NEW
Font size
WorksheetsPERJUANGAN TOKOH TEMPATAN MENENTANG BRITHISH
Total questions: 10
Worksheet time: 3hrs 30mins
Saya menentang British bagi mempertahankan kedaulatan Naning. Saya menentang pelaksanaan undang-undang British dan bayaran cukai. Pada tahun 1831, Saya berjaya mengalahkan British dengan menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan pembesar dari daerah Seri Menanti, Sungai Ujong,Johol dan Muar. Pada tahun 1832, British bertindak menawan pusat pentadbiran Naning dan membakar rumah penduduk. British terpaksa membelanjakan 100 ribu Paun Sterling untuk mengalahkan Saya. British hanya dapat menewaskan Saya dalam serangan yang ketiga. Pada tahun 1832, Saya telah ditewaskan dan tinggal dalam buangan di Melaka.
Dato' Maharaja Lela
Dol Said
Sharif Masahor
Yamuan Antah
Saya menentang James Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun dan telah menghapuskan petempatan mereka. James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasai pergerakan orang Iban. Pada tahun 1853, saya menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan mencapai kejayaan. Saya membina kubu pertahanan di Bukit Sadok. Ramai pahlawan Iban yang menyokong saya. Pertempuran yang sengit berlaku antara saya dan James Brooke di Bukit Sadok. Saya telah berundur ke Sungai Entabai dan tidak dapat dikesan selepas itu.
Antanom
Mat Salleh
Rentap
Sharif Masahor
Saya menentang James Brooke yang meluaskan kuasa ke atas wilayah Sarikei dan mengambil alih kuasa pentadbir. Pada tahun 1855, saya telah menyerang Mukah. Saya berjaya mengusir keluar pembesar tempatan yang menyokong James Brooke. Saya bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim telah mengadakan kerjasama untuk menyerang Kuching. Saya tidak dapat mengalahkan pasukan tentera Charles Brooke,anak saudara James Brooke dan berundur ke Mukah. Pada tahun 1861, saya ditewaskan dan dibuang negeri ke Singapura. Setelah dibebaskan, saya menuju ke Selangor untuk membantu Raja Mahadi dalam perang saudara yang dikenali sebagai Perang Klang.
Sharif Masahor
Dol Said
Mat Salleh
Rentap
Saya menentang British kerana British memperkenalkan sistem cukai baharu dan campur tangan dalam adat resam orang Melayu. Sultan Abdullah, saya dan pembesar-pembesar lain telah mengambil keputusan untuk membunuh J.W.W. Birch. Saya dan Seputum telah membunuh J.W.W. Birch. Saya telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada tahun 1877.
Tok Janggut
Dato' Bahaman
Yamtuan Antah
Dato' Maharaja Lela
Saya menentang British kerana tidak bersetuju dengan perjanjian antara British dengan Dato’ Kelana Sungai Ujong. Saya juga tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Kelana yang mengishtiharkan Terachi sebagai wilayahnya. Saya telah menawan Paroi dan membina kubu pertahanan. Pihak British berjaya mengalahkan pasukan saya. Saya terpaksa berundur ke Bukit Putus. Saya dan British telah mengadakan rundingan perdamaian.Saya telah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.
Yamtuan Antah
Dol Said
Sharif Masahor
Dato' Bahaman
Saya menentang British disebabkan kehilangan hak mengutip cukai dan dilucutkan gelaran sebagai pembesar. Pada tahun 1891, saya menyerang Balai Polis Lubuk Terua dan menawan kembali Lubuk Terua dengan bantuan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau. Pada Tahun 1894, saya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Saya terpaksa berundur ke Kelantan dan mendapat perlindungan di Chiengmai, Thailand.
Dol Said
Dato' Bahaman
Tok Janggut
Dato' Maharaja Lela
Saya menentang British disebabkan cukai dan peraturan tanah baharu yang membebankan. Pada tahun 1915, saya telah melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh. Pihak British bertindak menyerang saya yang berkubu di Kampumg Saring. Saya terkorban dalam pertempuran itu.
Tok Janggut
Yamtuan Antah
Haji Abdul Rahman Limbong
Dato' Bahaman
Saya menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kerana kehilangan kawasan pengaruh. Saya membantah cukai yang dikenakan serta peraturan baharu yang membebankan. Pada tahun 1897, saya telah mendirikan kubu di Ranau dan menyerang Pulau Gaya dan Ambong. saya telah ditewaskan di Tambunan dan dikatakan telah terkorban.
Rentap
Antanom
Mat Salleh
Sharif Masahor
Saya menentang (SBUB) kerana kehilangan kuasa dan pengaruh, menentang pembayaran cukai yang dikenakan, menjadikan orang Murut sebagai buruh paksa dan menceroboh kawasan hutan orang Murut untuk membina jalan. Saya telah menyatukan orang Murut untuk menentang SBUB. Pada tahun 1915, saya telah menyerang Pensiangan dan membina kubu di Sungai Selangit. Saya terkorban dalam pertempuran di Sungai Selangit.
Sharif Masahor
Mat Salleh
Rentap
Antanom
Saya menentang British kerana penguatkuasaan undang-undang binatang buas,peraturan tanah baharu dan pas kebenaran untuk menjalankan aktiviti pertanian. Pada tahun 1922, saya bertindak sebagai peguam untuk membela petani di Kuala Telemong yang ditangkap kerana menentang peraturan baharu. Pihak British juga telah mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas kami yang enggan membayar cukai. Ancaman British untuk mengambil tindakan undang-undang menyebabkan para petani telah menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang. Pihak British telah melancarkan serangan dan saya telah ditangkap. Beliau dijatuhi hukuman buang negeri ke Mekah.
Sharif Masahor
Haji Abdul Rahman Limbong
Tok Janggut
Dato' Bahaman
