wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu - Simpulan Bahasa

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Sara _____ apabila melihat berbagai-bagai jenis kain baju yang dijual di kedai itu.

a)

ada hati

b)

sakit mata

c)

rambang mata

d)

sejuk mata

2.

Apakah simpulan bahasa yang boleh dikaitkan dengan situasi dalam gambar?

a)

Ambil hati

b)

Baik hati

c)

Murah hati

d)

Sakit hati

3.

Pilih simpulan bahasa yang betul berdasarkan gambar.

a)

Kepala batu

b)

Keras kepala

c)

Sakit kepala

d)

Hilang akal

4.

Mawar membawa _____ sewaktu melawat rakannya yang sedang sakit di hospital.

a)

buah hati

b)

buah mulut

c)

buah fikiran

d)

buah tangan

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan simpulan bahasa "hidung tinggi"?

a)

Orang yang sombong

b)

Orang yang rajin

c)

Orang yang bijak

d)

Orang yang pemalas

6.

Ahmad tidak pandai bermain bola sepak. Rakan-rakan menggelarnya sebagai _____.

a)

kaki botol

b)

kaki ayam

c)

kaki bangku

d)

angkat kaki

7.

Danial suka membaca buku, maka dia digelar _____.

a)

insan terpilih

b)

puteri lilin

c)

buta huruf

d)

ulat buku

8.

Mukhsin _____ yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

a)

mencari hidayah

b)

mencari petunjuk

c)

mencari jalan

d)

mencari idea

9.

Berikan maksud simpulan bahasa "puteri lilin".

a)

Tidak tahan panas

b)

Tidak tahan sejuk

c)

Tidak cukup tidur

d)

Tidak pandai bercakap

10.

Lily amat disayangi oleh ibu dan bapanya. Setiap permintaanya akan dituruti. Lily merupakan _____.

a)

anak emas

b)

anak angkat

c)

anak tunggal

d)

anak tiri

11.

Salman berkaki ayam sewaktu bermain bola. Apakah maksud simpulan bahasa "berkaki ayam"?

a)

Tidak pakai baju

b)

Tidak pakai selipar/kasut

c)

Tidak pandai bernyanyi

d)

Tidak suka berkawan

12.

Zaiton merupakan seorang pelajar yang pendiam. Pilih simpulan bahasa yang sesuai.

a)

Baik hati

b)

Hilang akal

c)

Berat lidah

d)

Ringan tulang

13.

Maryam rajin membantu ibunya memasak di dapur dan mengemas rumah tanpa perlu disuruh. Maryam seorang yang _____.

a)

ringan tulang

b)

berat kepala

c)

buah mulut

d)

panjang tangan

14.

Pada setiap hujung tahun, Dato Jalil akan membawa keluarganya _____ ke luar negara.

a)

naik angin

b)

makan hati

c)

buah hati

d)

makan angin

15.

Ramlah tidak boleh bersalam dengan bapanya kerana dia merupakan _____ dan bukannya anak kandung.

a)

anak buah

b)

anak angkat

c)

anak emas

d)

anak tiri