wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa - Kata Ganti Nama

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Semasa hayatnya, __________ telah berjuang menuntut kemerdekaan daripada British.

a)

ia

b)

dia

c)

beliau

d)

baginda

2.

3) “......... mohon maaf atas kesalahan,” kata Hang Tuah kepada Sultan Shah.

a)

Saya

b)

Beta

c)

Patik

d)

Kami

3.

8) “........... ingin masalah itu diselesaikan segera,” titah Sultan kepada pegawai istana.

a)

Aku

b)

Beta

c)

Baginda

d)

Tuanku

4.

.“Ampun__________, bolehkah _____mengiringi mereka ke sana?” tanya Tuah kepada Sultan Mahmud Shah.


a)

beta…hamba

b)

baginda…hamba

c)

yang mulia…beta

d)

tuanku…patik

5.

_______mesti berlatih bersungguh-sungguh jika ingin menentang_________,” kata ketua pasukan kepada sahabatnya.

a)

Awak… mereka

b)

Anda … aku

c)

Kita … mereka

d)

Awak … saya

6.

"Mengapakah _________ tidak memulangkan buku cerita saya?" tanya Halim kepada rakannya.

a)

kamu

b)

anda

c)

dia

d)

mereka

7.

" ___________ dikehendaki beratur sebelum ke kantin," kata Cikgu Razak.

a)

Kalian

b)

Kita

c)

Awak

d)

Mereka

8.

"Saya harap _____________ tidak membuat bising ketika berada di dalam perpustakaan," kata Cikgu Hairul kepada murid-murid.

a)

mereka

b)

beta

c)

kalian

d)

beliau

9.

"Ampun ___________, izinkan patik masuk mengadap," sembah laksamana kepada sultan.

a)

beta

b)

tuanku

c)

patik

d)

hamba

10.

Sultan Kelantan seorang raja berjiwa rakyat. _______________ sentiasa mengambil tahu masalah rakyat.

a)

Baginda

b)

Beliau

c)

Dia

d)

Mereka

11.

"_____________ akan laksanakan segala perintah tuanku," sembah Laksamana Hang Tuah.

a)

Patik

b)

Beta

c)

Saya

d)

Aku

12.
“............mahu pelabuhan ini disiapkan dengan segera,”kata Syahbandar kepada Temenggung.
a)
Patik
b)
Saya
c)
Hamba
d)
Dia
13.
“.................mesti bermain bermati-matian untuk memenangi perlawanan ini,” kata kapten pasukan bola sepak itu kepada rakan-rakannya.
a)
Mereka
b)
Kami
c)
Kamu
d)
Kita
14.
“...............akan memastikan negeri Melaka ini akan terus aman dan makmur,”titah Sultan Melaka kepada rakyat jelata.
a)
Saya
b)
Patik 
c)
Hamba
d)
Beta
15.
"Azim, Hafiz dan Badrul tidak hadir semalam kerana __________ ketinggalan bas," kata ketua kelas kepada Cikgu Musa.
a)
mereka
b)
beliau
c)
awak
d)
dia
16.

"Cikgu Rashidah menyuruh __________ menghantar borang senarai semak UPSR dengan segera," kata Musyidah kepada kawan-kawannya.

a)

saya

b)

kamu

c)

kita

d)

kalian

17.

"_____ akan berjumpa dengan Cikgu Siti pada petang nanti" kata David kepada Siva.

a)

Saya

b)

Beta

c)

Patik

d)

Kami

18.

"Siti, _______ suka membantu ibu mengemas di rumah? ," tanya Cikgu Aini.

a)

saya

b)

dia

c)

kamu

d)

kita

19.

_______ sedang menyampaikan maklumat terkini tentang wabak Covid 19.

a)

Dia

b)

Kamu

c)

Beliau

d)

Baginda

20.
Yang Di-Pertuan Agung berkenan untuk menghadiri Majlis itu. ____________ diiringi Raja Permaisuri Agong.
a)
Baginda
b)
Beta
c)
Patik
d)
Beliau