Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Adjektif Tingkatan 1

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.
Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________.
a)
tinggi
b)
besar
c)
kontot
d)
panjang
2.
Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
a)
serak
b)
garau
c)
merdu
d)
nyaring
3.
Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga
yang dikupasnya itu.
a)
geli
b)
haru
c)
kelam
d)
gundah
4.
Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak
wangi yang ________ itu .
a)
busuk...tengik
b)
hanyir...wangi
c)
hapak...harum
d)
hancing...busuk
5.

Perahu nelayan itu telah dihanyutkan oleh arus _________________.

a)

laju

b)

deras

c)

kencang

d)

pantas

6.

Ayah selalu menasihati abang supaya memandu kereta dengan ______________.

a)

cermat

b)

baik

c)

bijak

d)

teliti

7.

Bunyi letupan itu amat _____________ sehingga menggegarkan bangunan yang berdekatan.

a)

kuat

b)

bising

c)

teguh

d)

hebat

8.

Daging kambing panggang itu tidak dapat dimakan kerana terlalu ______________.

a)

keras

b)

liat

c)

empuk

d)

lembut

9.

Kakinya terasa _____________ kerana terlalu jauh berjalan.

a)

lemau

b)

lenguh

c)

lembik

d)

kecut

10.

Semua seluarnya sudah menjadi _____________ kerana badannya sudah berisi.

a)

ketat

b)

besar

c)

singkat

d)

longgar

11.

Air sungai itu ______________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.

a)

jernih

b)

hitam

c)

kotor

d)

bersih

12.

Suasana di Kampung Semarak sungguh ___________ dan tenang.

a)

sibuk

b)

damai

c)

serabut

d)

gembira

13.

Motosikal yang dipandu laju itu _______________ melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.

a)

jauh

b)

cepat

c)

dekat

d)

nyaris

14.

Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Teluk Cempedak.

a)

luas

b)

sempit

c)

senang

d)

besar

15.

Dahi adik kelihatan _____________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.

a)

bengkok

b)

bengkak

c)

botak

d)

lompong

16.

Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada ______________ pemandunya.

a)

kelajuan

b)

kelalaian

c)

keberanian

d)

kesibukan

17.

Asap ______________ meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran.

a)

tebal

b)

nipis

c)

berkilat

d)

berwarna

18.

Biskut coklat yang dibeli oleh emak sungguh enak dan ___________.

a)

rangup

b)

lemau

c)

rapuh

d)

hangit

19.

Puan Maisarah menyediakan makanan yang ____________ untuk keluarganya.

a)

elok

b)

lazat

c)

hebat

d)

basi

20.

Pada hari minggu, Albert Lim menonton televisyen hingga _____________ malam.

a)

hari

b)

larut

c)

gelap

d)

nampak