wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN T4 (BAB 2- 2.1)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia (BNM)? (Pilih 2 jawapan )

a)

Menyediakan pelbagai perkhidmatan penerimaan wang

b)

Mengawal selia sistem pembayaran segera

c)

Memberikan pinjaman jangka panjang kepada perniagaan

d)

Memantau dan mengawal keadaan ekonomi

2.

Apakah itu deflasi?

a)

Satu keadaan di mana harga barang naik secara mendadak

b)

Satu fenomena kekurangan barang dan perkhidmatan di pasaran

c)

Satu keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan

d)

Satu keadaan di mana permintaan untuk barang dan perkhidmatan meningkat

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan isu serantau?

a)

Masalah yang berkaitan fungsi dan bidang kuasa kerajaan

b)

Masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara

c)

Masalah perniagaan di kawasan setempat

d)

Masalah yang melibatkan Malaysia dengan negara jiran

4.

Akta manakah yang bertujuan melindungi kepentingan pengguna?

a)

Akta Perhubungan Industri 1967

b)

Akta Perihal Dagangan 1972

c)

Akta Syarikat 1965

d)

Akta Perkongsian 1961

5.

Harga barang dan perkhidmatan meningkat secara berterusan. Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

a)

Menurunkan kadar cukai

b)

Meningkatkan peluang pekerjaan

c)

Menurunkan kadar faedah

d)

Meningkatkan kadar faedah

6.

Apakah kesan inflasi?

a)

Taraf hidup rakyat meningkat

b)

Kos sara hidup semakin meningkat

c)

Kuasa beli wang meningkat

d)

Pendapatan boleh guna meningkat

7.

Apakah langkah yang boleh diambil oleh kerajaan semasa keadaan infkasi? (Pilih 2 jawapan)

a)

Meningkatkan kadar faedah

b)

Menggalakkan orang ramai berbelanja lebih wang

c)

Memberikan susbsidi kepada pengeluar

d)

Mengurangkan kadar cukai pendapatan individu

8.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan akta perniagaan digubal? (Pilih 2 jawapan)

a)

Memastikan setiap perniagaan didaftarkan

b)

Memastikan barang dan perkhidmatan halal diniagakan

c)

Mengawal perjalanan aktiviti perniagaan

d)

Mengawal hubungan antara penjuak dan pembeli sesuatu produk

9.

Harga barang dan perkhidmatan meningkat secara berterusan. Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

a)

Menurunkan kadar faedah

b)

Meningkatkan peluang perniagaan

c)

Meningkatkan kadar faedah

d)

Menurunkan kadar cukai

10.

Maklumat di bawah ini menunjukkan dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


> Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

> Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)


Antara yang berikut, manakah yang merupakan bidang kuasa pihak-pihak di atas?

(pilih 2 jawapan)

a)

Merangka dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan setempat

b)

Mendaftar dan mengawal selia semua pemaju perumahan tempatan

c)

Menggubal undang-undang kecil berkaitan perniagaan

d)

Menguatkuasakan semua undang-undang jalan raya di sesuatu kawasan

11.

Antara yang berikut, manakah yang benar tentang faktor dalaman yang memacu perkembangan sesuatu perniagaan?

(pilih 2 jawapan)

a)

Kerajaan meluluskan undang-undang perniagaan yang baharu

b)

Pengurusan yang cekap dan berkesan

c)

Perniagaan mempunyai hubungan yang rapat dengan pembekal

d)

Pekerja mempunyai daya produktif yang tinggi

12.

Pernyataan manakah yang benar mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

a)

PBT ditubuhkan di bawah enakmen negeri

b)

PBT melaksanakan tanggungjawab sosial

c)

PBT melaksanakan aktiviti perniagaan tempatan

d)

PBT memainkan peranan penting melatih peniaga tempatan

13.

Pilih peranan yang benar tentang agensi terlibat dalam R & D berikut.

(Pilih 2 jawapan )

a)

SIRIM- Memastikan pembangunan produk yang berkualiti dan selamat

b)

MPOB- Meningkatkan nilai perkembangan keluaran berasaskan getah

c)

TNB Research- Menengan isu berkaitan dengan tenaga air dan elektrik negara

d)

MARDI- Meningkatkan produktiviti dan kualiti pertanian

14.

Manakah langkah yang akan diambil oleh pengguna bijak semasa keadaan inflasi?

a)

Mengurangkan perbelanjaan bagi barang keperluan

b)

Membeli barang semasa musim perayaan sahaja

c)

Meningkatkan pembelian barangan mewah

d)

Membuat perancangan kewangan yang terperinci

15.

Maklumat yang berikut menunjukkan dasar-dasar yang boleh dilaksanakan kerajaan pusat.


> Dasar fiskal

> Dasar Kewangan


Mengapakah kerajaan melaksanakan dasar-dasar tersebut?

a)

Untuk mengurangkan aliran masuk mata wang asing

b)

Untuk menjamin kedaan ekonomi yang stabil

c)

Untuk menggalakkan eksport barang tempatan

d)

Untuk meningkatkan permintaan barang keluaran tempatan