ___________ di tepi pantai.

a)

naik angin (很生气 terlalu marah)

b)

makan angin (旅游、游玩 melawat ke suatu tempat untuk tujuan bersiar-siar)

7.

Aqish diejek _____________ kerana dia tidak pandai bermain bola sepak.

a)

kaki bangku (不会踢球的人 tidak pandai bermain bola)

b)

kaki lima (走廊bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah)

8.

10. Aiman _________________mendengar bebelan kakaknya.

a)

sakit telinga (听起来令人不舒服的话 benci mendengar sesuatu)

b)

berat mulut (沉默寡言 pendiam atau tidak suka bercakap banyak)

9.

Pilih simpulan bahasa berpandukan gambar.

a)

kera sumbang (独来独往 orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain)

b)

kutu embun (夜游者 orang yang suka merayau-rayau hingga larut malam)

10.

Perwira ______________ untuk menyelamatkan dunia.

a)

berhati waja (不容易失望 terus berusaha dan tidak mudah putus asa)

b)

hati batu (固执 degil atau keras hati)

11.

Sin Ling _______________ setelah gagal dalam pertandingan selama beberapa kali.

a)

putus asa (失望、灰心 hilang harapan kecewa)

b)

putih hati (有诚心/ 诚实 ikhlas; jujur)

12.

Akhirnya, kemenangan pertandingan bola sepak ___________________ Aiman kerana dia sangat rajin berlatih.

a)

dalam tangan (胜利在握 sudah pasti akan diperoleh)

b)

durian runtuh (意外收获 keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka)

13.

Peperangan itu tamat setelah pihak lawan mengibarkan _______.

a)

kaki lima (走廊bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah)

b)

bendera putih (投降,认输 mengaku kalah)

14.

Nina dikatakan _______ kerana mengambil semula hadiah yang diberikan kepada kawannya.

a)

buruk siku (出尔反尔 / 拿回送人的物品 mengambil semula barang yang telah diberikan kepada seseorang)

b)

bidan terjun (候补 ganti orang melakukan kerja)

15.

Liyana _______ apabila memperoleh sebuah televisyen dalam cabutan bertuah itu.

a)

langkah kiri (倒霉 malang)

b)

langkah kanan (好运 bernasib baik)

16.

Apakah simpulan bahasa berdasarkan gambar tersebut?

a)

tangan terbuka (欢迎 menyambut sesuatu dengan senang hati / 喜欢帮助人,乐意 menerima sesuatu dengan senang hati)

b)

panjang tangan (小偷 orang yang suka mencuri)

17.

Jia Lin bersikap _________________ apabila melihat dua orang kawan bergaduh.

a)

atas pagar (不偏袒任何一方 seseorang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak)

b)

naik angin (生气 tidak dapat mengawal diri kerana sangat marah)

18.

Ibu bapa yang bertanggungjawab mestilah __________ tentang pergaulan anak-anak mereka.

a)

beri muka (过度地放纵某人 memberikan kebebasan atau memanjakan seseorang)

b)

ambil berat (关心或重视某件事情 beri perhatian)

19.

Amir menjadi ___________________ dalam perlawanan bola

a)

bidan terjun (候补/ 临时唤来代替某人职务的人 ganti orang melakukan kerja)

b)

naik darah (生气 naik angin )

20.

Angelina memang ____________________ kerana tidak pandai menyimpan rahsia.

a)

buah mulut (话题 perkara yang menjadi perbualan orang ramai)

b)

mulut tempayan (不能保守秘密的人 orang yang tidak dapat menyimpan rahsia)

21.

Syarikat FET terpaksa ____________________ akibat

mengalami kerugian yang besar.

a)

gulung tikar (倒闭 tutup perniagaan kerana rugi, bankrap, muflis)

b)

lepas tangan (不管 / 不愿意负责 tidak mahu mengambil tahu, tidak mahu bertanggungjawab dalam sesuatu perkara)

22.

Penduduk sekalian ___________________ untuk memilih Encik Tan sebagai pengerusi .

a)

khabar angin (谣言 berita yang belum tentu benarnya)

b)

bulat hati (立场坚定 ikhlas / tetap hati / melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh / azam yang kuat)

23.

“ ___________________ betul kamu ini, sudah berkali-kali aku melarang tetapi kamu buat juga,” kata Pak Soh dengan geram kepada budak itu.

a)

hidung tinggi ( 骄傲 orang yang sombong)

b)

keras kepala 固执 (degil / tidak mahu menurut / mempunyai azam yang kuat / tidak mahu mengalah)

24.

Tempat pertama sudah pasti ____________________ Lucas

kerana jumlah markahnya paling tinggi.

a)

dalam tangan (胜利在握 sudah pasti akan diperoleh)

b)

bahasa dalam ( 宫廷用语bahasa istana yang digunakan oleh kerabat diraja)

25.

Encik Ling telah membawa keluarganya ____________________

di Pulau Pangkor Ahad lalu.

a)

makan darah (剥削他人orang yang mengambil keuntungan yang berlipat ganda; peniaga yang meletakkan harga barang dengan sangat tinggi)

b)

makan angin (旅游、游玩 melawat ke suatu tempat untuk tujuan bersiar-siar)

26.

Kebanyakan kanak-kanak di kampung ber________ketika bermain bola sepak.

a)

kaki ayam (没穿鞋 tidak memakai kasut)

b)

angkat kaki (溜走;逃走;逃之夭夭 melarikan diri)

27.

Yusuf ditegur oleh Cikgu Hazlin kerana tulisannya_____.

a)

ambil hati (讨人欢心/心存芥蒂 menyenangkan hati seseorang / berasa tersinggung)

b)

cakar ayam (字体潦草 tulisan yang sangat buruk)

28.

Yu Han dapat menjawab soalan-soalan yang susah itu kerana dia _________.

a)

otak cair (聪明伶俐 cerdik / pandai / bijak)

b)

otak udang (笨 bodoh / tidak pandai)

29.

David seperti ____________________ kerana dia tidak suka bercampur dengan kawan-kawannya.

a)

kera sumbang (性情孤僻, 不喜交际的人 orang yang tidak suka bercampur gaul dengan orang lain)

b)

berat mulut (沉默寡言 pendiam atau tidak suka bercakap banyak)

30.

Azmi hanya melihat rakan-rakannya bermain bola di padang . Dia seorang _______________________.

a)

kaki bangku (不会踢球的人 tidak pandai bermain bola)

b)

kaki ayam (没穿鞋 tidak memakai kasut)