wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tahun 2 - Kata Ganti Nama Diri

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

"Ibu, bilakah ___________ boleh bermain di tepi pantai?" tanya Halim dan Jamil kepada ibunya.

a)

kamu

b)

kami

c)

mereka

2.

"Datuk dan nenek ____________ baru tiba dari kampung," kata Erni kepada Sujata.

a)

awak

b)

saya

c)

dia

3.

Saya dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan adik bongsu ayah. _______________ memakai pakaian berwarna sedondon.

a)

Kami

b)

Kamu

c)

Mereka

4.

"Di manakah rumah sepupu ___________?" tanya pemandu teksi itu kepada Faris.

a)

kamu

b)

saya

5.

"Marilah makan buah-buahan ini. __________ bawa dari kampung," kata Jian Hui kepada rakan-rakannya.

a)

Kami

b)

Saya

6.

Azman tidak pergi ke sekolah pada hari ini kerana _________ demam.

a)

dia

b)

kamu

7.

Murid-murid itu sedang giat berlatih (努力练习) kerana ___________ akan menyertai pertandingan hoki pada minggu hadapan.

a)

dia

b)

mereka

8.

"Jangan buka kertas soalan ini sebelum _________ arahkan," kata Cikgu Tan kepada murid-muridnya.

a)

dia

b)

saya

9.

"Ibu, wang saku ____________hilang," kata Umair kepada ibunya.

a)

kita

b)

kami

c)

saya

d)

mereka

10.

Darus dan Intan bersahabat baik. ___________ tinggal sekampung (同一个村子).

a)

Dia

b)

Kita

c)

Kami

d)

Mereka

11.

"Jika _____________ ada masalah, sila jumpa saya," kata Cikgu Sarah kepada Amir.

a)

mereka

b)

awak

c)

kami

d)

dia

12.

Salmi murid tahun enam. ____________ berharap untuk mendapatkan 5A dalam UPSR.

a)

Mereka

b)

Kami

c)

Awak

d)

Dia

13.

______________ adalah guru besar sekolah Imran.

a)

Dia

b)

Mereka

c)

Beliau

d)

Awak

14.

Ayah pergi ke Ipoh. _____________ ada urusan di sana.

a)

Mereka

b)

Beliau

c)

Kami

d)

Kamu

15.

Sani, Yuna dan Genesan lewat sampai ke sekolah kerana bas ________________ rosak.

a)

kami

b)

mereka

16.

Alam sekitar perlu ___________ pelihara supaya sentiasa bersih.

a)

kita

b)

kamu

17.

"Di manakah ______________ buang sampah tadi?" tanya emak kepada Suhana.

a)

kami

b)

awak

18.

"_____________ bekerjasama membersihkan rumah pada setiap hujung minggu,” kata Devi dan Devan kepada Xiao Ling.

a)

Kami

b)

Mereka

19.

"Mengapakah ___________ belum bersiap-siap (准备) lagi?" tanya ayah kepada Umir.

a)

kamu

b)

saya

20.

"__________ pernah melawat Taman Negara Bako?" tanya Rehan kepada Wendi.

a)

Kamu

b)

Saya