wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz PJK Tingkatan1

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Tiga bahan kimia yang boleh merosakkan paru-paru akibat menyedut asap rokok adalah seperti berikut KECUALI

a)

Nikotin

b)

Karbon Monoksida

c)

Enfisima

d)

Tar

2.

Aktiviti fizikal hendaklah dilakukan setiap hari. Apakah faedah utama yang diperolehi daripada aktiviti ini ?

a)

Membantu jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah kekal sihat.

b)

Menjadikan badan kita lebih kurus dan menarik.

c)

Dapat mengempiskan perut yang buncit.

d)

Memudahkan sistem perkumuhan kita berfungsi dengan betul.

3.

Penyakit Taun ialah sejenis penyakit yang boleh menyebabkan sakit usus yang teruk di mana seseorang pengidap penyakit itu muntah dan cirit- birit atau kadang-kadang pengsan. Apakah NAMA lain untuk penyakit itu ?

a)

Kolera

b)

Demam Kura

c)

Denggi Berdarah

d)

Rubella

4.

Penyakit anemia ialah penyakit

a)

mengantuk

b)

lebih sel darah putih

c)

kekurangan darah

d)

kurang selera makan

5.

Bagaimanakah mengurangkan pengambilan lemak ?

a)

Makan banyak lemak ayam dan daging

b)

Gunakan santan sedikit dalam masakan

c)

Pilih makanan segar seperti buah-buahan

d)

Gunakan kaedah memasak secara menggoreng dan menumis

6.

Tanda-tanda keracunan makanan ialah?

a)

loya dan muntah

b)

sakit perut dan cirit-birit

c)

batuk

d)

sakit tekak

7.

Apakah kesan-kesan buruk yang dialami oleh perokok?

a)

Peluh berbau

b)

Nafas berbau

c)

Kurang daya tahan penyakit

d)

Kurang selera makan

8.

Vitamin apakah yang berfungsi merangsang penyerapan kalsium bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat ?

a)

Vitamin A

b)

Vitamin D

c)

Vitamin E

d)

Vitamin K

9.

Penderaan pada kanak-kanak sebenarnya boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan individu tersebut. Manakah di antara berikut TIDAK ada kaitan dengan penderaan kanak-kanak?

a)

Gangguan perkembangan mental

b)

Kecacatan konginatal

c)

Kerosakan organ tubuh

d)

Gangguan emosi

10.

Diet bagi orang yang berusia 50 tahun ke atas, lebih tertumpu kepada bahan-bahan yang mengandungi _______________-

a)

Kalsium & zat besi

b)

Vitamin & protin

c)

Vitamin & garam galian

d)

Lemak & karbohidrat