WorksheetsTOKOH TEMPATAN
Total questions: 18
Worksheet time: 13mins
Antanom telah mendirikan kubu pertahanan di _____________ bagi menyerang tentera Syarikat Borneo Utara British.
Sungai Rejang
Sungai Skrang
Sungai Selangit
Sungai Pahang
Pejuang tempatan bernama Dato' Maharaja Lela dikaitkan dengan negeri
Johor
Perak
Selangor
Pahang
Di manakan Tok Janggut telah terkorban dalam pertempuran dengan pihak British?
Pasir Salak, Perak
Kampung Saring, Kelantan
Jeram Ampai, Pahang
Seri Menanti, Negeri Sembilan
Tokoh ini menentang campur tangan British dalam pentadbiran Klang dan perusahaan bijih timah. Beliau juga tidak berpuas hati dengan pelantikan Tunku Kudin sebagai Yamtuan Selangor. Siapakah beliau?
Dato' Maharaja Lela
Haji Abdul Rahman Limbong
Dol Said
Raja Mahadi
Mereka ini dikenali sebagai Tokoh Kedamaian kerana mereka tidak menggunakan kekerasan ketika menentang penjajah, KECUALI
Pak Sako
Tun Tan Cheng Lock
S.A. Ganapathy
Haji Abdul Rahman Limbong
Siapakah tokoh tempatan bagi Negeri Sembilan?
Dato' Maharaja Lela
Yamtuan Antah
Sharif Masahor
Mat Salleh
Mengapakah perjuangan tokoh-tokoh tempatan patut dihargai?
Mendapat pijian daripada semua orang
Kerana ingin mengaut keuntungan
Untuk menjadi terkenal
Berkorban demi bangsa dan negara
Saya menentang James Brooke yang meluaskan kuasa ke atas wilayah Sarikei dan mengambil alih kuasa pentadbir. Pada tahun 1855, saya telah menyerang Mukah. Saya berjaya mengusir keluar pembesar tempatan yang menyokong James Brooke. Saya bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim telah mengadakan kerjasama untuk menyerang Kuching. Saya tidak dapat mengalahkan pasukan tentera Charles Brooke,anak saudara James Brooke dan berundur ke Mukah. Pada tahun 1861, saya ditewaskan dan dibuang negeri ke Singapura. Setelah dibebaskan, saya menuju ke Selangor untuk membantu Raja Mahadi dalam perang saudara yang dikenali sebagai Perang Klang.
Sharif Masahor
Dol Said
Mat Salleh
Rentap
Saya menentang British kerana penguatkuasaan undang-undang binatang buas,peraturan tanah baharu dan pas kebenaran untuk menjalankan aktiviti pertanian. Pada tahun 1922, saya bertindak sebagai peguam untuk membela petani di Kuala Telemong yang ditangkap kerana menentang peraturan baharu. Pihak British juga telah mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas kami yang enggan membayar cukai. Ancaman British untuk mengambil tindakan undang-undang menyebabkan para petani telah menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang. Pihak British telah melancarkan serangan dan saya telah ditangkap. Beliau dijatuhi hukuman buang negeri ke Mekah.
Sharif Masahor
Haji Abdul Rahman Limbong
Tok Janggut
Dato' Bahaman
Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menolak campur tangan kuasa luar dalam pentadbiran negara kita?
Untuk mengelakkan penjajahan
Mengekalkan kedaulatan negara kita
Untuk memecahbelahkan perpaduan kaum
Agar Malaysia menceroboh negara lain
Siapakah nama sebenar Pak Sako
Muhammad bin Limbong
Ishak Haji Muhammad
Roslan bin Razak
Raja Mahadi
Berikut adalah tokoh perjuangan yang tidak menggunakan senjata kecuali
Lily Eberwein
Tun Tan Cheng Lock
Haji Abdul Rahman Limbong
S A Ganapathy
Lily Eberwein dilantik menjadi ___________ di Pemaisuri Malay Girl's School
PK Pentadbiran
PK Kokurikulum
Pengetua
Guru Besar
Beliau membela nasib pekerja estet dan mengisytiharkan 1 Mei sebagai hari cuti bekerja.
S A Ganapathy
Tun Tan Cheng Lock
Pak Sako
Mat Salleh
