wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata sama Maksud

Total questions: 50

Worksheet time: 2hrs 39mins

Name
Class
Date
1.

Nelayan-nelayan itu tidak akan turun ke laut selagi ombak belum teduh.


Perkataan seerti /sama maksud bagi teduh ialah

a)

reda

b)

naik

c)

pasang

d)

kocak

2.

Ramli berasa kurang senang kerana pendapatnya sering disanggah.

Perkataan seerti bagi disanggah ialah

a)

ditegur

b)

diherdik

c)

dibantah

d)

ditengking

3.

Puan Ida membantah keras cadangan suaminya untuk berpindah ke rumah baru.

Perkataan seerti bagi keras ialah

a)

kasar

b)

tegas

c)

segera

d)

marah

4.

Persatuan belia di kampung saya mengadakan bengkel menganyam tikar.

Perkataan seerti bagi menganyam ialah

a)

menjalin

b)

membuat

c)

menyusun

d)

menyulam

5.

Perigi itu menjadi tohor akibat banjir lumpur.

Perkataan seerti bagi tohor ialah

a)

luas

b)

cetek

c)

halus

d)

sempit

6.

Penonton tergelak apabila melihat persembahan badut itu.

Perkataan seerti bagi tergelak ialah

a)

tertawa

b)

terbeliak

c)

tersenyum

d)

terperanjat

7.

Ismail dan rakannya sedang menunggu Amin di perhentian bas.

Perkataan seerti bagi menunggu ialah

a)

menengok

b)

menanti

c)

menjemput

d)

menyambut

8.

Nenek mengunyah sirih sehingga hancur sebelum menelannya.

Perkataan seerti bagi mengunyah ialah

a)

menyiat

b)

menggigit

c)

mengoyak

d)

memamah

9.

Ahli Jawatankuasa Kebajikan telah mengesyorkan perkara itu dalam mesyuarat yang lalu.

Perkataan seerti bagi mengesyorkan ialah

a)

melaporkan

b)

merakamkan

c)

menyarankan

d)

mengisytiharkan

10.

Bingit telinga saya mendengar jerit pekik para penonton di stadium itu.

Perkataan seerti bagi Bingit ialah

a)

Kasar

b)

Bising

c)

Lantang

d)

Gempita

11.

Perompak itu telah diberkas oleh polis setelah berlaku kejadian tembak-menembak.

Perkataan seerti bagi diberkas ialah

a)

diikat

b)

dihalau

c)

ditambat

d)

ditangkap

12.

Setelah paras air mulai susut mangsa banjir pun pulang ke rumah masing-masing.

Perkataan seerti bagi susut ialah

a)

lisut

b)

surut

c)

kecut

d)

kurang

13.

Peserta kita telah kalah dalam pertandingan bahas pagi tadi.

Perkataan seerti bagi kalah ialah

a)

punah

b)

binasa

c)

tewas

d)

hancur

14.

Sewaktu berjalan ke rumah neneknya, Alimin terlanggar banir pokok durian.

Perkataan seerti bagi terlanggar ialah

a)

terkena

b)

tergesel

c)

terhalang

d)

tersadung

15.

Pihak pengurusan akan menyaring semua pemohon yang akan diambil bekerja.

Perkataan seerti bagi menyaring ialah

a)

menapis

b)

menekan

c)

memeriksa

d)

menyunting

16.

Ibu menghela adik yang malas mandi pagi ke bilik air.

Perkataan seerti bagi menghela ialah

a)

menarik

b)

menolak

c)

membawa

d)

mendorong

17.

Badan ayah berpeluh selepas memotong rumput di halaman rumah.

Perkataan seerti bagi berpeluh ialah

a)

berkeringat

b)

berpercikan

c)

bermandian

d)

berbasahan

18.

Semua peserta perkhemahan yang ingkar akan arahan akan dikenakan hukuman.

Perkataan seerti bagi ingkar ialah

a)

cuai

b)

salah

c)

patuh

d)

mungkir

19.

Rasa seronok juga sekali-sekala menjengah ke rumah ibu di kampung.

Perkataan seerti bagi menjengah ialah

a)

melihat

b)

melawat

c)

menjenguk

d)

berkunjung

20.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah jam sahaja.

a)

Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Diana.

b)

Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang diarahkan oleh Cikgu Ali.

c)

Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat disiapkan oleh Diana.

d)

Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Diana.

21.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.

a)

Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.

b)

Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.

c)

Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.

d)

Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.

22.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh harapan, cabaran dan ketegangan yang tertentu.

a)

Masalah ketegangan telah menyebabkan remaja tiada harapan dan cabaran dalam kehidupan.

b)

Harapan, cabaran dan ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam tempoh kehidupan alam remaja.

c)

Remaja diselubungi cabaran dan harapan kerana ketegangan dalam kehidupan.

d)

Zaman remaja mesti menghadapi pelbagai harapan dan cabaran yang menyebabkan kerungsingan.

23.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


Dalam era ledakan maklumat dan revolusi teknologi, keperluan untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin sudah menjadi begitu penting.

a)

Ilmu tidak sepenting ledakan maklumat untuk menjadi orang yang berjaya.

b)

Ilmu pengetahuan sangat penting dalam era ledakan maklumat dan perubahan teknologi.

c)

Teknologi maklumat tidak terlalu mementingkan ilmu pengetahuan yang banyak.

d)

Teknologi maklumat tidak terlalu mementingkan ilmu pengetahuan yang banyak.

24.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


Sungai–sungai di negara ini semakin tercemar kerana tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab untuk menjaga kualiti alam sekitar.

a)

Manusia sentiasa bertanggungjawab menjaga kualiti alam sekeliling agar sentiasa bersih.

b)

Manusia menjadi sangat penting apabila sungai semakin tercemar.

c)

Sikap manusia yang seringmengabaikan peranan terhadap alam sekitar telah menyebabkan sungai sungai sentiasa tercemar.

d)

Sungai merupakan unsur alam yang paling diabaikan oleh manusia sekarang sehingga tercemar.

25.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


Berkotak–kotak ubat diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman Sabah.

a)

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kotak-kotak ubat itu dibawa ke kawasan Sabah dan pedalamannya menaiki kapal terbang.

b)

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kotak-kotak ubat itu dibawa ke kawasan Sabah dan pedalamannya menaiki kapal terbang.

c)

Ubat yang berkotak-kotak itu dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman dengan kapal terbang.

d)

Dengan menaiki kapal terbang, kotak–kotak ubat itu dihantar ke pedalaman Sabah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

26.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


Pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi tetapi penyanyi itu belum tiba juga.

a)

Penyanyi itu masih belum sampai walaupun pertunjukan sudah bermula dalam masa lima minit.

b)

Hanya selepas lima minit setelah pertunjukan bermula, penyanyi itu pun tiba

c)

Setelah tiba, penyanyi itu mendapati pertunjukan akan bermula lima minit lagi.

d)

Penyanyi itu masih belum muncul walaupun pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi.

27.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


Idham menyatakan keinginannya untuk memiliki rumah itu kepada Azhar.

a)

”Aku pasti akan membeli rumah itu, Azhar,” kata Idham.

b)

“Suatu hari, aku pasti akan memiliki rumah itu,” kata Idham kepada Azhar.

c)

“Aku berhajat untuk memiliki rumah itu,” kata Idham kepada Azhar.

d)

“Rumah itu sudah menjadi milikku,” tegas Idham kepada Azhar.

28.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


Keindahan flora dan fauna yang belum tercemar merupakan daya penarik kepada pelancong ke Taman Negara.

a)

Kecantikan flora dan fauna menjadi faktor penarik kunjungan pelawat ke Taman Negara.

b)

Pelancong datang ke Taman Negara kerana tertarik dengan keindahan flora dan fauna yang belum terusik.

c)

Pelancong datang ke Taman Negara kerana tertarik dengan keindahan flora dan fauna yang belum tercemar.

d)

Keindahan flora dan fauna di Taman Negara sangat diminati pelancong.

29.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


Kawasan dusun datuk kelihatan terang kerana baru dibersihkan oleh Pak Majid.

a)

Pak Majid yang membersihkan kawasan dusun datuk yang baru terang itu.

b)

Kawasan dusun datuk yang baru dibersihkan oleh Pak Majid kelihatan terang.

c)

Kawasan dusun datuk yang baru kelihatan bersih oleh Pak Majid.

d)

Pak Majid baru menerangkan kawasan dusun datuk yang bersih itu.

30.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


Pengedar dadah itu berjaya ditangkap hasil daripada maklumat orang ramai.

a)

Maklumat telah membantu menangkap pengedar dadah itu.

b)

Pihak polis berjaya menangkap pengedar dadah yang sangat dikehendaki.

c)

Penangkapan pengedar dadah itu, orang ramai memberi maklumat.

d)

Hasil sumber maklumat daripada orang ramai, pengedar dadah itu berjaya ditangkap.

31.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


Kebakaran yang telah meragut dua nyawa itu memang sungguh dahsyat.

a)

Kebakaran yang dahsyat itu telah meragut dua nyawa.

b)

Dua nyawa terkorban dengan dahsyat dalam kebakaran itu.

c)

Kedua-dua nyawa itu telah teragut semasa kemalangan itu.

d)

Sugguhpun kebakaran itu dahsyat, namun dua nyawa terkorban.

32.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


Melaka terkenal sebagai bandar paling bersejarah di Malaysia.

a)

Melaka memang sudah terkenal sebagai bandar bersejarah.

b)

Bandar paling bersejarah di Malaysia ialah negeri Melaka.

c)

Bandar tempat bersejarah terdapat di negeri Melaka.

d)

Bandar paling bersejarah ialah Melaka yang terletak di Malaysia.

33.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


"Amir ,pergi tolong ayah kamu mencuci kereta," kata Puan Zurina.

a)

Amir diminta menolong Puan Zurina mencuci kereta ayahnya.

b)

Amir disuruh oleh Puan Zurina untuk menolong ayahnya mencuci kereta.

c)

Amir dan Puan Zurina diminta mencuci kereta ayah mereka.

d)

Amir meminta Puan Zurina menolong mencuci kereta ayahnya.

34.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


Setelah mencuci kereta, barulah Encik Hamid pulang ke kampung.

a)

Encik Hamid pulang ke kampung sekiranya dia sudah mencuci kereta.

b)

Encik Hamid akan pulang ke kampung sebaik sahaja selesai mencuci kereta.

c)

Encik Hamid pulang ke kampung setelah mencuci kereta.

d)

Encik Hamid berhasrat pulang ke kampung setelah selesai mencuci kereta.

35.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


Ibu menyuruh adik ke kedai runcit untuk membeli tepung dan gula.

a)

"Adik, suruh abang kamu ke kedai runcit untuk membeli tepung dan gula," kata ibu.

b)

"Tolong beli tepung dan gula di kedai runcit," kata ibu kepada adik.

c)

"Tepung dan gula boleh dibeli di kedai runcit," kata ibu kepada adik.

d)

"Adik pergi ke kedai untuk membeli tepung dan gula," kata ibu.

36.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


Alias akan pergi ke perpustakaan awam jka ada masa terluang.

a)

Sekiranya ada masa lapang, Alias akan pergi ke perpustakaan awam.

b)

Pergi ke perpustakaan awam hanya dilakukan oleh Alias pada waktu lapang.

c)

Pada waktu terluang, Alias pasti akan pergi ke perpustakaan awam.

d)

Masa Alias banyak dihabiskan dengan membaca buku di perpustakaan awam.

37.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


"Setelah selesai kerja sekolah ini, bolehlah kita ke rumah Malik," kata Hasan kepada Ishak.

a)

Setelah kerja sekolah itu selesai, Hasan dan Ishak ke rumahnya.

b)

Hasan mengajak Ishak ke rumah Malik setelah menyiapkan kerja sekolah itu.

c)

Hasan dan Ishak ke rumah Malik setelah menyiapkn kerja sekolah itu.

d)

Setelah menyiapkan kerja sekolah itu, Malik mengajak Hasan dan Malik ke rumahnya.

38.

Pilih ayat yang sama maksud atau hampir sama dengan ayat di bawah.


"Kita akan pergi ke Istana Budaya pada pagi esok," kata Encik Baktiar kepada anak-anaknya.

a)

Encik Baktiar menyuruh anak-anaknya bersiap kerana hendak pergi ke Istana Budaya.

b)

Encik Baktiar memberitahu anak-anaknya bahawa mereka akan pergi ke Istana Budaya pada pagi esok.

c)

Encik Baktiar hendak membawa anak-anaknya melawat Istana Budaya.

d)

Encik Baktiar sudah lama tidak pergi ke Istana Budaya bersama anak-anaknya.

39.

Ayah tertidur di atas sofa kerana kepenatan.

Perkataan seerti bagi kepenatan ialah

a)

kebimbangan

b)

kelaparan

c)

keletihan

d)

kelemahan

40.

Wajah pasangan kembar Xin Yi dan adiknya Xin Yan itu seiras.

Perkataan seerti bagi seiras ialah

a)

sejenis

b)

sekata

c)

selaras

d)

serupa

41.

Murid-murid dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah.

Perkataan seerti bagi dilarang ialah

a)

disuruh

b)

diwajib

c)

ditegah

d)

didera

42.

Amira berasa kecewa apabila gagal dalam ujian matematik itu.

Perkataan seerti bagi kecewa ialah

a)

malu

b)

gembira

c)

terharu

d)

hampa

43.

Sebelum matahari terbit, Pak Ali telah pergi menoreh getah di kebun getahnya.


Perkataan seerti bagi terbit ialah

a)

muncul

b)

terbenam

c)

tenggelam

d)

hilang

44.

Nenek semakin pulih daripada penyakit yang dihidapinya.

Perkataan seerti bagi pulih ialah

a)

sakit

b)

uzur

c)

datang

d)

sembuh

45.

Guru disiplin telah memberi amaran kepada murid-murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah.

Perkataan seerti bagi amaran ialah

a)

pesanan

b)

marah

c)

peringatan

d)

amanat

46.

"Sudah lama saya tidak mengutus surat kepada sepupu saya," kata Mary kepada Ai Ling.

Perkataan seerti bagi mengutus ialah

a)

mendidik

b)

melukis

c)

mengajar

d)

mengirim

47.

Seluar adik terkoyak kerana terjatuh semasa menunggang basikal.

Perkataan seerti bagi terkoyak ialah

a)

tercarik

b)

terbasuh

c)

terluka

d)

tergunting

48.

Jason minum jus oren itu dengan gelojoh kerana terlalu dahaga.

Perkataan seerti bagi dahaga ialah

a)

sejuk

b)

kering

c)

haus

d)

masin

49.

Puan Zaiton menjunjung bakul yang sarat dengan ubi keledek.


Perkataan seerti /sama maksud bagi menjunjung ialah

a)

menghela

b)

membawa

c)

mengheret

d)

menjinjing

50.

Abu berasa gembira kerana mendapat basikal baharu sempena hari lahirnya.

Perkataan seerti bagi gembira ialah

a)

sedih

b)

girang

c)

duka

d)

ketawa