wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sejarah F4 Bab2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme

a)

Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara

b)

Perasaan yang membenci penjajah

c)

Semangat berjuang tinggi untuk mencapai matlamat

d)

Perjuangan menentang penjajah dengan pelbagai cara

2.

Dalam konteks melayu sebelum merdeka nasionalisme digunakan untuk merujuk kepada perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negeri sendiri penyataan di atas merupakan pendapat tokoh

a)

Hans Kohn

b)

Dr. R. Suntharalingam

c)

Profesor William R. Roff

d)

Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim

3.

Jadual berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di eropah pada abad ke 17 dan abad ke 18


1688- revolusi keagongan di England

1789 - revolusi Perancis


Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah

a)

Kuasa rakyat terjejas

b)

Ideologi Komunis terhalang

c)

Kuasa raja mutlak diperkukuh

d)

Kerajaan berpelembagaan ditegakkan

4.

Peristiwa x merupakan titik tolak kepada perkembangan nasionalisme di India


peristiwa x ialah

a)

Satyagraha

b)

Semangat Bushido

c)

Dahagi India 1857

d)

Gerakan Islah

5.

Nasionalisme di Jepun digerakkan oleh sikap masyarakat Jepun yang sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Satyagraha

b)

Kamikaze

c)

Al-Urwah al-Wuthqa

d)

Semangat Bushido

6.

Perkembangan nasionalisme di Burma (Myanmar) pada mulanya digerakkan oleh golongan kelas pertengahan pendidikan barat berikutan pengaruh British yang mengancam kedudukan agama Buddha. Hal ini menyebabkan mereka menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.

Apakah isu yang digunakan oleh persatuan tersebut Untuk membangkitkan nasionalisme

a)

Isu kesihatan

b)

Isu kebajikan

c)

Isu kasut

d)

Isu baju

7.

Nasionalisme di Vietnam muncul akibat perubahan sosial politik dan sosial ekonomi selepas kedatangan Perancis. Gerakan nasionalisme Vietnam selepas perang dunia pertama bercorak revolusi yang didokong oleh dua ideologi iaitu:


I nasionalisme

II kapitalisme

III demokrasi

IV komunisme

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Berikut berkaitan dengan pemerintah Thailand.


Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn

-memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Thailand


Mengapakah pemerintah Thailand mengambil tindakan tersebut

a)

Menyaingi kuasa besar

b)

Mengukuhkan kuasa Rakyat

c)

Mengekalkan kedaulatan negara

d)

Memantapkan kedudukan parlimen

9.

Nyatakan faktor-faktor kemunculan nasionalisme pada abad ke-20 di Tanah Melayu

I karya asing

II sistem sosial

III peranan agama

IV sistem pendidikan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Tokoh X merupakan graduan lulusan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Baginda bertugas sebagai pegawai kerajaan yang menuntut pihak British supaya membaiki taraf hidup orang Melayu serta memberi peluang orang Melayu bekerja dalam jabatan kerajaan.

Siapakah tokoh X?

a)

Haji Abbas Muhammad Taha

b)

Raja Chulan Raja Abdullah

c)

Syed Syeikh al-hadi

d)

Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin

11.

Akhbar dan majalah turut memainkan peranan dengan mengetengahkan isu hak dan masa depan penduduk Tanah Melayu. Antaranya ialah Jelutung Press.

Apakah kesan daripada penubuhannya

a)

Memakmurkan ekonomi

b)

Menggalakkan persaudaraan Islam

c)

Mengembangkan fahaman demokrasi

d)

Menyemarakkan kegiatan nasionalisme

12.

Senarai berikut merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua.


Rumah Besar Tiang Sebatang

Cerita Awang Putat

Di sini Kita Bukannya Orang Dagang.

Apakah tema cerpen tersebut

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Memperjuangkan nasib bangsa

d)

Mengurangkan pengaruh golongan radikal

13.

Pernyataan di bawah merujuk kepada sajak 'Anak Merdeka'


"Wahai anak bangsa yang lahir dari rahim perjuangan!

Bangunlah dari mimpi ngeri mu, Jejakkan dirimu kepada semangat juang pada pertiwi"


Apakah maksud rangkap puisi tersebut

a)

Menggerakkan anak bangsa yang berjiwa pejuang supaya bangkit berjuang dari kelalaian untuk terus membara membela nasib negara seperti yang diperjuangkan tokoh terdahulu

b)

Menggerakkan anak bangsa yang berjiwa pejuang kepala desa dan lalai daripada membela nasib bangsa nasib sendiri

c)

Memastikan anak bangsa melenyapkan semangat nasionalisme dengan membenci tanahair

d)

Menggerakkan anak bangsa yang berjiwa berjuang supaya tunduk kepada permintaan penjajah

14.

Berikut merujuk kepada Persatuan yang ditubuhkan pada awal abad ke-20

-X menggalakkan ahlinya untuk bersatu dan bertukar-tukar pendapat.


Apakah x

a)

KMS

b)

KMM

c)

PASPAM

d)

Persatuan Melayu Sarawak

15.

Perkembangan nasionalisme di negara kita meninggalkan kesan yang dapat dilihat dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Dari segi sosial untuk lepasan SITC yang terdiri daripada guru wanita.


Apakah yang dihasratkan oleh ibu Zain dalam majalah bulan Melayu

a)

Wanita tidak perlu mempertahankan tanah air kerana mempunyai tanggungjawab mengemas rumah tangga

b)

Wanita boleh mengangkat senjata sekiranya diperlukan

c)

Wanita hanya perlu memberi semangat kepada perjuangan lelaki

d)

Mengingatkan wanita tentang kepentingan ilmu pengetahuan untuk mengangkat martabat wanita

16.

Apakah iktibar yang boleh diperolehi daripada kebangkitan nasionalisme

a)

Gerakan nasionalisme dapat membentuk jati diri dan mengukuhkan identiti bagi sesebuah negara dan bangsa yang merdeka

b)

Memastikan nasionalisme dicapai melalui pertumpahan darah

c)

Mengalah bila dikuasai penjajah dengan mengurut pemerintahan penjajah

d)

Bertindak melulu tanpa mengadakan perbincangan dengan rakan seperjuangan

17.

Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan

a)

Tokoh nasionalis

b)

Pengalaman sejarah

c)

Latar belakang masyarakat

d)

Negara yang menjajah

18.

Berikut ada hasil karya John lLocke selepas penggubalan Bill of Rights.


"Two Treatises of Government"


Apakah yang dipopulerkan dalam karya tersebut?

a)

Sistem republik

b)

Raja berkuasa mutlak

c)

Demokrasi berparlimen

d)

Prinsip raja berperlembagaan

19.

Punca revolusi Amerika pada tahun 1776 ialah menentang

a)

Golongan raja

b)

Raha Louis XVI

c)

penjajahan British

d)

Golongan Bangsawan

20.

India telah mengistiharkan kemerdekaan negaranya pada 15 Ogos 1947.

Siapakah Perdana Menteri pertama India

a)

Mahatma Gandhi

b)

Gangadhar Tilak

c)

Jawaharlal Nehru

d)

Muhammad Ali Jinnah