wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Istana BM PT3 - Cikgu Ross

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

"Mengapakah ... bersedih"? tanya Hang Tuah kepada Hang Jebat.

a)

tuan hamba

b)

beta

c)

hamba

d)

patik

2.

"... berjanji akan membangunkan kawasan ini", titah Sultan Sulaiman.

a)

Baginda

b)

Beta

c)

Hamba

d)

Patik

3.

Baginda telah ... untuk merasmikan kempen masyarakat penyayang yang akan diadakan di Kompleks Sukan Rakan Muda pada minggu hadapan.

a)

berkenan

b)

bersiram

c)

bersemayam

d)

bertitah

4.

Raja akan ... sekiranya rakyat baginda mengingkari perintahnya.

a)

gering

b)

murka

c)

masyghul

d)

mangkat

5.

Yang Dipertuan Agong telah ... untuk merasmikan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan.

a)

merafak sembah

b)

menjunjung kasih

c)

memohon perkenan

d)

mencemar duli

6.

"Beta ingin ... sekarang kerana hari sudah larut malam," titah Sultan kepada pegawai istana baginda.

a)

bersiram

b)

beradu

c)

bersantap

d)

bersemayam

7.

Sultan Alauddin yang mangkat itu akan ... dengan penuh adat istiadat diraja.

a)

dikuburkan

b)

disemadikan

c)

dimakamkan

d)

dikebumikan

8.

Sultan Iskandar berasa badannya melekit setelah pulang berburu. Oleh itu, baginda perlu ...

a)

bersantap

b)

beradu

c)

bersemayam

d)

bersiram

9.

"Tuan Puteri, izinkan ... ke taman untuk memetik bunga mawar itu," kata dayang kepada Puteri Intan.

a)

beta

b)

patik

c)

adinda

d)

kakanda

10.

Perkataan "masyghul" dalam bahasa istana bermaksud ...

a)

gembira

b)

sakit

c)

sedih

d)

makas

11.

"Tarian yang ... persembahkan di hadapan ... merupakan tarian istana Melayu zaman silam," kata Norliza kepada pemberita,

a)

aku ... tuanku

b)

patik ... tuanku

c)

saya ... baginda

d)

hamba ... baginda

12.

"Tuanku Permaisuri ada di kamarnya? ... ingin berjumpa dengan ...." tanya Amran kepada pengawal istana.

a)

hamba ... baginda

b)

saya ... beliau

c)

hamba ... beta

d)

baginda ... hamba

13.

"Permaisuri sedang ... bersama-sama keluarga ... ," kata dayang kepada Laksamana.

a)

bersiram ... baginda

b)

bersantap .... beta

c)

beradu ... baginda

d)

bersantap ... baginda

14.

Sultan Pahang ... gelaran Datuk Kelana sebutir pingat kerana jasa-jasanya.

a)

menganugerahkan

b)

menganugerahi

c)

menghadiahkan

d)

menghadiahi

15.

"Sultan amatlah risau akan ancaman lanun di Persiaran Selat Melaka lalu ... menitahkan ... menangkap lanun-lanun itu segera," Kata Bendahara Tun Perak kepada Laksamana Hang Tuah.

a)

hamba ... tuan hamba

b)

baginda ... tuan hamba

c)

beta ... tuan hamba

d)

patik ... tuan hamba